Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Tips Nak Pergi Beli Kereta

$
0
0

Setelah kita berbicara tentang tips–tips tukar hak milik kereta, sekarang tibalah giliran untuk tips – tips nak pergi beli kereta ni.. bunyinya kedengaran hampir sama, tetapi sebenarnya ianya sesuatu yang amat berlainan sekali.

kereta toyota

kereta toyota

Jika difikir secara logik, apa yang perlu di utamakan adalah kemampuan seseorang itu untuk memiliki kenderaan tersebut, dimana yang dimaksudkan adalah dari segi kewangan itu sendiri. Ini kerana apa yang perlu ialah kemampuan menampung beban bayaran pinjaman membeli kenderaan tersebut. Kalau okay, kira cantikle, kalau tak okay boleh makan maggi hujung bulan kira nasib baik, kalau 2 bulan masuk bulan ke3 kereta antar balik kampung sorok tu nasib badan cari penyakit..

Jom kita tengok tektik – tektiknya ..

Buat Kajian

– Pergi dua tiga tempat used car, tak pun beli majalah yang jual – jual kereta tu kemudian bangdingkan harga antara kedai – kedai used car yang dah kita pilih tadi.

– Kalau boleh siapkan soalan – soalan nak tanya dekat seller si tukang jual tu, contohnya ‘kawan! apa macam dia punya condition?’, ‘pernah eksiden ka?’ , ada berapa ramai dia punya owner dulu?’.. bertanya ikut kesesuaian le ye.. jangan ikut ayat ni semata – semata.. hehehe.

– Anda perlu kenalpastikan bahawa kereta yang anda ingin beli tu tiada mempunyai sebarang baki hutang pada bank. Jia ada, perlu pemilik tu selesaikan semua hutang ini dulu. Juga semak sama ada kereta itu terdapat apa-apa saman ke, jangan nanti anda kena bayar untuk kereta yang bukan kesalahan yang anda buat pulak. Buatlah pemeriksaan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang perjanjian.

Pandu uji (Test Drive)

– Mula – mula pastikan anda semua bawak lesen, karang tak pasal – pasal pulak kena saman.

– start enjin kereta dengar kot – kot ada gegar ke, bunyi – bunyi pelik ke.. karang bila enjin dah panas bunyi – bunyian ni menjadi semakin berkurangan.

– Bawa kereta, perlahan, laju sikit, cuba rasai kenikmatan memasukan gear dari satu gear, dengar kot – kot ade bunyi sangkut – sangkut takut – takut gearbox dah nak rosak, Pastikan semua aras gear di test, test dengan kelajuan berbeza dan permukaan berbeza ye..

Periksa Semua dokumen.

– JpJ k2 ( Geran le tu)/ registration card, tengok betul ke tak betul no. casis dan nombor enjin, buatan , model , tahun kereta dibuat dan nombor plate kereta tersebut. semuanya boleh diperiksa dalam geran tadi.

– Kelulusan Puspakom, semua kelulusan puspakom bercetak komputer ye, kalau pakai tangan tu bukan le, tengok asli ke tak kelulusan tu, kalau tak pasti boleh telefon ke 1 – 800- 88 – 6927. Tanya dekat diaorang.. nanti diaorang periksa dalam sistem okay.

Sejarah Lampau kereta tersebut

– tengok buku service dia, sama ada kenderaan tersebut di servis mengikut kadar yang telah di tetapkan.

Walaumacamana pun terpulang juga kepada anda sendiri, kalau dah minat tunggu apa lagi.. belilah kereta…

The post Tips Nak Pergi Beli Kereta appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105