Bantuan Rakyat 1 Malaysia, atau BR1M, adalah program yang dibekalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang berada di tahap kemiskinan. Melalui program ini, orang yang layak akan menerima bantuan yang diedarkan oleh kerajaan.

br1m bantuan rakyat 1malaysia
Untuk BR1M tahun 2017, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 atau kurang akan menerima bantuan sebanyak RM1,200. Bagi keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,001 – RM4,000 akan menerima RM900. Bagi individual yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 atau kurang akan dapat bantuan RM450. Jika seseorang yang layak untuk menerima BR1M menghadapi kematian di antara 1 Januari 2017 hingga 31 Disember, keluarga tersebut boleh dapat RM1,000 sebagai faedah kematian.
Permohonan untuk BR1M akan dibuka pada tahun 2016 antara 5 Disember – 31 Disember. Jika anda sudah memohon bantuan wang itu pada tahun 2016, maka anda tidak perlu membuat permohonan satu kali lagi. Tetapi jika pendapatan, status keluarga, dan butiran bank ada perubahan dengan masa apabila anda buat permohonan, maka anda perlu mengemas kini maklumat ini. Di samping itu, jika anda tidak memohon bantuan pada 2016, anda perlu membuat permohonan semula.
Semua orang yang layak untuk BR1M boleh memohon melalui dua cara, iaitu, memohon dalam talian atau pergi sendiri ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk buat permohonan.
Jika anda tidak tahu macam mana untuk memohon, boleh anda rujuk ke bawah dengan langkah-langkah yang dikongsikan.
Cara Pertama
Pemohon baru
Langkah 1: Layari https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx.
Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
Langkah 3: Klik HANTAR.
Langkah 4: Jika anda adalah pemohon baru, page itu akan membawa anda ke mukasurat borang permohonan, jika anda mendapat bantuan sebelumnya, mesej berikut akan muncul: Permohonan Telah Wujud dengan KP baru: Sila ambil tindakan di menu kemas kini”. Ini bermakna anda perlu pergi ke menu kemas kini untuk kemas kini maklumat terbaru anda.
Langkah 5: Laman Borang Permohonan.
- Nama Pemohon
- No. MyKad
- Tarikh Lahir
- Jantina
- Status Perkahwinan
- Tarikh Perceraian (jika ada)
- No.Telefon Rumah – (contoh: 03-12.345.678)
- No.Telefon Bimbit – (contoh: 013-1.234.567)
- Pekerjaan
- Nama Bank – (contoh: MAYBANK BERHAD)
- No. Akaun Bank
- Alamat e-Mel
- Alamat Surat-menyurat Terkini
Langkah 6: Isikan status keluarga, termasuk gaji bulanan pemohon, maklumat pasangan, beban data (jika tiada maklumat boleh biarkan kosong.)
Langkah 7: Skim Khairat Kematian merupakan pelan waris kematian. Apabila kemalangan berlaku pada seseorang pemohon yang layak untuk menerima BR1M, gantian pemohon yang akan menerima bantuan wang itu.
Langkah 8: Di “Akuan Pengesahan”, masukkan nombor yang sama seperti sebelah kiri.
Langkah 9: Klik HANTAR.
Langkah 10: Selepas itu, anda akan dibawa ke laman pengesahan maklumat. Anda kena tik dengan kotak semak kecil, dan kemudian klik Setuju & HANTAR.
Langkah 11: Jikan penyerahan maklumat berjaya, tetingkap seperti in akan muncul.
Langkah 12: Jika anda ingin mencetak, anda boleh memilih Cetak.
Cara Kedua
Pergi ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memohon, isi borang dan lampirkan salinan permohonan asal yang berkaitan.
Nota: Anda tidak boleh membuat permohonan melalui peranti mudah alih.
The post BR1M 2017 – Permohonan Online dan Tarikh Pengagihan appeared first on ERATUKU.