Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Tertipu Lepas 12 Tahun Membiayai Insuran AIA

$
0
0

Jika anda telah bayar insurans selama 12 tahun, dan kemudian tiba-tiba mendapati bahawa apa yang anda bayar tidak terima keuntungan yang dijanjikan. Apa akan anda buat?

Pengalaman dari Kelvin Chang boleh menjadi satu pengajaran yang baik. Dia berkongsi pengalamannya dalam internet dan perkara ini telah dibincangkan secara meluas.

AIA ING

AIA ING

Mari kini baca isu Kelvin:

Disebabkan oleh perhubungan antara perniagaan, saya telah beli 3 insuran dari 3 ejen ING (kini dikenali sebagai AIA). Ketiga-tiga insurans itu adalah polisi pelaburan.

Semasa beli, mereka memberitahu saya bahawa selepas 12 tahun, insurans ini akan jadi matang dan saya tidak perlu membayar sebarangan premium lagi. Dan setiap tahun saya akan menikmati pulangan keuntungan tertentu.

Insuran A
Beli pada tahun 2002 dan membuat bayaran RM4,000 setiap tahun.

Diberitahu bahawa saya tidak perlu membuat sebarangan bayaran lagi selepas 12 tahun. Lepas tu, saya boleh memperolehi RM3,600 setiap tahun, tambahan dengan insurans peribadi sebanyak RM60,000.

Insuran B
Beli pada tahun 2004 dan membuat bayaran RM6,700 setiap tahun.

Diberitahu bahawa saya tidak perlu membuat sebarangan bayaran lagi selepas 12 tahun. Lepas tu, saya boleh memperolehi RM6,000 setiap tahun, tambahan dengan insurans peribadi sebanyak RM100,000.

Insuran C
Beli pada tahun 2005 dan membuat bayaran RM3,500 setiap tahun.

Diberitahu bahawa saya tidak perlu membuat sebarangan bayaran lagi selepas 12 tahun. Lepas tu, saya boleh memperolehi RM3,000 setiap tahun, tambahan dengan insurans peribadi sebanyak RM50,000.

Tetapi masalahnya ialah apabila saya pergi membuat semakan dengan syarikat insuran itu, baru I mendapati bahawa ketiga-tiga polisi insuran tersebut muncul seperti satu penipuan kepada pelanggan.

Hari ini ketiga-tiga polisi insurans yang saya beli dan sampai tempoh matang 12 tahun (ada yang lebih 14 tahun). Walaupun saya boleh mendapatkan keuntungan tahunan yang dijanjikan untuk RM3,600, RM 6,000 dan RM3,000, tetapi saya masih perlu terus membuat bayaran setiap tahun sebanyak RM 4,000; RM6,700 dan RM3,500 premium untuk insuran masing-masing.

Apa yang lagi menakutkan saya adalah nilai tunai (cash value) untuk setiap polisi insurans saya cuma tinggal 50-70% daripada kesemuaan premium yang sudah saya bayar.

Saya mengambil insuran C sebagai contoh:

Setiap tahun saya membayar RM3,500. Pada Januari tahun ini, insuran C dah matang 12 tahun. Maka, I dapat RM3,000 seperti yang dijanjikan.

Tetapi walaupun insuran ini sudah matang 12 tahun, saya masih perlu terus membuat bayaran RM 3,500 setiap tahun. Jika saya menyerahkan polisi ini, maka nilai tunai polisi saya hanya tinggal RM29,000.

Saya telah membuat bayaran selama 12 tahun, maka RM 3,500 x 12 tahun = RM 42,000.

Tetapi nilai insuran saya cuma RM29,000 jika saya berhenti buat bayaran lagi. Mereka mahu saya membayar RM 3,500 setahun kepada mereka, kemudian mereka hanya memberikan saya balik RM3,000. Ini bermakna setiap tahun saya perlu memberikan mereka tambahan RM500.

Jika saya ingin dapatkan RM3,000 setiap tahun, syarikat insuran itu cakap boleh juga. Apa yang akan mereka buat adalah tolak RM3,500 daripada polisi insuran setiap tahun, sehingga insuran ini jadi 0, dan polisi ini secara automatik jadi tidak sah lagi kemudian.

Sampai hari ini baru tahu saya telah ditipu oleh ejen saya. Apa yang sebenarnya adalah mereka mahu saya memberikan insuran premium kepada mereka selama 12 tahun,

Kemudian apabila sampai tempoh matang 12 tahun, saya sebenarnya masih perlu terus membuat bayaran. Ini bermakna saya memberikan mereka RM42,000, dan mereka akan beri balik 85% daripada wang tersebut kepada saya. Situasi ini boleh berterusan sampai 100 tahun baru polisi itu akan dihentikan.

Saya memberitahu pelayan juruwang kaunter, apa yang diberitahu oleh ejen saya bukan seperti yang ini. I beritahunya ejen saya berkata selepas 12 tahun mereka menjamin saya tidak perlu membuat sebarang bayaran premium lagi. Dan setiap tahun, anda boleh mendapatkan RM3,600, RM6, 000 dan RM3, 000 sebagai pulangan untuk ketiga polisi insran saya masing-masing.

Siapa tahu pelayan juruwang kaunter menjawab: “Oh! Sudah tentu, ejen-ejen insuran boleh mengatakan apa-apa saja dan membuat jaminan yang tidak sah demi dapatkan komisen mereka. Tetapi situasi sebenarnya tidak ada jaminan seperti yang awak cakapkan. Polisi insuran pun tiada syarat macam ni. Tambahan pula, insuran anda baru matang 12 tahun. Tidak dapat lihat kesan kewangan yang baik, adalah baik anda teruskan bayaran untuk 10 tahun lagi. Dalam tempoh 20 tahun lebih anda mungkin akan kelihatan pulangan keuntungan yang bagus”.

Saya telah ditipu oleh ejen mereka lebih daripada 10 tahun, dan juruwang tu masih ingin memperbodohkan saya 10 tahun lagi?

Bodoh betul juruwang di kaunter tu. Apa yang saya jawab kepadanya adalah saya tidak mahu semua polisi insuran ini lagi, saya nak hentikan kesemuaan ni. I cuma ingin dapatkan balik wang seberapa banyak mungkin saja.

Akhir kata, saya perlu menekankan bahawa ini adalah hanya sebahagian daripada agensi insurans atau polisi insurans yang tidak profesional.

Malah, di pasaran masih terdapat ramai ejen insurans profesional dan bertanggungjawab. Bukan semua pun orang jahat yang seperti saya temui.

Saya berkongsikan pengalaman saya dengan tujuan untuk memberitahu semua orang jika anda juga telah membeli polisi insuran seperti yang saya telah beli, adalah baik untuk anda pergi membuat semakan dengan ejen anda secepat mungkin. Jangan seperti saya cuma semak dengan mereka selepas 12 tahun apabila polisi insuran saya jadi matang baru dapati masalah yang besar ni.

Sumber dari Perkongsian Pengalaman Kelvin

The post Tertipu Lepas 12 Tahun Membiayai Insuran AIA appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105