Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all 105 articles
Browse latest View live

Kereta, Rumah dan Insurans – Mana Yang Penting?

$
0
0

Kalau soalan ni ditanya kepada anda, apa jawapan yang akan anda bagi? Bagi aku, ini merupakan jawapan pendek aku:

“ikut keperluan, kalau perlu kereta, belilah kereta, tapi ingat jangan beli yang mahal-mahal punya. Kalau anda selesa dengan mempunyai tempat duduk sendiri, maka lebih baik untuk anda beli rumah. Kalau nak kehidupan yang lebih secure, maka belilah insurans dulu”

kereta rumah insurans

Sekarang ni nak bagi jawapan yang panjang sikit.

Kalau hati nak jadi pelabur hartanah yang berjaya, jawapannya pasti bila sudah berjaya dapat pinjaman rumah, ada ilmu pasal pelaburan hartanah, maka belilah hartanah dulu.

Sebenarnya ia adalah ikut perangai dan keadaan seseorang juga.

KERETA DULU:

  1. Anda seorang gadis dan anda takut nak rempit, nak pegi kerja jenuh naik bas pastu salin train. Maka wajib beli kereta.
  2. Anda seorang jejaka dan anda takut nak rempit, nak pegi kerja jenuh naik bas pastu salin train. Maka wajib beli kereta juga.
  3. Mak anda dah lama teringin nak tengok anak dia pakai kereta dan dia nak merasa naik kereta anak dia sebab anda anak sulung. Maka wajib untuk anda beli kereta supaya dapat tunaikanlah hasrat ibu anda.
  4. Kerja anda perlu selalu pergi ke outstation jauh-jauh dan susah nak pergi dengan kemudahan awam. Wajib untuk anda beli kereta dulu.
  5. Pekerjaan anda adalah seorang salesman yang kena pergi ke merata tempat untuk jumpa pelanggan. Maka anda wajib untuk beli kereta dulu sebab kereta tu dapat menolong anda dapatkan duit gaji dan membeli rumah dan insuran selepas tu.

Walaubagaimanapun, kalau perlu angkat kereta dulu, angkat yang murah-murah sudahlah. Sebab lagi mahal kereta, lagi tinggi pembayaran yang perlu ditanggung. Aku pernah tulis satu artikel tentang sama ada kereta itu asset atau liabiliti.

RUMAH DULU:

  1. Ibu bapa anda hidup merempat, setinggan yang dibenci, menyewa dengan tuan rumah yang bengis. Maka anda wajib beli rumah dulu dan bagi ibu bapa anda dapat tinggal dengan selesa di rumah sendiri.
  2. Anda selesa dengan naik kenderaan awam dan anda mempunyai kesedaran untuk beli hartanah pada usia muda. Maka anda wajib beli hartanah dulu.
  3. Anda adalah selesa dengan menunggang motor. Anda mempunyai kesedaran untuk beli hartanah pada usia muda. Mak anda wajib beli hartanah dulu.

INSURANS DULU:

  1. Anda perlukan perlindungan dari insurans sekiranya ada apa-apa hal berlaku pada anda.
  2. Anda perlu beli insurans medical dan sekiranya kena masuk wad tidak perlu tanggungkan bayaran rawatan dan hospital itu.

Tidak kira atas apa-apa sebab, memang semua orang mempunyai keperluan mereka masing-masing. Mereka juga mempunyai priority yang berlain antara satu sama lain.

Ini semua adalah berdasarkan keperluan mana satu yang paling penting buat masa sekarang.

Terdapat sesetengah orang akan beli rumah dulu, lepas tu baru beli kereta, dan bila status kewangan sudah stabil baru mula beli insurans.Ini merupakan giliran yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Kalau tanya agent insurans tentulah Insurans terlebih dahulu baru diikuti dengan membeli kereta atau rumah. Bagi mereka yang bukan perlu sangat pakai kereta tapi sanggup menghabiskan duit untuk beli kereta yang mewah. Lepas duit dah habis mula kecoh.

Bila kekasih paksa nak kawin pun sudah tak ada duit untuk kahwin. Usah lagi cakap nak beli rumah pula. Jadi perlulah buat rancangan dengan baik dari awal-awal lagi untuk mengelakkan buat kesalahan yang ketara atas pilihan yang salah dan menyesal kemudian.

Pada asasnya, apa yang patut kita semua orang buat adalah tambahkan aset dan kurangkan liabiliti. Bagi kereta, ia boleh jadi aset kalau mendatangkan keuntungan. Jika beli rumah, ia boleh jadi aset jika dapat sewa keluar dan terima wang sewaan setiap bulan.

Untuk insurans, jika beli dengan amaun yang anda mampu bayar setiap bulan, maka anda dapat perlindungan demi perubatan dan kemalangan. Dengan ini, usah anda risau lagi jika jatuh sakit dan tidak mampu untuk bayar bayaran perubatan yang tinggi tu. Jadi, ia boleh jadi satu aset juga.

Insuran Cuma Perlu Dalam Kecemasan Saja

Ada orang yang katakan insurans cuma penting bila ada sakit atau kemalangan. Tapi peluang untuk itu terjadi adalah kecil dan ramai orang yang tidak beli insurans langsung.

Mereka utamakan pembelian kereta sebab perlu pakai kereta untuk kerja, dan bila sudah simpan cukup duit maka beli rumah pula. Ada orang yang anggap beli rumah sebagai satu pelaburan sebab pada mereka harga rumah kian naik buat masa yang panjang. Untuk insurans, mereka cuka akan mempertimbangkan untuk belinya jika ada wang yang berlebihan.

Ada kawan saya yang cakap, dia lihat pada ibu bapanya, walaupun tidak pernah beli insurans, tapi nampak ok saja. Walau dia sedar insurans juga adalah penting, tetapi dia masih ambil risiko untuk tiada insurans sehingga dia mampu.

Dia nampak gaya kebarangkalian menyebelahinya apabila sepanjang tiada insurans dan dia tidak ditimpa musibah yang membuatkan kawan saya ni rasa dia perlukan insurans.

Bukan satu kawan saya saja yang ada fikiran sedemikian. Terdapat banyak daripada mereka yang say kena pun ada fikiran macam ni. Pada pendapat mereka, walaupun insurans dilambatkana selepas kereta atau rumah, insurans bukan sesuatu yang remeh.

Jika sudah berkemampuan tu, baru mere akan terus ambil insurans.

Tapi bagi mereka yang belum beli insurans, perlulah mereka sedar bahawa lagi tua beli lagi tinggi premium yang mereka perlu bayar. Selain daripada tu, jika sudah jadi semakin tua, semakin banyak penyakit akan datang dan syarikat insuran pun tidak mahu bagi beli kalau anda sudah ada penyakit walaupun pada masa tu anda sudah mampu untuk  bayar insurans.

Jadi adalah baik untuk anda dapatkan perlindungan insurans pada usia yang awal supaya anda boleh dapat beli dengan premium yang lebih rendah.

Ada satu kawan saya dulu bila ada kerja dan masa tu dia tak pandai sangat uruskan wang. Maka dia terus beli insurans nyawa dengan bayaran yang agak banyak.

Lepas dia sudah tahu banyak tentang insurans, dia terus hentikan pembiayaan untuk insurans nyawanya. Nasib baik bagi dia pada masa tu dia beli dengan Takaful Malaysia. Dengan Takaful Malaysia, 70% bayaran bulanan masuk ke dalam saving dan cuma 30% saja masuk dalam tabung.

Jadi, lepas dia hentikan polisinya dengan Takaful Malaysia, dia masih dapat balik 70% daripada duit yang  dia bayar setakat masa tu. Lepas dapat duit, dia terus ambil untuk beli rumah.

The post Kereta, Rumah dan Insurans – Mana Yang Penting? appeared first on ERATUKU.


Melabur Dalam Pasaran Saham Dan Dapat Duit Lebat

$
0
0

Semalam saya ada keluar berbual dengan seorang kawan yang sudah lama saya kenalkan. Semasa kami minum kopi dan berbual-bual di satu kedai makan, dia cakap dia ada beli satu saham dan harga belinya adalah 60 sen.

Dia ada beli sebanyak 50 lot.  Satu lot adalah 1,000 unit. Maka untuk satu lot, harga yang perlu dibayar adalah 0.60 x 1,000 = RM600. Dan kawan saya beli 50 lots, jadi jumlah wang yang dia bayar untuk saham itu adalah RM600 x 50 = RM30,000.

Selepas baru 2 hari dia beli, Harga saham yang dibelinya telah naik menjadi 70 sen. Anda tahu apa maksudnya? Ini bermaksud kawan saya ni sudah untung dalam masa 2 hari saja.

Kalau kawan saya ni jual sekarang semua saham di tangannya, maka jumlah wang yang akan dia dapat adalah 50 x RM700 = RM35,000. Jadi, dalam masa 2 hari saja kawan saya ni sudah dapat keuntungan sebanyak RM5,000.  Memang teruja bukan? Untuk RM5,000 tu, sudah boleh angkat satu iPhone yang baru.

Jadi, dalam dua hari boleh jana RM5000, tak payah nak kutip sewa yang cashflow cuma RM200 selama 25 bulan, ataupun kena beli produk masuk pertandingan dan susah-susah buat slogan dan berharap untuk menang.

pasaran saham

Walaubagaimanapun, itu cuma perkara LUARAN, perkara perkara yang INDAH-INDAH sahaja.

Mana Cari Duit Untuk Buat Pelaburan?

Perkara sukar yang pertama : Mana nak dapat RM30,000 tu? kalau sebulan simpan RM500, setahun baru dapat simpan RM6,000. Kena tunggu 5 tahun baru dapat kumpul sebanyak RM30,000. Tapi sebulan boleh dapat simpan RM500. Lihat gaji saya yang rendah ni, misi ini macam misi yang mustahil bagi saya.

Perkara sukar yang kedua: macam mana tahu kaunter saham itu boleh buat untung. Ini memang perlukan pengalaman dan juga kena ada tips yang boleh dipercayai. Kalau tips yang anda terima bukan tepat sangat, memang anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengalami risiko rugi duit yang banyak. Ada sedikit pengalaman dalam pelaburan saham pun tidak ada bantu.

Walaubagaimanapun, semua pelaburan ada kebaikan dan keburukan. Ini semua bergantung kepada pengetahuan pelabur itu sendiri. Saya tak pernah membuat pelaburan dalam saham, apa yang pernah saya buat adalah saya cuma pernah 2 kali cash in duit daripada ESOS syarikat.

Tiada pelan untuk melabur dalam saham buat masa ini. Perlu saya tunggu sampai ada duit yang cair banyak sikit, dan juga saya perlu belajar untuk dapatkan ilmu yang cukup tentang pelaburan dalam saham dulu baru berani saya untuk membuat pelaburan.

Apapun, bagi semua orang, mereka sepatutnya melabur dalam pelaburan yang merea rasa selesa untuk melabur. Orang yang buat duit banyak akan senyap-senyap buat duit (Ya, betul. dunia nyata memang macam ni.

Kalau orang lain tahu, aku sudah tak ada peluang), yang kompang dan kecoh-kecoh pasal buat duit biasanya ada kepentingan untuk buat duit dari orang dengar dia kecoh.

Kenapa saya masih belum melabur dalam pasaran saham lagi?

Di bawah merupakan alasan saya kenapa saya tidak mencuba untuk melabur dalam pasaran saham:

  1. Belum ada duit yang saya sedia untuk hilang atau rugi dalam proses untuk belajar melabur saham.
  2. Belum ada masa yang mencukupi dan saya bukan rajin sangat untuk belajar pasal saham, tidak kiralah berguru dengan orang, belajar dari buku mahupun dari internet.
  3. Selalu juga dengar orang bercerita tentang kerugian besar yang mereka mengalami dalam pelaburan saham. Sebenarnya salah seorang kawan yang saya kenal yang sudah lama bermain dalam pasaran saham, tapi sekali kena kemelesetan ekonomi pada tahun 1998, saham yang dia beli tu sampai sekarang pun tak dapat break even lagi. Ya, sesetengah orang adalah lebih selesa untuk untung sedikit asalkan tidak rugi langsung sudahlah.

Peluang Untuk Dapat Untung Yang Banyak

Saya ada baca satu artikel tentang pelaburan di saham. Otai itu macam banyak berpengalaman dengan beli saham di pasaran.

Pada tahun 1998 apabila banyak negara yang mengalami kemelesetan ekonomi, dan pada masa itu index bursa saham pernah jatuh dari 1,300 point sampai ke kurang dari 300 point.

Pada masa itu, banyak kaunter-kaunter blue chip seperti Maybank, Tenaga, Telekom sebab harga saham mereka terjunam sekurang-kurangnya 60% sampai ke 90% dari ketinggian harga mereka semasa 1997.

Bila semua pelabur rasa takut dan tergesa-gesa untuk jual kesemuan saham di tangan mereka, otai ini sebaliknya mula beli dengan melabur kuat-kuat dalam bursa saham.

Dalam masa 2 tahun saja, banyak saham sudah naik dengan banyak. Macam Maybank dari RM3 naik sampai lebih daripada RM10. Dan otai ini beruntung dengan beratus-ratus ribu.

Dengar ceritanya memang mengkagumkan. Mungkin tidak lama lagi kemelesetan ekonomi akan datang sekali lagi. Maka perlulah saya simpan duit yang cukup dan perlu mula belajar tentang saham dari sekarang. Supaya saya sudah siap sedia sendiri apabila peluang datang bagi saya sapu saham dengan harga yang rendah.

The post Melabur Dalam Pasaran Saham Dan Dapat Duit Lebat appeared first on ERATUKU.

Kes-Kes Penipuan Yang Boleh Berlaku di Mudah.my

$
0
0

Sekarang memang banyak penipuan yang berlaku di sekitar kita. Biarpun sewa rumah pun ada penipuan yang terjadi.

Saya akan kongsi apa yang saya tahu dan ia adalah baik untuk saya kongsikan supaya anda tahu tipu helah yang dipakai oleh penipu.

Buat peringatan penyewa mahupun pemilik rumah sewa itu sendiri. Penipuan ini adalah melibatkan dengan medium classified yang banyak popular di Malaysia iaitu Mudah.my.

Untuk pemilik rumah, mereka perlu ambil perhatian, tapi yang lebih penting adalah bakal penyewa itu sendiri juga perlu berhati-hati dengan ini.

Kes ini adalah berlaku pada Riana Green East? Alangkah tinggi harga ‘asking price’ yang ditunjukkan.

Riana Green East

Apa yang berlaku atas kes penipuan sewa rumah ini adalah seperti berikut.

1. Pemilik membuat iklan di Mudah.my untuk sewa rumahnya.

2. Lepas tu, terdapat penipu yang mengambil maklumat dari pemilik itu dan reka iklan yang lebih kurang sama dengan pemilik asal itu. Lepas tu penipu juga turut membuat iklan di Mudah.my. Bagi penipu, biasanya dia akan memilih lokasi yang mendapat carian yang banyak dan tempat yang menjadi tumpuan untuk para penyewa.

3. Apabila terdapat bakal tenant hubungi penipu, penipu akan buat situasi seperti ‘kalau nak sewa perlulah buat keputusan dengan cepat. Sebab tempat ini banyak ‘hot’ dan kalau lambat orang lain akan dapat sewa rumah tu.’

4. Biasanya bakal tenant akan rasa terdesak nak cepat confirm untuk dapat sewa rumah tu. Maka dengan rela hatinya mereka akan buat ‘online transfer’ duit ke dalam akaun bank penipu. Mereka membuat demikian tanpa pergi melihat rumah dan berjumpa dengan tuan rumah terlebih dahulu.

5. Pemilik asal turut ditimpa masalah sebab rumahnya yang digunakan oleh si penipu.

Cuma yang saya mushkil tentang nombor akaun untuk transfer duit kepada penipu. Mungkin boleh trace balik nama atas nombor akaun bank penipu itu. Tapi kalau orang itu memang sudah kaki penipu yang berpengalaman, maka macam-macam nombor dan akaun/identity palsu dia boleh buat kan?

Apa yang boleh dipelajari dan dihindari

Penyewa – Paling utama, silalah tengok dulu rumah dan kenal dengan pemilik rumah itu. Bila nak serahkan duit, perlu penyewa mendesak untuk dapatkan tenancy agreement dan juga resit.

Landlord – Maybe waktu iklan tu, letak note ‘tengok rumah dahulu dan sign agreement sebelum buat apa-apa pembayaran deposit’.

Dengan itu bakal penyewa dapatlah mengelakkan dari kena scam oleh penipu.

Tapi ini pun bukan 100% anda tidak akan kena tipu. Ada juga pernah saya dengar kawan say yang kena tipu walaupun dia sudah sign tenancy agreement dan buat bayaran deposit untuk 2.5 bulan.

Ini adalah disebabkan orang yang sewakan rumah itu bukan pemilik rumah tu, dia cuma tenant lama yang menyamarkan pemilik rumah. Kawan saya percaya kepadanya sebab bila pergi tengok rumah, dia ada kunci segugus dan semua pertanyaan dapat dijawab dengan teliti.

Tetapi lepas kawan saya sign agreement dan buat bayaran deposit, rumah tu sudah jadi kosong. Agreement yang diberi juga agreement yang tipu.

Untuk mengelakkan ini, apa yang boleh anda buat adalah minta IC dia sebelum sign agreement, anda boleh ambil gambar dengan telefon pintar anda atau photostat IC dia. Jika lepas tu ketahui bahawa anda telah ditipu anda boleh buat laporan di balai polis dan bagi polis tangkap penipu itu.

Penipuan Beli Barang di Mudah.my

Mudah.my merupa portal classified yang banyak popular dan terdapat banyak orang yang menjual barang di portal ini. Apa-apa barang pun boleh dijual dan memang terdapat ramai orang juga yang suka kunjung di portal ini untuk membeli barang.

mudah my

Tetapi walaupun ramai yang suka beli di portal ini, terdapat juga banyak kes-kes penipuan yang berlaku.

Antara penipuan yang biasa didengar dari pembeli adalah:

1. Menjual barang jenama yang palsu tetapi cakap barang yang dijual itu adalah original dengan harga jualannya yang lebih rendah daripada barang original untuk menarik bakal pembeli.

2. Penipu boleh membuat iklan untuk jual gadget seperti telefon pintar atau laptop dengan harga yang murah. Tapi bila pergi jumpa dengan penjual itu, penjual itu berpura-pura cakap perlu isi borang dan bayar deposit dulu. Lepas tu penipu cakap akan hantar barang itu kepada pembeli dalam 2 hari. Tapi lepas deposit sudah dibayar, penjual itu terus hilang tanpa dapat dicari lagi.

3. Jual barang yang tidak berkualiti tapi pakai gambar dari kilang pembekal yang kelihatan amat cantik. Bila dsapat barang itu, guna tidak lama sudah rosak.

Untuk mengelakkan daripada kena tipu, boleh anda mengambil langkah-langkah berikut:

1. Untuk semua pembelian yang anda buat, anda perlu mendesakkan penjual untuk COD (Cash on Delivery). Dan tempat untuk bertemu adalah baik anda pilih tempat yang umum dan mempunyai orang yang ramai. Macam di McDonald atau Starbuck.

Jangan anda jumpa pembeli di lorong yang sunyi. Jika dia merupakan penipu, mungkin anda akan kena rompak jika dia ada panggil geng dia datang bersama.

2.  Perlu anda bawa kawan anda sekali untuk pergi bertemu dengan penjual. Kalau anda seorang perempuan, mestilah anda panggil lelaki untuk berteman anda pergi bersama.

3. Jika barang yang anda beli itu adalah barang yang mahal seperti telefon pintar, mesti anda cuba produk itu di tempat COD sebelum anda membuat bayaran. Pastikan semua berfungsi dengan baik dan semak sama ada telefon itu ada mana-mana tempat rosak atau telefon itu sudah pernah dipakai oleh orang lain atau tidak.

Lepas semak dengan betul-betul dan anda puas hati dengannya, barulah anda bayar.

4. Jika bukan COD dan anda ingin sangat barang yang dijual oleh penjual itu, boleh anda semak sama ada harga yang ditawarkan adalah masuk akal atau tidak.

Jika harganya terlalu murah, maka anda perlulah berhati-hati. Anda perlu membuat siasatan yang lebih lanjut supaya anda dapat memastikan penjual itu memang dapat menjual barang yang benar dengan harga yang ditawarkan.

The post Kes-Kes Penipuan Yang Boleh Berlaku di Mudah.my appeared first on ERATUKU.

Lebih Jimat Tanpa Astro Yang Bakal Naik Harga

$
0
0

Saya tak pasang Astro di rumah saya. Dulu memang ada pasang, tapi masa beberapa tahun dulu selepas Astro naikkan harga, saya sudah terminated subscription saya. Lagilah rasa tidak mahu pasang buat selama ini bila mendengar ura-ura yang Pakej Astro makin naik dari tahun ke tahun.

booth astro

Sebenarnya terdapat 2 sebab utama kenapa saya enggan pasang Astro di rumah, iaitu:

1. Duit Yang Terhad

Secara peribadi memang memandang sepi kepada perkara yang bersifat komitmen bulanan kerana setiap bulan bil Astro akan keluar dan kita perlu bayar.

Kita boleh tahu bahawa pakej yang paling murah yang ditawarkan oleh Astro adalah cuma RM39.95 sahaja. Walaupun pakej ini nampak murah tapi rasanya tak ada makna dan tarikan untuk saya sebab cuma limited channel yang boleh saya tonton dan kebanyakan channel memang bukan apa yang saya gemari.

Untuk dapat tonton channel yang lain yang saya gemari itu, saya kena tukar pakej dan perlu top up dengan perbelanjaan lebih duit lagi. Jadi boleh anda bayangkan jika saya subscribe untuk pakej yang RM89.95 sebulan punya, dalam satu tahun sudah perlu saya membuat bayaran kepada Astro sebanyak RM 1,079.40 dan ini merupakan duit yang banyak.

2. Masa Menonton Yang Terhad

Saya ada anak kecil yang perlu jaga di rumah. Dengan perlu habiskan banyak masa dalam uruskan hal rumah, kerja, masa blogging dan masa shopping barang, jalan hujung minggu, rasanya semua masa saya sudah penuh dengan aktiviti yang cukup saya sibuk dan saya memang tak tersempat nak luangkan lagi masa untuk tengok apa program yang ada disiarkan dalam TV itu.

Rasa memang jarang untuk saya tonton TV juga jika saya pasang Astro di rumah. Saya lebih suka pakai masa yang terhad yang saya ada itu untuk membaca surat khabar, buku dan tulis blog daripada habiskannya atas tonton program Astro yang tidak memberikan banyak manfaat untuk saya.

Lain-lain hal yang boleh jadi dengan secara tak nampak:

  1. Semakin lama buka TV dan tonton buat masa yang panjang, semakin banyak bil elektrik yang perlu dibayar.
  2. Lagi banyak tonton rancangan, lagi banyak iklan yang akan ditonton oleh semua ahli keluarga. Maka, lepas tonton lagilah terfikir nak berbelanja atas benda yang bukan semestinya diperlukan.

Kelemahan Astro Sendiri

Astro nampak macam pemonopoli yang cekik darah pengguna.  Bagi kawan saya, dia ada langgan unifi saja untuk internet dan siap sekali TV.  Gambar clear dan berbaloi untuk tonton bersama dengan rakan-rakan.

Berapa kali sudah Astro naik harga pun saya tak dapat kira. Alasan yang diberikan oleh syarikat ini adalah mereka ada bagi tambahan channel. Tetapi kebanyakan channel yang tambah itu bukan pengguna yang nak tengok punya.

Sekarang keadaan jadi lagi teruk di mana semakin banyak iklan yang disiarkan di mana-mana channel saja. Sengal ni siaran berbayar dan bukan free tapi kena lagi tengok iklan-iklan yang amat kacau ni.

Signal juga teruk sangat terutamanya bila hari hujan. Signal macam hilang semua tanpa boleh tonton sekali.

Sampai Bila-Bila Baru Akan Saya Pertimbangkan Untuk Pasang Astro?

Ini kena terpulang pada keperluan dan masa yang mengizinkan untuk saya tonton TV dengan duduk atas sofa yang menyeronokkan tanpa sebarang gangguan.

Saya mengaku bahawa saya juga pernah teringin untuk pasang Astro di rumah untuk layan sport channel atau national geography kalau ada masa senggang nanti. Tapi kemahuan bukan besar sangat. Mungkin perlulah tunggu sampai Malaysia masuk world cup baru adalah keinginan untuk subscribe kot?

Kena Buat Rungutan Atas Astro

Walaupun bil Astro semakin naik dari tahun ke tahun, tapi nampak macam tak ramai yang rungut dengan Astro yang sudah sama macam TNB yang selalu naikkan bil dengan sesuka hati tu.

Kita rakyat perlulah membuat aduan tentang hal ini sebab tanpa aduan, syarikat-syarikat ini rasa macam okay saja dan harga akan di naik lagi pada masa depan dengan sesuka hati sebab mereka ingat semua pengguna sudah biasa dengan kenaikan harga dan tiada masalah langsung bagi syarikat itu untuk membuat demikian.

Macam Telekom juga, harga unifi pun selalu di naik harga tapi taraf servis lagi pariah sangat, nasib baik disebabkan oleh paksaan dari semua pengguna, maka harganya kena turun.

Macam sebelum ini saya perlu bayar RM179 untuk pakej unifi 30MB saya. Ini masih tak masuk tax lagi. Lepas tukar kerajaan, Caj yang lampau mahal dari elekom baru dijadikan isu hangat dan lepas dipaksa oleh kerajaan, baru syarikat ini turunkan harga mereka.

Bil unifi saya juga dapat diturunkan sebanyak 50% darip bayaran bulan dengan RM179 menjadi RM89 saja! Inilah kuasa pengguna yang kita perlu tunjukkan kepada Astro juga.

Saya tahu di sesetengah kawasan kampung yang terletak di pantai timur, siaran TV yang tidak berbayar memang tidak jelas untuk ditonton. Maka bagi penduduk di sana, mahu tak mahu, memang kena langganlah Astro baru jelas siaran yang lain-lain.

The post Lebih Jimat Tanpa Astro Yang Bakal Naik Harga appeared first on ERATUKU.

Saham Air Asia Dan Tony Fernandes

$
0
0

Saya telah membaca mengenai perkara ini dengan agak lamanya. Ianya adalah sebuah karya pelajar master terhadap kajiannya. Apa yang dikaji oleh pelajar master itu adalah mengenai syarikat-syarikat yang berpengaruh di Malaysia berdasarkan analisis Fraktal.

air asia kapalterbang

Apa Itu Analisis Fraktal?

Sekiranya anda tidak tahu apa analisis Fraktal tu, ia sebenarnya adalah sejenis teknik dan model matematik untuk mengesan kesinambungan antara syarikat yang ada dan seterusnya melihat pada kepentingan syarikat itu dalam aliran tersebut.

Hasil kajian dari pelajar ini mendapati bahawa terdapat 5 syarikat yang mempunyai pengaruhan yang besar di Malaysia. Antara daripada syarikat-syarikat itu, salah satunya adalah syarikat Air Asia yang dibenarkan syarak berdasarkan SC.

Kajian Fraktal yang menggunakan teknik ini mengatakan Air Asia adalah antara syarikat yang berpengaruh berbanding 100 syarikat di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur.

Saya bukan lihat syarikat Air Asia dari sini tetapi saya melihatnya daripada sudut yang lain. Sudut pandangan saya adalah apakah kegunaan kajian ini terhadap pelajar tersebut? Adakah dia akan menggunakan hasil kajian yang didapati olehnya dengan sebaik mungkin?

Jawapan untuk ini adalah mungkin ya mungkin tidak. Tetapi jika dia mengambil tindakan berdasarkan ilmu yang dipelajari, saya pasti bahawa sebenarnya ini adalah peluang yang baik bagi dia.

Membuat Pelaburan Atas Saham Air Asia

Salah satu peluang adalah dengan melabur kebanyakkan wangnya di dalam saham Air Asia memandangkan ianya adalah sebuah syarikat yang berpengaruh di Malaysia.

Ini bermakna, ekonomi negara Malaysia adalah sedikit sebanyak didorong oleh syarikat ini. Walaupun pelajar tersebut mungkin tidak akan kaya jadi jutawan dengan melabur dalam saham ini, tetapi ianya setidak-tidaknya membantu pelajar tersebut menjadi insan lebih baik dengan mengambil tindakan yang lebih nyata.

Tetapi perlu dia awas dan jaga dengan tindakannya sebab ia memang perlukan ilmu yang lain sebelum membuat sebarang pelaburan dalam saham.

Hal yang sama juga sering berlaku dalam hidup harian kita. Sebenarnya bukan setakat kajian Fraktal yang dibuat saja. Tetapi terdapat pelbagai ribuan kajian dan bacaan bermaklumat yang ada dan kita baca mungkin.

Apa yang merupakan sesuatu yang malang adalah kita mengorek ilmu tetapi tidak mengaplikasikannya, alangkah sayangnya dengan keadaan ini. Terdapat perbezaan antara orang berjaya dan manusia normal. Orang yang berjaya adalah seorang yang mengapliksaikan ilmunya dan mengambil tindakan terhadap apa yang dipelajari olehnya.

Tony Fernandes – Pengasas Syarikat Air Asia

Kita semua orang pun tahu bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat yang dibentukkan oleh tokoh ini. Saya rasa ramai mengenalinya. Kalau ada sesiapa yang tidak kenal dengan tokoh ini, tak tahulah saya nak cakap apa lagi.

Beliau juga merupakan antara tokoh yang menjadi idola saya dan nama beliau  adalah Tony Fernandes. Antara saya belajar daripada autobiografinya bukan saja tentang macam mana menjadi seorang usahawan, tetapi juga tentang makna kehidupan yang diamalkan oleh beliau.

Macam Mana Syarikat Air Asia Ditubuhkan?

Segalanya bermula apabila beliau berada di London. Ketika itu beliau telah tertarik dengan iklan mengenai EasyJet yang merupakan penerbangan tambang murah. Tertarik dengan konsep tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk berkunjung ke Lapangan Terbang Luton di London untuk melihat sendiri bagaimana syarikat kapal terbang itu menjalankankan operasi.

Beliau memikirkan bahawa jika model bisnes ini berjaya membuat duit dengan menawarkan penerbangan yang murah kepada semua penumpang, sudah tentu model yang sama ini akan dapat diaplikasi di Malaysia.

Teruja dengan idea tersebut, beliau telah meminta Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamad untuk memberikan lesen untuk memulakan perniagaan kapal terbang.

Tun Mahathir tidak memberikannya lesen kepada beliau tetapi membenar mengambil lessen daripada syarikat penerbangan yang sedia ada, Air Asia yang ketika itu sedang bergelut dengan masalah dan mengalami kerugian yang banyak.

Akhirnya, Beliau dan rakan kongsinya sudah  berjaya mengambil alih syarikat Air Asia Sdn Bhd pada 8 September 2001. Semuanya tinggal sejarah selepas itu.

Percakapan Yang Mengagumkan Oleh Tony Fernandes

Ayat yang menarik bagi saya yang dikongsi oleh Tony Fernandes adalah:

“Saya merasakan cukup apa yang saya perolehi. Saya penat dengan kehidupan dengan politik korporat. Lalu saya ternampak peluang perniagaan. Semua orang suka terbang. Yang membuat saya terfikir adala hanya 6% sahaja orang terbang.Saya mula melihat harga kapal terbang dan perjalanan untuk terbang tempat di Malaysia ke tempat yang lain biasanya menghampiri dengan gaji sebulan seseorang.

Saya tak ingin nak tunggu sampai saya berusia 55 baru saya nak lakukannya. Sebenarnya hidup kita adalah penuh dengan cabaran dan risiko. Jadi kita perlu menghadapinya dan bukan takut gagal dan cuba untuk mengelakkannya.”

Saya berharap perkongsian post kali ini membantu.

The post Saham Air Asia Dan Tony Fernandes appeared first on ERATUKU.

Real Gain Property Tax (RGPT) Atau Cukai Untung Rumah

$
0
0
Awal-awal saya ingin beritahu yang saya bukanlah pandai sangat tentang bab RGPT ataupun Real Gain Property Tax atau bahasa Melayunya Cukai Untung Rumah. Kenapa saya cakap begitu? Kerana saya sendiri

Kenapa Keputusan Beli Kereta Lebih Cepat dan Mudah Berbanding Rumah

$
0
0
Baiklah untuk saya tulis sikit posting antara kereta dan rumah. Terdapat ramai juga orang yang bertanya kenapa susah sangat membuat keputusan bila nak beli rumah. Tapi rasa lebih mudah untuk

8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM

$
0
0
Penulisan saya pada kali ini merupakan tajuk yang agak serius. Namun saya berusaha sedaya upaya untuk tidak terlalu terikat dengan gaya penulisan ala-ala media cetak. Informasi yang saya tulis ini

Bebas Kewangan Dengan Menjadi Kaya

$
0
0
Secara lumrahnya hampir semua manusia pun nak jadi kaya. Cuma segelintir sahaja yang tak nak kaya dan sekadar ingin hidup dengan kehidupan yang sederhana. Biarkan cukup makan, pakaian dan tempat

5 Kualiti Diri dan Alasan Untuk Jadi Usahawan Berjaya

$
0
0
Sudah pasti informasi dunia keusahawanan menjadi tarikan utama kepada saya untuk membacanya. Sebab tanpa ilmu dan teknik yang betul memang sukar untuk berjaya dalam bidang ini. Berikut adalah ilmu yang

Tips Dapatkan Kereta Sewa di Langkawi Dengan Harga Murah

$
0
0
Ramai penduduk di Malaysia suka pergi bercuti di Pulau Langkawi di Kedah, Malaysia. Dan mereka suka sewa kereta untuk pandu diri bila berada di pulau ini. Tetapi dengan kos sewa

Beli Rumah – 8 Perkara Yang Perlu Buat Selepas Dapat Kunci

$
0
0
Jika anda beli sebuah rumah dan anda baru dapat kunci, kemungkinan besar anda akan terlepas peluang untuk membuat rayuan setelah anda pindah masuk tanpa membuat sebarang pemeriksaan. Kebanyakan orang bila

Buat Overdraft Dengan Gunakan Sijil ASB

$
0
0
Adakah anda tahu macam mana untuk buat overdraft dengan menggunakan sijil ASB? Sekiranya anda tidak,  boleh anda baca terus untuk mengetahui cara untuk buat overdraft. Konsepnya adalah mudah, kita cagarkan

6 Cara Untuk Jimat dan Kurangkan Kos Petrol Minyak Kereta

$
0
0
Sekarang minyak kereta di Malaysia menjadi semakin mahal, pandu keluar untuk beberapa jam setiap hari akan menyebabkan anda perlu membelanja banyak wang atas isi minyak. Namun, minyak adalah mahal –

E-Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan

$
0
0
Dengan semakin banyak urusan kerajaan yang dipindah dan disediakan secara online sebagai portal untuk memudahkan rakyat untuk akses, E-penyata gaji juga diperkenalkan dengan tujuan untuk memudahkan semua anggota dan kakitangan

5 Peraturan Untuk Lepaskan Kemiskinan dan Jadi Kaya

$
0
0
Ini adalah sebuah buku tentang kota purba Babylon. Nama bukut itu adalah “The Richest Man in Babylon”. Dan saya akan memberitahu anda satu cerita tentang orang terkaya di Babylon yang …

Adakah Gaji Para Menteri dalam Kabinet Malaysia Tinggi?

$
0
0
Perdana menteri yang paling baru di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Beliau juga merupakan perdana menteri yang ke-10 selepas menang dalam pilihanraya umum ke-15. Selepas memulakan tugas beliau di Putrajaya, Anwar …

Dividen Yang Diberikan dari ASNB Semakin Turun

$
0
0
ASNB sudah mengumumkan pengagihan pendapatan 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera atau ASB bagi tahun …

Cara Untuk Menuntut Wang Tidak Dituntut

$
0
0

Wang tidak dituntut adalah wang yang anda telah lupa atau pun terlupa, seperti deposit untuk kad bank, akaun simpanan dan dividen saham. Ia boleh bertambah dengan kecemasan jika ia diabaikan …

The post Cara Untuk Menuntut Wang Tidak Dituntut appeared first on ERATUKU.

Tindakan Terhadap Pemilik Rumah Yang Enggan Bayar Yuran Penyelenggaraan

Viewing all 105 articles
Browse latest View live