Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all 105 articles
Browse latest View live

8 Petua Untuk Perbelanjaan Yang Bijak

$
0
0

Semua rakyat perlu memberi perhatian terhadap perkara ini! Adakah anda mengalami masalah di mana wang tidak mencukupi untuk pembelanjaan setiap hari? Adakah gaji anda dihabiskan dengan cepat setiap bulan? Jika jawapan anda adalah “Ya”, maka anda perlu mengamalkan apa yang saya ingin berkongsi bersama anda di sini bagaimana untuk membuat perbelanjaan yang bijak supaya tidak kekurangan wang bagi setiap bulan lagi. Walaupun penurunan nilai RM pun tidak akan terjejas bajet anda!

ringgit malaysia

ringgit malaysia

Dalam kejatuhan nilai ringgit yang semakin banyak, ramai orang keliru tentang masa depan. Terdapat ramai orang yang perlu menghadapi masalah wang yang tidak cukup untuk perbelanjaan setiap hari sebab seluruh keluarga perlu disara.

Ringgit Malaysia Turun Dengan Banyak

Penukaran mata wang Ringgit Malaysia telah jatuh dari RM3.50 sampai ke RM4.25 untuk USD$ 1.00. Susut nilai ringgit mempunyai impak yang besar. Ini bukan sahaja memberikan impak kepada rakyat yang sering berkunjung ke luar negeri, tetapi ia juga untuk meningkatkan harga import dalam negeri.

Penurunan nilai RM, dengan kata lain, sama dengan pemotongan gaji dari bos anda. Dalam masa gelap ini, ramai orang berasa tidak tentu pada masa depan. Gaji yang mereka terima setiap hari tidak mencukupi untuk membayar keperluan harian.

Boleh Hidup Juga Dengan Gaji Yang Rendah

Jadi, apa yang saya dah bagi tahu anda adalah walaupun dengan gaji yang kurang, anda masih boleh hidup dengan selesa. Apa yang penting adalah anda perlu memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan. Jangan putus asa atas satu pelaburan yang anda buat sebab keuntungan yang rendah. Selagi anda mengambil langkah pertama, anda tidak jauh dari kejayaan.

1. Memahami status kewangan anda

Pertama, anda perlu ambil sebatang pen dan kertas untuk membuat kiraan. Senaraikan peratusan perbelanjaan atas makanan, sewaan rumah, pengangkutan, hiburan, rekreasi, penjagaan ibu bapa, wang simpanan, dan lain-lain. Dapatkan pemahaman aliran wang bulanan anda supaya anda dapat mengetahui mana tempat yang menjadikan wang anda tidak cukup.

2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu

Katakan perbelanjaan bulanan atas makanan adalah 25%, sewaan rumah + pengangkutan adalah 40%, hiburan & rekreasi 15%, duit kepada ibubapa 15%, wang simpanan dan lain-lain 5%.

chart perbelanjaan

chart perbelanjaan

Dalam peratusan perbelanjaan seperti ini, selagi perbelanjaan atas rekreasi dikurangkan 5%, dan bayaran pengangkutan juga dapat dikurangkan 5%, ditambah dengan 5% wang simpanan setiap bulan, maka lepas pelarasan, anda sekarang dapat simpan 15% daripada gaji anda.

3. Simpan 10% daripada gaji bulanan

Tidak kira sama ada gaji anda rendah atau tinggi, tetapi simpanan 10% yang tetap untuk bulanan mesti dilaksanakan! Jika anda simpan RM200 untuk satu bulan dan dalam satu tahun anda akan mempunyai RM2400. Jika simpan dalam bank, jumlah faedah yang ditambahkan lepas beberapa tahun akan menjadikan ia amaun yang lebih banyak lagi!

Wang simpanan ini dapat membantu anda membuat fixed deposit, atau sebagai bayaran pertama bila membeli rumah. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan jumlah hutang dari pinjaman bank, melabur, atau mengekalkan taraf hidup anda jika anda dipecat oleh majikan.

4. Peruntukan kewangan yang betul

Peratusan peruntukan kewangan yang terbaik adalah:

  • perbelanjaan bulanan: 50%
  • pelaburan: 15%
  • simpanan: 25%
  • hiburan: 10%

Dan anda perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan daripada gaji bulanan anda.

5. Gunakan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda untuk tujuan pelaburan

Menghabiskan 10% daripada gaji bulanan untuk belajar kemahiran baru, melabur dalam saham, unit amanah, atau koleksi duit syiling lama yang mempunyai nilai. Carilah apa-apa pelaburan yang anda berminat dan melaksanakan dengan perlahan-lahan. Dalam kadar jangka panjang kepulangan wang adalah tinggi.

simpan dan labur

simpan dan labur

6. Membeli insurans

Sekiranya anda mempunyai keupayaan wang, adalah baik untuk anda membeli insurans kesihatan, insurans perubatan, dan sebagainya seawal mungkin. Walaupun anda perlu mengeluarkan satu perbelanjaan bulanan yang baru, tapi insurans ini dapat menyelamatkan anda supaya anda usah risau tentang kemalangan yang mungkin laku pada keluarga anda.

7. Menentukan matlamat kewangan

Anda boleh mengikut dengan apa yang ditunjukkan dalam gambar untuk menentukan matlamat kewangan jangka panjang anda sendiri. Boleh anda rujuk kepada nombor-nombor yang dinyatakan supaya anda boleh menyakinkan diri bahawa gaji bulanan anda mempunyai kemungkinan untuk memperolehi pendapatan pulangan yang menarik juga.

8. Tampalkan matlamat kewangan di tempat yang mudah dilihat

Perkara yang paling sukar untuk berjaya bukanlah untuk mengambil langkah pertama, tetapi untuk tetap berakhir dengannya. Oleh itu adalah baik untuk anda tampalkan matlamat kewangan anda di banyak tempat yang boleh anda lihat. Macam ini ia dapat ingatkan diri anda dari semasa ke semasa! Selagi anda memberitahu anda tujuan mengapa anda perlu bekerja keras, anda biasanya akan dapat meneruskan keusahaan buat masa yang panjang.

jadi kaya

jadi kaya

Sudah tentu adalah sesetengah orang akan berkata: “Setiap bulan cuma simpan jumlah wang yang begitu sedikit, lepas kira masuk inflasi, SST dan sebagainya, walaupun beberapa tahun kemudian melihat jumlah wang menjadi banyak sikit, tetapi masih tidak berguna!” Ya, mungkin cakap macam ini betul. Simpanan yang anda buat sekarang mungkin tidak banyak membantu di masa depan, tetapi jika anda tidak simpan sebarangan wang sekarang, anda akan tidak dapat apa-apa pun pada akhirnya!

The post 8 Petua Untuk Perbelanjaan Yang Bijak appeared first on ERATUKU.


Pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor

$
0
0

Projek Rumah Impian Bangsa Johor ini merupakan satu projek baru yang diperkenalkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Projek ini dilancarkan di bawah Yayasan Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) merasmikan majlis pecah tanah untuk membina kira-kira 1,000 unit perumahan di kawasan Kampung Sri Pantai di daerah Mersing.

Rumah Impian Bangsa JohorSumber foto: Facebook prince of Johor

Pelaksanaan projek ini adalah dari jandi Keluarga Diraja Johor dengan tujuan untuk meringankan beban kehidupan rakyat negeri Johor. Bagi rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, mereka boleh memohon untuk dapatkan bantuan rumah tersebut.

Tempoh Persiapan Perumahan

Tempoh untuk persiapan projek Rumah Impian Bangsa Johor adalah dalam jangkaan 2 tahun.

Bagi rumah teres satu tingkat, harganya cuma bermula pada RM70,000 sahaja.

Selain daripada rumah teres satu tingkat, projek perumahan ini akan turut bina rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, rumah kedai dan banglo. Kemudahan asas lain seperti taman, dewan serbaguna, motel, kedai dan lain-lain akan dibina juga di seluruh kawasan yang seluas 57 hektar ini.

Syarat-syarat dan Kriteria

Jika anda berminat untuk bermohon, anda perlu teliti dengan syarat-syaratnya untuk semak sama ada anda layak atau tidak.

  • Pemohon mesti adalah rakyat Johor.
  • Pendapatan pemohon adalah RM5,000 atau ke bawah.
  • Pemohon bukan anak tunggal atau anak sulung.
  • Pemohon tidak pernah memiliki hartanah sebelum ini termasuklah Rumah Mesra Rakyat.

Ciri-ciri Rumah Impian Bangsa Johor:

  • Rumah teres satu tingkat: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga bermula daripada RM70,000
  • Rumah teres dua tingkat: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga tidak lebih daripada RM200,000

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Yayasan Sultan Ibrahim.

Keseluruhan proses pemilihan akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN.

Jawatankuasa pemilihan adalah terdiri daripada Setiausaha Negeri dan ahli-ahli lembaga Yayasan Sultan Ibrahim.

Yayasan ini akan melantik pengurus projek dan kontraktor yang layak dan berlesen untuk membina unit rumah tersebut.

Semua pembinaan akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Tunku Mahkota Johor.

Sultan Johor mahu pengagihan yang adil terhadap semua kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera. Baginda ingin menghasilkan semangat kemasyarakatan antara kaum di rantau ini dan membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.

The post Pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor appeared first on ERATUKU.

Rumah Selangorku – Cara Pendaftaran dan Permohonan

$
0
0

Rumah Selangorku adalah inisiatif rakyat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang menawarkan rumah mampu milik kepada semua rakyat Selangor.

Ini memberi kuasa kepada pemaju hartanah di negeri ini, terutamanya pemaju yang mempunyai reputasi yang baik untuk menyelaraskan objektif LPHS dengan membina rumah yang berkualiti dalam jangkauan rakyat untuk merealisasikan “Satu Keluarga, Satu Rumah Sempurna”.

Rumah Selangorku

Permintaan untuk perumahan mampu milik telah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Jurang harga antara rumah kos rendah dan rumah yang ditawarkan di pasaran pada masa kini.
  • Kekurangan pilihan terutamanya dalam kategori rumah kos sederhana.
  • Golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki hartanah.
  • Reka bentuk terhad dan kemudahan yang tidak mencukupi, terutamanya dalam pembangunan perumahan kos rendah.

Jadi, untuk membantu semua anak jati Selangor, kerajaan di negeri ini membuat keputusan untuk melancarkan program Rumah Selangorku ini dengan tujuan untuk menawarkan rumah yang mampu milik bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Cara Permohonan

Selain daripada memohon skim ‘Rumah Selangorku’ dalam talian di lphs.selangor.gov.my, bakal pemilik rumah yang berpotensi perlu ambil perhatian bahawa Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bukan sahaja meningkatkan aplikasi sistem pendaftaran (SPPRS) dan aplikasi sistem pendaftaran untuk kedai / perumahan industri yang mampu dimiliki (SPPKI), tetapi juga menambah keperluan pendaftaran seperti di bawah:

Semua pemohon tanpa rumah yang mendaftar sebelum 2008 perlu mendaftar semula sebagai permohonan baru sekiranya mereka masih berminat untuk memohon skim ‘Rumah Selangorku’.

Jenis ProjekKawasan
(per sq ft)
Harga Jualan(RM)Kelayakan Pendapatan
Jenis A70042,000<=RM3,000
Jenis B750100,000RM3,001 - RM8,000
Jenis C800150,000RM3,001 - RM8,000
900180,000RM3,001 - RM8,000
18' x 60'200,000RM3,001 - RM8,000
Jenis D1,000220,000RM3,001 - RM8,000
20' x 60'250,000RM3,001 - RM8,000

Pemohon dibenarkan untuk memilih satu jenis rumah sahaja pada masa permohonan – Jenis A, B, C atau D.

Gaji minimum permohonan ‘Rumah Selangorku’ Jenis B, C dan D ditetapkan pada RM3,001 sebulan.

Tempoh sah untuk setiap permohonan yang didaftarkan di SPPRS dan SPPK adalah 2 tahun. Pada akhir tempoh itu, data aplikasi yang belum selesai akan dikeluarkan daripada tawaran sistem dan pemohon perlu membuat tawaran baru sekiranya mereka masih berminat untuk memohon ‘Rumah Selangorku’ atau rumah industri / kedai.

Pemohon yang menolak tawaran yang diberikan akan INACTIVE untuk tempoh 2 tahun. Aplikasi baru hanya boleh dibuat selepas tempoh 2 tahun itu tamat.

Data aplikasi yang tidak memenuhi syarat-syarat akan dikekalkan dalam sistem. Sekiranya terdapat kemaskini aplikasi, pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang relevan dan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Berkuatkuasa mulai Januari 2015, semua aplikasi untuk ‘Rumah Selangorku’ Jenis B, C dan D, serta aplikasi untuk rumah industri / kedai akan dilakukan secara dalam talian. Sebarang permohonan melalui borang tidak akan diterima.

Semua status aplikasi boleh diperiksa melalui laman web LPHS: http://lphs.selangor.gov.my.

Kriteria Untuk Permohonan ‘Rumah Selangorku’ Jenis A

  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon perlu menetap di Selangor.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Satu keluarga cuma boleh buat satu permohonan saja.
  • Pemohon atau isteri/suami pemohon tidak memiliki sebarang rumah, sama ada dari kerajaan atau projek swasta.
  • Pemindahan hak milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Kriteria Untuk Permohonan ‘Rumah Selangorku’ Jenis B

  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah di antara RM3,001 hingga RM8,000 sebulan.
  • Pemohon atau isteri/suami pemohon tidak memiliki sebarang rumah, sama ada dari kerajaan atau projek swasta.
  • Pemohon individu yang mempunyai tanggungan layak untuk memohon.
  • Cuma boleh beli rumah untuk tinggal, tidak boleh sewa kepada orang lain.
  • Pemindahan hak milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Kriteria Untuk Permohonan Kedai / Industri Kos Rendah di Selangor

  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Satu keluarga cuma boleh buat satu permohonan saja.
  • Pemohon belum memiliki sebarang hartanah komersial.
  • Pemindahan hak milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun (dari tarikh kelulusan CF) dengan kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri.

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak.
  • Salinan Sijil Perkahwinan / Daftar Perkahwinan / Surat Perceraian / Sijil Kematian pasangan.
  • Surat Pengesahan Tunggal dari majikan atau Pesuruhjaya Sumpah untuk pemohon yang bekerja sendiri yang belum berkahwin.
  • Slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri.
  • Deklarasi berkanun dari Pesuruhjaya Sumpah, jika pasangan itu menganggur.
  • Pernyataan KWSP (jika ada).
  • Salinan bil air atau bil elektrik.

Pendaftaran dan Semakan

Jika anda memenuhi semua syarat yang disebutkan di atas, maka anda boleh layar ke laman ini untuk buat pendaftaran secara online.

Langkah 1
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang “Semak“.step 1

Langkah 2
Jika tiada rekod ditemui, maka anda perlu buat pendaftaran. Boleh anda teruskan dengan klik butang “Mohon“.
step 2

Langkah 3
Isikan semua maklumat yang perlu. Lepas tu, klik butang “Daftar“. Habis proses. Senang saja, kan?
step 3

Artikel berkaitan:
Pembinaan rumah impian bangsa Johor

The post Rumah Selangorku – Cara Pendaftaran dan Permohonan appeared first on ERATUKU.

Keajaiban Kolagen : Protein Semulajadi untuk Kulit Kekal Muda

$
0
0

Bermula lagi hari pertama untuk setiap minggu, setelah berehat selama 2 hari. Apa rancangan puan-puan hari ini, saya sendiri anak masih lagi bercuti sekolah. Maka semuanya masih bermain-main di rumah.

Sebagai work at home mum, cuti sekolah begini menjadikan sangat mencabar kerana kita perlu menyiapkan kerja-kerja kita, disamping kena melayan kesemua anak-anak yang tidak bersekolah. Walaubagaimanapun, kita kena selalu positif dan gembira dengan hidup kita.

Ok kali ni.. saya ingin share dengan puan-puan mengenai satu keperluan di dalam badan kita iaitu kolagen. Kerana keberadaan kolagen di dalam badan kita sangat mempengaruhi keadaan kulit dan anggota badan kita..

Bagi anda yang menginjak usia 25 tahun. amat digalakkan untuk mendapatkan kolagen tambahan melalui pemakanan dan suplemen tertentu kerana kolagen mula menyusut pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45 tahun, badan dijangka kehilangan sebanyak 30% daripada kolagen semula jadi.

keajaiban kolagen

keajaiban kolagen

Jika anda mengabaikan aturan ini, usah terkejut jika garis-garis halus mulai kelihatan pada wajah anda dalam jangka masa lebih awal. Penyusutan kolagen juga menjadikan kulit mula kendur kerana hilang sifat kekenyalannya yang semulajadi. Pemakanan harian tidak cukup untuk membekalkan kolagen yang diperlukan. Jadi situlah pentingnya pemakanan tambahan untuk menggantikan kolagen yang hilang.

Kebaikan kolagen untuk tubuh kita

1. Bagus untuk sendi dan tulang

Terdapat kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia yang mencadangkan jika pengambilan kolagen diamalkan selama tujuh hingga 10gram kolagen sehari iaitu selama 30 hari hingga 90 hari, ia akan mengurangkan kesakitan yang berpunca daripada artritis. Bukan itu sahaja, kolagen juga dipercayai membantu melancarkan pengerakan sendiri dan mengurangkan kesakitan terutamanya bagi anda yang menghadapi ostoarthiris.

2. Rambut

Kini banyak syampu yang berada di pasaran mempunyai kolagen. Ia membantu meningkatkan kekuatan rambut struktur protein malah membantu menstabilkannya. Jika anda mula mengalami keguguran rambut, kekurangan kolagen mungkin salah satu penyebabnya. Penggunaan syampu mungkin memerlukan sedikit masa untuk merasai kebaikannya berbanding pengambilan suplemen atau minuman.

3. Kuku

Adakah anda mengalami masalah kuku rapuh? Ia mungkin disebabkan faktor umur, rutin harian ataupun kurang minum air. Selain itu, faktor cuaca dan kekurangan kolagen dalam badan boleh menjadi penyebab. Pengurangan kolagen terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen menjadi semakin kurang dalam tisu lembut, ini mengakibatkan kesukaran untuk mengangkut toksin dari sel ke sistem limfa di badan kita. Di samping itu, keadaan ini juga boleh menjadi penghalangan bagi pergerakan hidrasi dan nutrisi. Ini boleh membawa kesan yang buruk atas kesihatan keseluruhan.

4. Kulit

Kandungan kolagen bukan sahaja membantu mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit. Bahkan ia turut mempercepatkan kadar pemulihan sel-sel kulit jika berlaku sebarang kecederaan atau luka yang boleh menyebabkan parut.

Kolagen juga mengalakkan penyerapan asid amino yang sangat penting seperti glysine, proline dan hydrovyproline yang dapat mengurangkan lemak dalam badan. Selain itu, terdapat juga cara yang menggalakan kolagen semulajadi melalui sistem badan iaitu:

  • Kurangkan diri daripada terdedah kepada pancaran sinaran UV.
  • Amalkan senaman wajah setiap hari.
  • Jangan merokok.
  • Kenakan krim pelindung yang mengandungi SPF 30 dan keatas.

Penggunaan pencuci muka dan skrub juga membantu kerana melalui penggunaannya, sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan seterusnya memberi peluang untuk pertumbuhan sel-sel baru dan kolagen. Seiring dengan perkembangan teknologi moden, pengamal kecantikan mula menawarkan rawatan laser. Apabila ia dikenakan pada kulit, kolagen yang terdapat pada kulit wajah akan pecah lalu menghantar isyarat ke fibroblase untuk menggalakkan penghasilan kolagen.

Kesimpulan, pengambilan kolagen adalah sangat penting untuk semua manusia.

The post Keajaiban Kolagen : Protein Semulajadi untuk Kulit Kekal Muda appeared first on ERATUKU.

7 Punca Kenapa Gagal Kempiskan Perut

$
0
0

1. Anda Makin Tua

Setiap wanita akan mengalami menopous. Micheal Jensen, MD, professor perubatan mengatakan, jika wanita mengalami kenaikkan berat badan selepas menopous, tempat yang paling mudah menjadi sasaran ialah perut. Semasa menopous, penghasilan hormon estrogen dan progesterone juga semakin perlahan. Perubahan demi perubahan inilah antara punca lemak mudah terkumpul dibahagian tersebut.

2. Senaman anda tidak mencabar

senaman situp

Untuk memerangi lemak perut yang degil, anda perlu menilai kembali senaman yang anda lakukan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Medicine and Science in Sport and Exercise, mereka yang mengamalkan senaman berintensiti tinggi akan hilang lebih banyak lemak di perut berbanding dengan mereka yang bersenam dengan berintensiti rendah. Natalie Jill, jurulatih peribadi yang bertauliah memberitahu, kita perlu bersenam dengan intensiti penuh kerana tujuan asalnya adalah untuk membakar kalori. Hanya senaman yang berintesiri tinggi mampu merealisasikan tujuan ini.

3. Tubuh anda ‘Apple Shape’

apple shape

Jika anda cenderung mengumpul lemak di bahagian tengah tubuh berbanding pinggul dan paha, anda sebenarnya memiliki tubuh bentuk epal. Ginetik tubuh begini memang mudah untuk mengumpul lemak di bahagian tersebut. Usaha untuk mengurangkan lemak di bahagian ini memang agak sukar, namun ia tidak mustahil.

4. Anda salah memilih lemak

Tubuh kita tidak bertindak pada semua jenis lemak dengan cara yang sama. Penyelidikan telah menemui kaitan antara pengambilan lemak tepu yang tinggi (khususnya dalam daging dan tenusu) pada peringkat lemak visceral. Dalam pada itu, lemak mono tak tepu(seperti dalam minyak zaitun) dan setengah lemak poli tak tepi (terutamanya omega 3 yang terdapat di dalam walnut, biji bunga matahari dan ikan salmon) mempunyai kesan anti radang di dalam badan dan ia baik untuk diamalkan. Namun begitu, pengambilan yang berlebihan tetap memberi kesan tidak bagus. Ambillah lemak dalam kadar yang sederhana sahaja.

5. Anda sakit?

Jika tahap testosteron anda tinggi, mungkin sesuatu berkaitan sindrom polistik ovari(PCOS) sedang berlaku. Inilah punca anda sukar menurunkan berat badan. Jika tubuh anda jenis epal dan terlebih berat badan, segeralah berjumpa doktor. Selain PCOS, mungkin juga anda berisiko untuk mendapat penyakit lain yang lebih berbahaya.

6. Anda kurang motivasi

Untuk mengurangkan lemak di perut, ia memerlukan kombinasi pengambilan diet rendah kalori. Pastikan anda mengambil makanan serat tinggi dan rendah karbohidrat. Usah lupa untuk melakukan senaman kardio dan latihan berat. Apabila anda faham semua perkara ini dengan mudah, motivasi untuk melakukannya akan menjadi senang dengan sendiri.

7. Anda kurang tidur

Jika anda tidur kurang daripada 6 jam setiap malam, anda akan mengalami kesukaran untuk mengempiskan bahagian perut. Terdapat satu kajian yang melibatkan 70,000 orang wanita. Dalam kajian ini, mereka mendapati orang yang tidur 5 jam atau kurang adalah 30% berpotensi untuk mengalami kenaikan berat badan. Ini berbeza bagi mereka yang tidur selama 7 jam. The National Institute of Health mencadangkan agar setiap orang dewasa tidur kira-kira tujuh hingga 8 jam setiap malam.

The post 7 Punca Kenapa Gagal Kempiskan Perut appeared first on ERATUKU.

9 Manfaat Berenang untuk Ibu Hamil

$
0
0

Hari ini saya berpeluang untuk pergi ke homestay kawan saya yang terletak di Bukit Serdang. Bila sampai sana, tengok dengan mata saya sendiri rasa amat cantik sekali homestay yang kawan saya ada ini. Homestay dia ada kolam berenang lagi. Sementara anak-anak cuti sekolah ini, sebab kawan dah banyak kali panggil saya pergi, jadi kenalah layan saja kan? Setiba sana memang anak-anak pun banyak menyeronokkan diri berenang di sana.

berenang ibu hamilFoto kredit: tandemmidwifery

Lepas dapat berendam di dalam kolam berenang, badan saya rasa macam best dan amat lega pula. Tambahan lagi, saya rasa macam badan ada dapat satu tenaga yang best. Jadi lepas habiskan satu hari di homestay kawan saya dan balik ke rumah sendiri, saya mula untuk cuba cari informasi pasal berenang untuk dikongsi bersama dengan puan-puan semua.

Okay. Di sini ingin berkongsi dengan anda semua tentang 9 manfaat berenang bagi ibu yang hamil. Selepas buat banyak kajian dalam internet, inilah 9 manfaat yang dapat saya kumpulkan. Jadi, terpaksalah pergi dengan kerap ke swimming pool untuk mendapatkan semua manfaat yang akan disebutkan di bawah ini.. hihi

1. Berenang menggunakan 2 otot besar di kaki, apabila ibu hamil berenang, ia akan melatih ototnya untuk digunakan semasa bersalin. Otot yang kuat akan melancarkan semua proses semasa bersalin.

2. Berenang dapat meningkatkan peredaran udara di dalam tubuh kerana semasa berenang berlaku pergerakan di mana ia melatih untuk bernafas dengan lebih baik ketika menyedut udara dan menghembus udara.

3. Meningkatkan daya tahan tubuh dengan akvititi yang dilakukan semasa berenang. Ini sangat baik untuk ibu dan juga janin.

4. Membakar kalori tubuh sehingga membuat ibu hamil tidak terlalu berlebihan kalori, berenang mampu membakar kalori tersebut.

5. Menyegarkan tubuh melalui berbagai gerakan ketika berenang, lebih baik lagi jika aktiviti berenang tersebut dilakukan dengan aktif dan teratur.

6. Melatih emosi dengan cara yang paling menyenangkan. Diakui bahawa bersenam boleh meningkatkan diri untuk beradaptasi dengan berbagai perasaan.

7. Melancarkan peredaran darah dalam badan ibu yang hamil dan dengan ini ibu tidak senang untuk menghadapi sebarang kesakitan tubuh badan.

8. Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru. Dengan fungsi jantung dan paru-paru yang sihat, maka ibu juga akan berasa kuat badan tanpa banyak kerisauan.

9. Membantu untuk tidur lebih nyenyak. Tidur yang nyenyak dan mencukupi setiap malam adalah amat penting untuk menjaga pertumbuhan bayi dalam perut yang sihat.

The post 9 Manfaat Berenang untuk Ibu Hamil appeared first on ERATUKU.

5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku

$
0
0

Bulan ini sudah masuk 7 bulan bagi kehamilan saya. Walaupun bayi dalam kandungan ini sudah merupakan anak ke-lima untuk saya, tetapi masih gerun lagi untuk bersalin. Pada masa kini sudah saya mula sekali lagi untuk refresh semula info-info untuk bersalin.

kurang sakit kontraksi

kurang sakit kontraksi

Kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang teknik untuk mengurangkan sakit semasa kontraksi berlaku.

Semasa contraction berlaku memang kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan kadang-kadang rasa itu memang tidak boleh tahan. Semasa saya bersalin anak pertama, ini memang berlaku pada tempoh yang panjang. Masa tu contraction ada, tapi kurang kerap. Masa tu darah sudah turun dan saya terus pergi ke hospital untuk cek. Memang hospital tahan di wad. Beberapa hari juga saya perlu duduk dalam Hospital masa tu. Keadaan macam ini memang biasalah bagi saya yang tiada sebarang pengalaman lagi. Jangan lupa itu merupakan persalinan anak pertama bagi saya buat masa tu.

Biar saya kongsikan 5 teknik untuk kurangkan sakit semasa kontraksi berlaku kepada semua ibu-ibu yang sedang hamil. Antara teknik-teknik adalah:

1. Berkedudukan tegak

Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yang berhampiran. Apa yang boleh anda buat adalah bagi badan anda bersandar pada kerusi, dinding atau katil hospital. Jika perlu, anda boleh juga melutut.

2. Duduk menghadap hadapan

Melaraskan posisi badan anda supaya duduk berhadapan kerusi belakang dan sandarkan diri pada bantal atau kusyen. Rehatkan kepada anda pada lengan disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke hadapan

Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakka dan rehatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih keadaan ini.

4. Posisi merangkak

Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. COndongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan anda.

5. Teknik meniup

Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya, sebut … huf… huf… huf… seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut kaki anda dengan baik. Lepas siap sedia boleh bersandar badan ke hadapan. Dengan ini, boleh rehatkan kepala anda di atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

Teknik-teknik di atas, anda boleh mencuba mengikut kesesuaian anda sendiri. Boleh minta bantuan suami untuk mengurut bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan.

The post 5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku appeared first on ERATUKU.

5 Jus Buahan Yang Sihat Untuk Ibu Mengandung

$
0
0

Anda hamil?? Tahniah diucapkan.. Anda akan menjadi seorang ibu, saya yakin bahawa anda telah membaca pelbagai tips dan cadangan sepanjang hari tentang bagaimana menjaga kesihatan anda semasa hamil.

Pelbagai tips yang anda boleh dapatkan dari internet dan majalah dan sebagainya yang menyebabkan anda sendiri keliru untuk melakukan tips yang mana satu. Kehamilan bukan sahaja menambah 300 kalori sehari untuk kesihatan anda dan bayi.. tetapi pelbagai idea sihat yang bermanfaat

Kebanyakan orang akan mengatakan bahawa anda perlu makan yang sihat. Tetapi pernahkah anda tertanya-tanya tentang apakah perkara yang paling penting yang perlu menjadi sebahagian daripada diet anda?

Jika anda tidak tahu, maka artikel ini adalah terbaik untuk anda.

5 Jus untuk wanita hamil

Jus buah-buahan adalah antara cara paling mudah untuk anda mendapatkan khasiat buah-buahan yang hebat untuk kesihatan anda dan bayi. Memang boleh buahan ini diambil secara terus. Tetapi untuk lebih menarik dan rasa yang lebih pelbagai, anda boleh mengubah resepi tersebut dalam bentuk jus.

Di sini kami berkongsi dengan anda, jus-jus buahan yang sangat sedap dan sangat berkhasiat. Saya berharap anda boleh mencubanya di rumah anda sendiri.

1. Jus Epal

jus epal

jus epal

Mempunyai segelas jus epal pasti akan membantu anda berasa segar dan sihat. Di sini adalah resipi yang mudah:

  • Ambil 2-3 epal dan kupas kulit.
  • Rebus epal tersebut dan biarkan ia sejuk.
  • Kisar dalam seminit.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan campurkan jus limau di dalamnya.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama satu jam, selepas itu boleh minum.

2. Jus Jambu Batu

jus jambu batu

jus jambu batu

Jambu batu adalah salah satu buah yang menyembuhkan dan mencegah masalah berkaitan sembelit semasa hamil. Untuk menyediakan segelas segar jus jambu batu, anda memerlukan 2 jambu, dua sudu besar gula, jus lemon, dan beberapa jus halia.

Berikut adalah resipi:

  • Rebus jambu batu di dalam air dan tunggu sehingga ia sejuk.
  • Kisar jambu tersebut. Masukkan halia dan jus lemon.

Selepas selesai proses kisar, tambah beberapa kiub ais untuk minuman itu untuk lebih segar.

3. Jus Anggur

jus anggur

jus anggur

Menambah beberapa anggur masam kepada jus anda pasti akan menjadi syurga untuk citarasa anda! Mari kita belajar bagaimana untuk membuat jus anggur.

  • Ambil kira-kira 500 gram buah anggur.
  • Letak dalam pengisar dan membiarkan jus untuk satu minit atau lebih.
  • Tuangkan jus keluar dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Tambah sedikit limau dan anda sudah boleh menikmatinya.

4. Jus Bit

jus bit

jus bit

Menyediakan segelas segar jus bit, anda boleh menggabungkan seperti lobak merah 4, 2 bit, 1 epal.

Dan sekarang anda adalah bersedia untuk mengisar jus!

  • Potong semua bahan-bahan ke dalam bentuk kepingan dan tambah mereka kepada pengisar.
  • Ambil beberapa ais dihancurkan dan menambahkannya ke dalam jus.
  • Hidangkan serta-merta. Anda boleh minum jus ini tiga kali seminggu.

5. Jus Pisang dan Madu

jus pisang dan madu

jus pisang dan madu

Gabungan pisang, yogurt dan madu sememangnya menakjubkan. Rasanya sangat lazat dan boleh dijadikan sebagai minuman petang yang sempurna. Berikut adalah semua yang anda perlukan – setengah cawan susu, separuh cawan dadih, satu pisang masak, dan satu sudu makan madu.

  • Campur semua bahan tadi dan kisar sehingga hancur.
  • Tambah beberapa kiub ais kepadanya dan tuangkan ke dalam gelas.
  • Minum apabila ia sejuk.

Adakah anda tergoda? Jus ini bukan sahaja lazat, tetapi juga memberi manfaat yang luar biasa untuk anda dan bayi anda. Anda boleh manjakan diri anda dengan resipi lazat dan bayi anda juga akan mendapatkan segala yang diperlukan untuk membesar kuat dan sihat!

Adakah anda mempunyai apa-apa resipi jus yang boleh dibuat semasa hamil?

Berkongsi dengan kami di bahagian komen.

The post 5 Jus Buahan Yang Sihat Untuk Ibu Mengandung appeared first on ERATUKU.


4 Masjid Yang Sesuai Untuk Bawa Anak Bersama Untuk Tarawikh

$
0
0

Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan isi-isi dalam artikel ini adalah hasil pengalaman dan pemerhatian saya. Setiap ibu-ibu mempunyai ijtihad yang berbeza dan pengalaman berbeza. Mungkin ada yang setuju dan juga ada yang tidak setuju dengan point-point saya nanti.

Saya adalah ibu kepada 4 orang anak.. dua lelaki dan 2 perempuan. Anak sulong sekarang berumur 7 tahun dan paling kecil setahun 5 bulan. Dan sebenarnya saya pun tengah sarat mengandung 7 bulan sekarang.

Sebenarnya sejak dari belajar di UKM, memang rutin di bulan Ramadhan saya dan kawan-kawan usrah akan menjelajah dari masjid-masjid untuk berbuka puasa dan terawikh. Lagi meriah bila masuk 10 malam terakhir. Memang sejak di UKM, saya akan balik kampung dihujung ramadhan.. biasa lusa nak raya baru saya balik. Mungkin ada kawan kampus yang memang excited untuk balik untuk beraya, biasa saya akan stay saja di kampus menghabiskan dan memaksimakan masa yang sangat berharga.

Bila sudah berkahwin, alhamdulillah suami saya pun memang jenis yang sama. Tapi bila bilangan anak dah bertambah, maka tidak setiap malam la untuk saya dan keluarga untuk menjelajah masjid ke masjid.

Pengalaman saya sepanjang sudah ada 4 orang anak, tidak semua masjid ok untuk kita bawa anak-anak. Ikut keadaan dan persekitaran disitu. Lagi-lagi kalau bawa di surau yang kecik. Memang sudah biasa, anak-anak saya dijeling-jeling oleh makcik-makcik kat situ.. hihi

Mungkin ada orang tidak setuju untuk bawa anak-anak kecik ke masjid dengan alasan mengganggu jemaah lain untuk beribadah. Buat saja tarawikh di rumah. Itu lebih bagus untuk seorang wanita. Tetapi bagi saya, saya lebih memikirkan tarbiyah untuk anak-anak saya. Kalau ikutkan saya sendiri, memang sangaat penat nk handle anak-anak di masjid. Kekadang saya pun tak ikut jemaah untuk control mereka atau masbuk lambat sedikit. Tetapi pada saya, yang lebih penting adalah exposure anak-anak di suasana ramadhan dan untuk mendekatkan mereka dengan masjid dan insan-insan soleh yang datang berjemaah di masjid.

Ok di sini saya senaraikan masjid-masjid yang agak ok untuk ibu-ibu bawak anak-anak puan nanti.

1. Masjid Shah Alam

masjid shah alam

masjid shah alam

Pada saya ini masjid yang ranking tertinggi untuk memang saya recommend untuk puan bawa anak-anak untuk merasai suasana ramadhan. Daripada majlis berbuka sehingga la tarawikh memang sangat-sangat meriah!! Yang penting memang ramai orang lain bawa semua keluarga mereka untuk berbuka di sini. Memang anak-anak kecik besar pun sangat ramai.

Yang paling saya suka, masjid Shah Alam ada ruangan bawah untuk sesuai untuk kanak-kanak. Dan kalau jemaah yang lain memang semua solat di atas. Kiranya kalau mereka yang mahu lebih tenang dan khusyuk, lebih baik untuk solat di atas.

tarawikh masjid negeri Shah Alam dengan anak-anak

tarawikh masjid negeri Shah Alam dengan anak-anak

Dan dibawah tersebut juga memang ada satu ruangan tertutup untuk jemaah wanita berbaring-baring berehat dan jika ada anak-anak, memang sangat sesuai sebenarnya. Persekitaran masjid Shah Alam yang sangat luas pun menjadikan suasana sangat selesa walaupun jemaah yang datang memang ramai.

Disamping itu, gerai-gerai di sekeliling masjid pun ada. Macam-macam produk dijual juga disitu.

Yang paling saya suka di masjid Shah Alam adalah IMAMnya!!.. hihi kalau Sheikh Karim yang jadi imam, memang feeling-feeling macam solat kat Mekah pulak rasa..

2. Masjid Wilayah

masjid wilayah

masjid wilayah

Masjid wilayah pun agak ok walaupun tidak la sehappening masjid Shah Alam. Persekitaran masjid yang luas memang memberikan keselesaan.

Untuk kanak-kanak. jika tahun lepas, memang ada disediakan bilik khas untuk kanak-kanak. Tahun nih saya tak sure adakah pihak masjid meneruskan perkhidmatan tersebut. Macam tahun lepas tuh, memang ada beberapa pelajar UIA di upah untuk menjaga kanak-kanak di bilik tersebut. Sebelum masuk ke bilik tersebut, ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak mereka dan tag akan diberikan.

nurseri di masjid wilayah

nurseri di masjid wilayah

Jadi ibu bapa tidak perlu risau anak-anak mereka berkeliaran di sekitar masjid dan boleh memberi fokus kepada solat dan ibadah.

3. Masjid Putrajaya

masjid putrajaya

masjid putrajaya

Masjid seterusnya adalah Masjid Putra Putrajaya. Di sini memang disediakan makanan berbuka puasa dan biasanya menu dia agak best.. hihi.. dan lepas tarawikh pun ada moreh yang best.

Untuk masjid Putra nih, saya suka solat di tingkat atas. Lagipun ada lif di masjid nih. so nak turun ke bilik wudhu yang bawak sekali dan naik atas semula tidak ada masalah. Lagi-lagi ibu preggy macam saya nih.. hihi

berbuka puasa di masjid putra

Pada saya tingkat atas tuh memang agak privacy dan kebanyakkan jemaah wanita akan solat di bawah sahaja. Tidak ramai yang solat di atas. Dan ruang di atas pun memang agak luas, jadi anak-anak yang excited gembira tak ketara sangat la.

Berbeza dengan Masjid Besi, di sana saya kurang selesa sikit sebab terlalu open air dan dibahagian atas pun berkaca. Jadi antara dua masjid nih saya lebih prefer masjid Putra.

4. Masjid UIA

masjid uia

masjid uia

Sebenarnya saya pun tidak pernah sampai masjid UIA nih dengan anak-anak untuk Ramadhan. Waktu biasa pernah la jejak masjid ni. Tapi memang kawan-kawan saya berkongsi, memang untuk bawa anak solat sekali memang best juga masjid nih.

Mungkin suasana dia juga. Di sana ramai pelajar dari luar negara yang mana mereka sudah biasa membawa anak-anak ke masjid. Solat mendukung anak tuh biasa bagi mereka. Jika di Masjid Nabawi Madinah, memang di bahagian belakang sekali, dikhaskan untuk wanita bersama anak-anak.

Mungkin puan-puan pun ada pengalaman sendiri, boleh juga share diruangan komen untuk dimanfaat untuk ibu-ibu lain. Tapi secara pengalaman dan penelitian, masjid-masjid besar masih ok sebab jemaah pun ramai dan pelbagai latar belakang. Jika masjid-masjid kecik atau surau-surau, pada saya cuba elakkan sebab takut nanti menjadi gangguan yang besar untuk jemaah pada masa tersebut.

Hikmah ramadhan bukan untuk orang-orang dewasa sahaja untuk kejar dan kecapi, tetapi inilah masa terbaik untuk kita mentarbiyah anak-anak kita juga kerana merekalah amanah kita dan bakal pemimpin generasi akan datang.

The post 4 Masjid Yang Sesuai Untuk Bawa Anak Bersama Untuk Tarawikh appeared first on ERATUKU.

10 Makanan Terbaik untuk Ibu Baru Lepas Bersalin

$
0
0

Saya hendak berkongsi dengan puan-puan semua mengenai 10 makanan yang terbaik untuk ibu selepas bersalin.

Biasanya ibu lepas bersalin ini, akan menghadapai konflik untuk badan mereka kembali kepada bentuk asal sebelum bersalin. Tetapi yang paling penting adalah makanan yang boleh memberikan tenaga untuk anda. Lagi-lagi kalau puan sedang menyusukan bayi anda. Kualiti susu terbaik amat perlu untuk perkembangan bayi anda.

Jadi pastikan anda mendapat semua nutrien yang anda dan keperluan bayi anda. Ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua anda

Cuba untuk menjadikan makanan yang sihat sebahagian tetap daripada diet anda.

1. Ikan Salmon

ikan salmon

ikan salmon

Hakikatnya, tidak ada makanan yang terlalu sempurna. Tetapi ikan boleh dikatakan makanan yang terbaik untuk ibu baru.

Salmon, seperti ikan berlemak yang lain, dimuatkan dengan sejenis lemak yang dikenali sebagai DHA. DHA adalah penting untuk perkembangan sistem saraf bayi anda. Semua susu ibu mengandungi DHA, tetapi tahap ia adalah lebih tinggi dalam susu wanita yang mendapat lebih DHA daripada diet mereka.

DHA dalam salmon juga boleh membantu mood anda. Kajian menunjukkan ia boleh memainkan peranan dalam mencegah kemurungan selepas bersalin.

Satu amaran: FDA mengesyorkan bahawa wanita menyusu, wanita yang hamil, dan wanita yang mungkin mengandung mendapatkan had berapa banyak salmon yang mereka makan. Garis panduan mengesyorkan purata 12 auns, atau bersamaan dua hidangan utama, seminggu. Sebabnya ialah untuk menghadkan jumlah merkuri kanak-kanak yang baru terdedah kepada.

Paras merkuri dalam ikan salmon dianggap rendah. Sesetengah ikan lain seperti ikan todak atau tenggiri, mempunyai jumlah yang tinggi merkuri dan harus dielakkan sama sekali. 12 auns adalah rata-rata. Makan lebih dalam masa 1 minggu – seperti mempunyai tiga hidangan bukan dua – tidak akan sakit selama anda makan kurang pada minggu yang berikutnya

2. Produk Tenusu Rendah Lemak

Sama ada anda lebih suka yogurt, susu, atau keju, produk tenusu adalah satu bahagian penting dalam penyusuan susu ibu yang sihat. Susu merangsang pembentukan tulang-pengukuhan vitamin D. Selain menyediakan protein dan vitamin B, produk tenusu adalah salah satu sumber terbaik kalsium. Jika anda menyusukan anak, susu anda sarat dengan kalsium untuk membantu tulang bayi anda berkembang, jadi ia adalah penting bagi anda untuk makan kalsium yang cukup untuk memenuhi keperluan anda sendiri. Cuba termasuk sekurang-kurangnya tiga cawan susu setiap hari dalam diet anda.

3. Daging lembu tanpa lemak

Meningkatkan tenaga anda sebagai ibu yang baru dengan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak. Kekurangan zat besi boleh mengalirkan tenaga anda, menjadikan ia sukar bagi anda untuk bersaing dengan permintaan bayi yang baru lahir.

Ibu menyusu perlu makan protein tambahan dan vitamin B-12. Daging lembu tanpa lemak adalah sumber terbaik untuk kedua-duanya.

4. Kekacang

Kacang kaya dengan zat besi, terutamanya gelap berwarna yang seperti kacang hitam dan kacang, dan sangat bagus untuk menghasilkan susu badan yang banyak, terutama untuk vegetarian. Mereka adalah sumber yang mesra bajet berkualiti tinggi, protein bukan haiwan.

5. Blueberry

Ibu menyusu perlu pastikan anda mendapat dua atau lebih hidangan buah-buahan atau jus setiap hari. Blueberry adalah pilihan yang sangat baik untuk membantu anda memenuhi keperluan anda. Blueberri memberi anda dos yang sihat karbohidrat untuk mengekalkan tahap tenaga anda tinggi.

6. Beras Perang

Anda mungkin akan terdorong mengurangkan berat badan. Kehilangan berat badan terlalu cepat boleh menyebabkan anda menghasilkan susu yang kurang dan membuat anda merasa lesu. Campurkan sihat, karbohidrat gandum seperti beras perang ke dalam diet anda untuk mengekalkan tahap tenaga anda ditingkatkan. Makanan seperti beras perang menyediakan badan anda kalori yang diperlukan untuk menghasilkansusu berkualiti terbaik untuk bayi anda.

7. Oren

orange juice

orange juice

Simple dan berkhasiat, oren adalah makanan terbaik untuk meningkatkan tenaga. Oren dan buah-buahan sitrus yang lain adalah makanan penyusuan yang sangat baik, kerana ibu menyusu memerlukan lebih banyak vitamin C daripada wanita hamil. Tidak dapat mencari masa untuk duduk untuk snek? Minum jus oren untuk mendapat manfaat vitamin C, dan anda boleh memilih jenis kalsium yang diperkaya untuk mendapatkan lebih daripada minuman anda

8. Telur

Telur adalah cara yang serba boleh untuk memenuhi keperluan protein harian anda. ‘Scramble egg’ untuk sarapan pagi, rebus pada waktu makan tengahari salad anda, atau mempunyai dadar dan salad untuk makan malam. Memilih telur yang diperkaya DHA untuk meningkatkan tahap asid lemak ini penting dalam susu anda.

9. Roti Gandum

Asid folik adalah penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal kehamilan. Tetapi kepentingannya tidak berakhir di situ. Asid folik adalah nutrien penting dalam susu badan anda yang diperlukan oleh bayi anda untuk kesihatan yang baik. Roti gandum dan pasta diperkaya dengan asid folik, dan juga memberi anda dos yang sihat serat dan zat besi.

10. Sayur Hijau

sayur hijau

sayur hijau

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli penuh dengan vitamin A, yang baik untuk anda dan bayi anda. Manfaat tidak berhenti di situ. Mereka sumber bukan tenusu yang baik kalsium dan mengandungi vitamin C dan zat besi. Sayuran hijau juga diisi dengan hati-sihat antioksidan dan rendah kalori.

The post 10 Makanan Terbaik untuk Ibu Baru Lepas Bersalin appeared first on ERATUKU.

Tips Ramadhan untuk Ibu Menyusu

$
0
0

Puasa dan menyusu bayi?? Sangat mencabar untuk ibu-ibu yang menyusu. Ada kes yang saya dapat, bayi sangat kelaparan bila ibu tidak mempunyai susu yang cukup, sehingga dia menghisap tanpa henti.

Itu sebab Allah ada memberi rukhsah puasa untuk ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan bayi mereka. Anugerah yang sangat indah.

solat gendong

solat gendong

Saya akan berkongsi kepada anda tips ramadhan untuk ibu menyusu.

1. Minum air dengan banyak dan elakkan minum kafein

Ibu perlu minum air sekurangnya 3 liter dan lebih air daripada berbuka sehingga bersahur. Lebih mudah, isi botol air 3 liter setiap hari, pastikan air yang diisi telah dihabiskan minum, jika tidak habis itu bermaksud anda tidak cukup minum 3 liter air pada hari tersebut. Jangan minum minuman berkafein kerana ia akan mengurangkan penghasilan susu.

2. Makan semasa sahur dan makan makanan yang berkhasiat

Jika anda seorang yang hanya minum air sahaja semasa sahur, maka tidak boleh jika anda sedang menyusukan bayi. Sila makan dan ambil makanan yang berkhasiat dan lengkap untuk anda sendiri dan penghasilan susu. Sahur juga disunnahkan untuk dilewatkan.

3. Makan Kurma dan Madu

Ini adalah dua makanan sunnah yang sangat power. Mungkin pertama kali anda ambil, tidak merasakan kesannya. Tetapi jika anda ambil secara konsisten, kesannya sangat hebat. Sesudu madu dan kurma di masa sahur sangat membantu untuk anda bertenaga sepanjang hari.

4. Ambil suplemen tambahan

Untuk ibu yang menyusu, set puasa Shaklee dapat membantu untuk memberikan tenaga yang cukup. Set Puasa lengkap terdiri daripada ESP Shaklee, Performance Drink dan Meal Shake. Esp boleh memekatkan susu anda dan memberi anda tenaga kerana kandungan protein yang ada di dalamnya.

Performance Drink pula dapat membantu mengawal bendalir di dalam badan anda. Jika anda banyak minum di dalam hari, air akan dikeluarkan dengan air kencing, dengan minum PD maka bendalir akan lebih stabil dan mengeluarkan air melalui air kencing dapat dikurangkan.

Mealshak pula melengkapkan nutrien di dalam hidangan ini, Mealshake mempunya vitamin dan mineral yang banyak, mampu memberi kecergasan pada ibu yang menyusu.

5. Jangan lupa untuk mengambil Milk Booster semasa sahur

Setiap orang mempunyai kapasiti badan yang berbeza dalam menghasilkan susu. Ada yang sikit dan ada yang banyak tanpa mengambil apa-apa suplemen tambahan. Jika anda punya susu yang sedikit, sila ambil milk Booster yang sebaiknya.

Alfalfa dapat membantu untuk boooost kan susu anda.

6. Berdoa dan amalan surah Al Hujurat

Ramadhan adalah bulan yang dimakbulkan doa. Berdoalah agar susu anda diperbanyakkan. Juga amalkan surah Al Hujurat yang boleh membantu pengeluaran susu.

7. Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda akan cukup untuk diberikan kepada bayi anda. Apa yang anda fikir itu adalah doa sebenarnya.

8. Jangan biarkan badan anda terlalu letih

Untuk ibu yang bekerja, ataupun suri rumah, jangan biarkan diri anda terlalu letih. Kerana badan yang terlalu letih akan mengurangkan penghasilan susu. Rehatkan diri anda dengan tilawah Al Quran, zikir dan sebagainya.

9. Jika penghasilan susu merudum, jangan PANIC

Biasanya badan kita akan sedikit berubah jika rutin kita berubah. Di bulan puasa rutin kita berubah di mana siang kita tidak makan dan malam baru makan Kadang-kadang keadaan ini akan menyebabkan susu akan mengurangkan kerana perubahan badan kita. Jadi jangan panik, teruskan puasa dan amalan yang di sebut di atas, insya allah susu akan pulih seperti biasa.

10. Perhati keadaan anda dan bayi

Fikirkan kesihatan anda dan bayi terlebih dahulu. Jika badan anda tidak sihat dan bayi kencing sangat kurang, dan paksa diri untuk terus berpuasa. Di dalam Islam, dirusakhkan untuk ibu yang menyusu untuk berbuka jika ada keadaan negatif berlaku.

Kepada semua ibu-ibu yang menyusu, penyusuan bayi adalah satu sangat berat, disitu juga besarnya pahala untuk anda semua. Kami berharap anda menjadi ibu dan hebat dan semoga pengorbanan anda dibalas oleh Allah. Semoga tips ramadhan untuk ibu menyusu ini dapat membantu anda.

Artikel berkaitan:
9 persediaan penyusuan sebelum bersalin

The post Tips Ramadhan untuk Ibu Menyusu appeared first on ERATUKU.

10 Soalan untuk Bertanya Kepada Pakar SEO

$
0
0

Jika laman web anda tidak muncul pada halaman pertama di Google, Bing atau Yahoo tanpa servis daripada pakar SEO, bakal pelanggan anda mungkin tidak tahu syarikat anda wujud. Pendedahan dalam carian enjin boleh menjadi kritikal untuk meningkatkan kunjungan ke laman web anda, yang boleh membawa kepada peningkatan kesedaran jenama, jualan dan keuntungan yang lebih tinggi.

pakar seo

pakar seo

Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai masa dan kepakaran teknikal untuk meningkatkan kedudukan carian enjin untuk laman web anda? Ia mungkin masuk akal untuk mengupah pakar SEO (Search Engine Optimization) yang berpengalaman untuk melaksanakan kerja ini.

Berikut adalah 10 soalan penting untuk bertanya apabila mempertimbangkan bakal tentang seseorang pakar SEO:

1. Bolehkah saya mempunyai senarai pelanggan anda pada masa kini dan masa lalu?

Seorang pakar SEO bereputasi harus terbuka untuk berkongsi senarai ringkas tentang bekas pelanggan, kata Vanessa Fox, pengarang Marketing di Zaman Google (Wiley, 2012) dan pengasas Nine By Blue, pembekal perisian SEO yang berdasar di Seattle.

Rujukan ini boleh membantu anda menilai keberkesanan calon itu, dan juga mengesahkan bahawa orang itu memang bekerja pada kempen SEO tertentu. Pelanggan mungkin tidak memberikan analisis tertentu, Fox berkata, tetapi mereka akan dapat sekurang-kurangnya memberitahu anda jika mereka menjana kesan positif ke atas kedudukan carian mereka, terutamanya dalam conversion dan dalam mendapatkan pengunjung, sebagai akibat langsung daripada usaha pakar itu.

2. Bagaimana anda akan meningkatkan kedudukan enjin carian saya?

Mengelakkan pakar SEO yang tidak bebas membincangkan kaedah mereka secara terperinci, pengasas Moz Rand Fishkin berkata demikian. Moz merupakan sebuah syarikat perisian pemasaran internet yang berpangkalan di Seattle dan penulis bersama The Art of SEO (O’Reilly, 2012). Mereka perlu menjelaskan strategi yang mereka akan gunakan untuk meningkatkan kedudukan enjin carian laman web anda, serta anggaran berapa lama dalam realistik yang mereka akan ambil untuk mencapai matlamat kempen SEO yang anda bersetuju dengannya.

Pastikan cadangan pakar itu termasuk kajian teknikal awal untuk laman web anda untuk mengelakkan sebarang masalah yang boleh menrendahkan kedudukan enjin carian anda, termasuk pautan yang rosak dan kesilapan halaman. Pakar itu juga perlu menyediakan “on page” pengoptimuman, proses untuk membuat laman web anda sebagai enjin carian mesra. Ia melibatkan meningkatkan URL dan menghubungkan struktur pautan dalaman laman web anda, bersama-sama dengan mengubahsuai laman web titles, headings dan tags.

Juga, tanya pakar SEO itu sama ada mereka memberikan “off page” strategi SEO untuk meningkatkan kesedaran mengenai kandungan anda di laman web yang lain, sering melalui blog, platform media sosial dan siaran surat khabar.

3. Adakah anda mematuhi garis panduan webmaster carian enjin?

Anda mahu pakar yang ketat mematuhi amaran webmaster yang disiarkan secara umum di laman Google, yang khusus melarang 12 helah SEO biasa, termasuk menjana kandungan spam secara automatik dan menambah teks tersembunyi dan pautan yang palsu. Jika pakar itu tidak mengikuti garis panduan tersebut, laman web anda boleh dikembalikan kepada kedudukan hasil carian yang rendah. Atau lebih teruk lagi, Google boleh mengharamkan laman anda dari hasil carian sama sekali.

Bing dan Yahoo juga mempunyai amaran webmaster di mana semua pakar hendaklah memastikan mereka ikuti panduan yang diberikan.

4. Bolehkah anda menjamin laman web saya akan mencapai kedudukan nombor satu di Google, Bing dan Yahoo?

Jika pakar itu menjawab ya, Fox memberi amaran, “Anda patut pusing badan dan berlari secepat mungkin.” Walaupun ia adalah mustahil untuk menjamin kedudukan nombor satu untuk mana-mana enjin carian, beliau berkata, tetapi terdapat beberapa pakar SEO yang tidak beretika memang berani untuk membuat jaminan palsu tersebut.

Menganggap ia sebagai satu amaran jika pakar yang mengatakan dia mempunyai hubungan orang dalam dengan Google atau mana-mana enjin carian lain yang akan meningkatkan kedudukan laman anda di carian engin dalam masa yang singkat. Hanya Google, Bing dan Yahoo boleh mengawal bagaimana kedudukan sesebuah laman web untuk kedudukan laman dalam hasil carian mereka.

5. Adakah anda berpengalaman untuk meningkatkan hasil carian tempatan?

Membolehkan laman wujud di top dalam keputusan enjin carian tempatan adalah amat penting untuk perniagaan kecil dan SME yang cuba untuk menarik pelanggan berdekatan, Rand berkata. Anda akan mahu dapatkan servis daripada syarikat yang mempunyai kepakaran dalam teknik SEO tempatan.

Jika laman web anda dioptimumkan untuk apa yang dikenali sebagai “SEO tempatan” atau Local SEO, ia akan muncul apabila seseorang berdekatan mencari kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda. Untuk mencapai matlamat itu, seorang pakar SEO perlu taruh bandar dan negeri perniagaan anda atas tag tajuk laman web anda dan juga penerangan meta (meta description), dan mendapatkan laman web anda disenaraikan di Bing, Yahoo, dan Google.

6. Adakah anda akan berkongsi dengan saya semua perubahan yang anda buat atas laman web saya?

Pengoptimuman enjin carian mungkin akan perlukan beberapa perubahan dan pengekodan ke laman web yang anda sedia ada. Adalah penting untuk mengetahui dengan tepat apa pelarasan pakar itu merancang untuk membuat dan berapa banyak laman web yang akan diubah. Jika anda mahu calon untuk mendapatkan kebenaran anda sebelum mengakses dan mengubah kod laman web anda, pastikan anda memberitahu mereka sebelum tu.

Sebagai contoh, pakar akan menambahkan tag tajuk baru kepada kod HTML anda yang sedia ada atau mengubah suai kod yang sedia ada? Adakah mereka akan menyediakan tambahan kandungan penulisan untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan anda untuk meningkatkan pendedahan laman, kata kunci pada halaman yang relevan kepada bakal pelanggan anda? Dan adakah mereka merancang untuk ubai suai semula semua atau sebahagian daripada navigasi laman web anda atau menambah laman baru ke laman web anda?

7. Bagaimana anda mengukur kejayaan kempen SEO anda?

Untuk mengukur kejayaan usaha SEO, anda perlu mengesan dengan tepat berapa banyak trafik yang dihantar ke laman web anda dan trafik semua ni datang dari mana. Consultants perlu berpengalaman dalam menggunakan Google Analytics untuk mengesan peningkatan dalam kedudukan enjin carian laman web anda, bilangan pautan dari laman web lain memandu trafik ke anda, jenis kata kunci pencari gunakan untuk mencari laman web anda, dan banyak lagi.

google analytics

google analytics

Pastikan anda bertanya berapa kerap mereka merancang untuk berkongsi analisis penting dengan anda dan bagaimana mereka akan menggunakan data untuk terus meningkatkan kedudukan enjin carian dan trafik laman web anda.

8. Bagaimana berkomunikasi dan kekerapan?

Gaya komunikasi pakar SEO adalah berlainan berbanding dengan perkhidmatan pelanggan umum. Anda perlu mencari seseorang yang mempunyai cara komunikasi yang paling sesuai dengan keperluan anda. Tanya jika calon lebih suka bercakap secara peribadi atau melalui telefon, Skype, Whatsapp, SMS atau e-mel. Dan mengetahui berapa kerap dia akan memberitahu anda dengan status kemas kini.

9. Berapa banyak yuran caj dan terma pembayaran?

Anda perlu tahu berapa banyak yang anda akan dikenakan untuk bayaran servis SEO itu dan juga sama ada pakar SEO itu akan dibayar setiap bulan atau ikut projek. Pembayaran berasaskan projek adalah yang paling biasa dalam industri perundingan SEO, dan caj mereka boleh berbeza-beza secara meluas, bergantung kepada saiz dan kerumitan projek. Kebanyakan projek kontrak adalah antara $1,000 dan $7,500, menurut kajian harga Moz pada tahun 2011 dengan lebih daripada 600 syarikat SEO.

Kajian ini juga mendapati bahawa caj yang paling biasa adalah antara $251 hingga $500 sebulan untuk projek yang lebih rendah dan $2,501 hingga $5,000 sebulan untuk projek yang lebih rumit. Manakala kadar setiap jam yang paling biasa adalah di antara $ 76 hingga $ 200. Fox berkata perunding yang khusus berkhidmat perniagaan kecil sering mengenakan bayaran yang lebih rendah berbanding dengan syarikat khusus dengan perkhidmatan SEO.

Soalan lain yang berkaitan dengan pembayaran yang penting termasuk juga: Berapa kerap bayaran invois yang dikenakan – setiap 30, 60 atau 90 hari? Adakah terdapat caj faedah bagi pembayaran lewat?

10. Apa yang berlaku apabila kita ingin tamatkan servis SEO?

Apabila tamat tempoh kontrak anda atau jika anda menamatkannya awal, anda masih perlu mengekalkan hak pemilikan untuk semua kandungan web yang dioptimumkan oleh pakar SEO yang telah anda bayar, Fox berkata.

Oleh itu, anda akan ingin memastikan kontrak menyatakan bahawa apabila penamatan kontrak, syarikat SEO tidak akan berubah atau mengeluarkan apa-apa kandungan yang ditambah, diubah suai atau dioptimumkan bagi pihak anda. Anda juga harus bertanya consultant itu sama ada mereka mengenakan sebarang yuran untuk awal penamatan kontrak, jika ya, anda perlu mereka menyatakan dalam kontrak.

The post 10 Soalan untuk Bertanya Kepada Pakar SEO appeared first on ERATUKU.

Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya?

$
0
0

Satu pertanyaan sewaktu saya mula-mula baru nak berkecimpung dalam dunia blogging suatu masa dahulu “boleh ke aku jadi blogger ni?”. Rasa tak yakin sebab tak ramai kenalan wanita yang saya kenal ada blog ketika itu. Kalau ada pun, cuma blog personal main-main sahaja.

Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli hosting dan domain yang pada ketika itu saya rasa agak mahal, biasalah sebab waktu itu saya merupakan seorang pelajar lagi. Sumber kewangan agak terbatas. RM100 yang ditawarkan oleh pihak Serverfreak saya rasa macam RM10000.

blogger wanita

blogger wanita

Dalam hati “berbaloi ke aku beli hosting dan domain ni?“. Dengan zero ilmu blogging secara professional memang saya totally tak yakin. Kawan pula tak memberi sokongan langsung ketika itu. Jadi, saya dalam dilemma. Tapi, memang dilahirkan dengan sifat yang suka mencuba sebelum mengalah. Saya nekad. Saya hubungi pihak Serverfreak dan urusan jual beli hosting diteruskan.

Kepada blogger wanita di luar sana yang mahu serious berblogging, saya sarankan bertukarlah daripada platform percuma kepada yang berbayar. Memang memerlukan modal tetapi percayalah cakap saya. Kalau anda betul-betul fokus dan ada disiplin sebenarnya tak sampai 4 bulan anda boleh dapatkan balik modal membeli hosting dan domain. Bagaimana? Nuffnang.

Saya akan kongsikan bagaimana mula-mula saya dapat duit beratus-ratus sebulan dengan Nuffnang. Tunggu artikel Siri Blogger Wanita yang akan datang dalam topik “Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Pengiklanan”. Part ke berapa tu saya tak tahulah ya. Tunggu je! hehehehe

Niche Blog

Sebelum itu, biar saya terangkan serba sedikit apa itu niche blog. Niche blog dengan bahasa mudahnya bermaksud suatu pengkhususan topik bagi sesebuah blog. Contoh, blog berniche mobile phone akan fokus pada artikel berkenaan handphone termasuk keluaran terbaru, review handphone dan jual beli handphone terpakai. Kalau blog berniche kesihatan pula, akan fokus pada memberi informasi berkenaan tips kesihatan, promosi jualan produk kesihatan murah dan review produk kesihatan.

Persoalannya sekarang, perlu ke sesebuah blog tu untuk fokus pada 1 niche sahaja? Jawapannya bergantung pada tujuan anda berblog ya. Cuba tanya pada diri anda sendiri, “aku buat blog untuk jana duit atau suka-suka kerana minat menulis?”. Selepas itu, barulah anda buat keputusan untuk pilih samada nak fokus pada hanya 1 niche sahaja ataupun nak ikut jejak langkah saya iaitu niche campur-campur.

Tapi, diingatkan ya. Walaupun dah buat keputusan untuk buat blog berniche campur-campur macam saya ni, masih perlu tahu juga jenis-jenis informasi macam mana yang tidak akan dikongsikan sama sekali di dalam blog anda nanti. Kena ada pendirian bab ini. Macam saya, walaupun saya tahu sekiranya saya berkongsi artikel berkenaan teknik-teknik kamasutra iaitu artikel di dalam niche seksual pasti trafik mencanak tetapi saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak sama sekali berkongsi artikel seperti ini.

Saya orang Islam, saya ada pegangan agama. Saya memang mahu jana duit melalui blog tetapi saya tetap tidak akan berkongsi informasi yang akan merendahkan maruah saya sendiri. Maaf jika ada yang terasa tetapi ini pendirian saya ya. Berbalik pada topik memilih niche blog kita tadi, secara kesimpulannya pertamanya kena tahu tujuan berblog dan kemudian pilihlah untuk fokus pada 1 niche sahaja atau lebih.

Mudah. Jangan pening kepala dan habiskan waktu yang lama untuk buat keputusan samada nak buat blog fokus 1 niche atau campur-campur. Kemudian, pada yang ingin fokus pada 1 niche sahaja untuk blog mereka bolehlah mula fikirkan niche yang sesuai untuk kita sebagai seorang blogger wanita.

Bila kita sebut wanita, biasanya memang sangat sinonim dengan kecantikan, busana pakaian, busana tudung, masakan atau macam-macam lagi TETAPI tidak semestinya cuma ini sahaja niche yang anda boleh pilih. Boleh juga kalau nak pilih niche yang biasanya blogger lelaki pilih macam niche kereta atau motosikal cuma perlukan usaha lebih sikit sebab kena yakinkan pembaca tentang ilmu yang kita ada pasal niche ni lah kan?

Apa yang penting anda minat dengan niche tersebut. Jadi, walaupun niche tersebut boleh dikatakan 90% dipegang oleh blogger lelaki tapi tak salah kalau anda nak cuba fokus. Minat, ada ilmu dan berani! InsyaAllah mesti boleh pergi punya dengan pilihan niche tu.

Macam saya, saya mulakan blog kerana minat menulis dan berkongsi pendapat personal saya tentang macam-macam perkara. Jadi, memang saya memulakan blog saya tanpa fokus pada 1 niche. Niche saya BEBAS. Cuma, pada 1 tahap bila saya sudah tahu selok belok dunia blogging ni barulah saya mula bina 1 lagi blog berniche hiburan. Tetapi tak lama sebab saya mengambil keputusan untuk tutup sahaja blog hiburan tersebut. Tak sanggup saya nak menanggung tempias dosa bila tersebarkan gosip-gosip yang saya sendiri tak pasti. Saya tak rasa rugi, malah senang hati.

Baiklah. Mungkin artikel ini tidak banyak membantu untuk para blogger wanita yang tengah samar-samar nak tahu cara memilih niche blog sebab saya pun tak berhasrat nak ceritakan secara terperinci.

Teknikal Untuk Bina Blog

Saya cuba kongsikan cara paling mudah untuk blogger yang memang tidak berapa mahir dalam bahagian teknikal untuk bina blog dot com. Kalau yang mahir tapi pemalas macam saya pun boleh juga teruskan bacaan. Tidak ada masalah, malah digalakkan untuk kikis rasa malas itu.

Sebelum itu, biar saya tekankan di sini ya. Untuk menjadi blogger tidak kiralah anda lelaki ataupun wanita (tetapi siri ini niatnya nak bantu kaum saya ya iaitu wanita. hehehe) blog adalah 1 medium WAJIB untuk jadikan anda sebagai salah seorang blogger yang professional.

Dengan blog, anda boleh berkongsi pengetahuan atau pendapat anda tentang sesuatu perkara. Kalau anda berjaya menulis dengan cara anda sendiri, anda boleh membina kredibiliti anda dan ini secara tidak langsung boleh tunjukkan kepakaran anda pada pembaca anda yang 1 hari nanti akan jadi pelanggan anda.

Menjadi blogger perlukan “2 ways communication ya”. Bagaimana anda hendak berkomunikasi dengan bakal pelanggan (kalau serious nak jadi usahawan) kalau anda tiada blog sendiri? Facebook ada tetapi percayalah Facebook masih tidak cukup untuk tunjukkan kredibiliti anda. Facebook ada tugas penting lain, iaitu untuk Marketing power-power. Dengar je cakap saya boleh tak? hahahaha!

Bila anda sudah mempunyai blog dot com sendiri, anda lebih fokus dan lebih serious dalam bidang yang anda ceburkan diri sebab tak mungkin orang yang “main-main” sanggup berhabis duit sikit untuk keluarkan modal, beli hosting dan domain untuk hasilkan blog dot com kan? Berbeza sebenarnya perasaan bila anda menggunakan blog percuma dengan blog berbayar. Berbeza!

Dalam siri blogger wanita part 2, saya sudah berkongsi serba sedikit berkenaan pemilihan niche. Jadi, sekarang inilah masanya untuk pergi ke langkah seterusnya. buka Maybank2U, tengok baki cukup tak nak beli hosting dan domain terbaik dekat Malaysia. Saya nasihatkan anda buat survey sikit sebelum buat keputusan untuk sewa hosting dan domain ya. Ambil masa sikit.

Saya sudah masuk tahun ke 5 tahun ini bersama hosting dan domain paling tidak menyakitkan hati, Serverfreak. Masalah teknikal biasa-biasa memang ada tapi customer servis memang terbaik dan terpantas berbanding hosting lain. Tapi, terpulanglah. Mula-mula ambil pakej yang basic, RM 100 setahun. Kena tahu sikit ilmu nak guna Cpanel ok. Macam saya dah tak boleh guna basic sebab blog alhamdulillah makin banyak trafik organik masuk. Untuk elakkan Bandwidth habis dan saya sibuk bercuti dekat Istanbul, saya dah tukar plan mahal sikit.

Ok, bila anda sudah selesai buat pembelian hosting dan domain untuk blog dot com pertama anda, bolehlah teruskan lagi langkah anda ya. Dah sedia? Ok, jadi macam mana nak bina blog dot com paling mudah? Memang mudah. Anda cuma perlu dapatkan Kit bina blog dot com langkah demi langkah di sini. Dalam kit ini nanti, anda akan diajar cara paling mudah untuk bina blog WordPress pertama anda!

Tidak ada cara mudah untuk berjaya, itu sahaja yang saya nak anda semua sebagai blogger baru kena faham. Kalau nak berjaya, kenalah usaha daripada bawah, walaupun macam budak sekolah sebab kena belajar guna kit bina blog ni tapi ini ilmu. Percayalah, bila anda dah khatam kit belajar bina blog dot com anda yang pertama ini, anda pula yang akan mengajar pada orang lain nanti. Duit duit duit 🙂 Semoga berjaya!

The post Boleh Ke Jadi Blogger Wanita Berjaya? appeared first on ERATUKU.

7 Tips Hamil untuk Pasangan Jarak Jauh

$
0
0

Zaman sekarang sudah semakin ramai pasangan yang duduk asing dengan pasangan mereka. Terdapat pasangan di mana suami yang ada di Kedah, tapi isteri di KL; ada juga isteri yang duduk di Johor tapi Suami di Perak. Ini sudah semakin menjadi trend juga, di mana suami perlu pergi outstation atau bekerja di oversea.

hamil jarak jauh

hamil jarak jauh

Bagi pasangan yang baru kahwin tetapi masih belum mendapat anak, kadang-kadang ini menjadi satu tekanan sebab sudah berbulan-bulan berkahwin tetapi isteri masih tidak hamil. Di samping itu, pasangan juga perlu fahami, kehamilan satu janin adalah apabila hubungan suami isteri berlaku pada waktu yang sepatutnya dan keadaan yang mencukup syarat untuk hamil.

Di sini saya ingin berkongsi 7 tips untuk hamil kepada semua pasangan yang cuma dapat duduk bersama buat masa yang singkat disebabkan oleh pekerjaan yang perlu memisahkan mereka buat masa yang panjang.

Tips 1

Ketahui kitaran haid anda dengan betul. Ia dapat membantu untuk anda merancang untuk mengetahui waktu subur anda. Jadi rancang untuk berjumpa untuk membuat hubungan suami isteri pada waktu subur anda. Jika waktu tersebut anda terlepas, jadi kena tunggu bulan seterusnya. Ini adalah kerana, telur wanita hanya dilepaskan semasa waktu subur sahaja.

Tetapi sekiranya kitar haid anda tidak stabil, stabilkan kitaran haid anda terlebih dahulu.

Tips 2

Wanita perlu belajar untuk membaca tanda-tanda daripada badan-badan mereka, sebagai contoh lendir serviks yang tebal dan berwarna putih, suhu meningkat dan serviks lembut menunjukkan masa yang paling subur bulan tersebut.

Tips 3

Memberi tumpuan kepada situasi semasa berhubung; apabila kepuasan seks pasangan wanita, sperma lebih mampu perjalanan sehingga melalui faraj kerana serviks membesar semasa orgasm.

Tips 4

Selepas melakukan seks, wanita jangan bangun, rehat berbaring selama 10 minit untuk sperma menuju ke serviks wanita.

Tips 5

Jaga berat badan anda, kerana berat badan mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki dan menurunkan peluang untuk hamil.

Tips 6

Pastikan pasangan anda tidak merokok. Merokok boleh juga merendahkan kesuburan. Elakkan merokok semasa mendapat peluang berjumpa dengan si suami.

Tips 7

Dapatkan nasihat daripada doktor sejak daripada anda inginkan hamil. Pastikan bilangan sperma suami anda mencukupi dan keadaan rahim anda bersedia untuk hamil. Bebas daripada pcos, cyst dan sebagainya. Ini untuk mengelakan kesedihan setelah lama berusaha untuk hamil.

Dan juga memandangkan anda berdua duduk jauh sesama suami dan isteri.

The post 7 Tips Hamil untuk Pasangan Jarak Jauh appeared first on ERATUKU.

3 Soalan Yang Perlu Dijawab Sebelum Beli Rumah

$
0
0

Buat masa ini, tidak dinafikan pelaburan yang perlu dibuat untuk membeli rumah adalah pelaburan yang terbesar berbanding pinjaman lain. Oleh itu, perancangan yang teliti perlu dibuat supaya seseorang pembeli dapat merealisasikan impiannya untuk memiliki rumah idaman. Di sini ada digariskan 3 soalan yang perlu dijawab oleh pembeli sebelum beliau mengambil keputusan untuk membeli sesebuah rumah idaman.

beli rumah

beli rumah

1. Berapa Jumlah Wang Yang Mampu Dikeluarkan Untuk Membiayai Deposit Rumah Itu?

Sebelum membeli sesebuah rumah, kebiasaannya pihak pemaju atau penjual akan meminta pembeli untuk membayar bayaran pendahuluan sebagai tanda komitmen pembeli untuk membeli rumah yang diingini. Kebiasaannya, bayaran pendahuluan yang dikenakan antara 5% hingga 20% daripada harga jualan. Di samping itu, kos-kos lain yang perlu diambil kira ialah yuran guaman, duti setem, insurans dan kos pengubahsuaian untuk rumah itu sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Jadi adalah dinasihatkan di sini supaya bakal pembeli mempunyai jumlah simpanan 4- 6 bulan bersamaan amaun belanja bulanan sebagai pelindung sekiranya terjadi sesuatu di luar kawalan kita contohnya, bakal pembeli dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

2. Berapa Jumlah Wang Yang Boleh Dikeluarkan Daripada Pendapatan Bulanan Untuk Bayar Balik Pinjaman Perumahan?

Soalan ini amat penting kerana ia menentukan kadar keupayaan kita untuk membuat bayaran balik terhadap pinjaman yang telah dibuat. Salah satu cara untuk memastikan pembeli dapat menyimpan dalam kadar yang tetap untuk pembelian rumah adalah dengan membuka sebuah akaun khas. Setiap bulan peruntukkan dalam 20%-30% daripada pendapatan bulanan dan masukkan ke dalam akaun ini. Bagi meningkatkan jumlah simpanan sentiasa bertambah, cuba kurangkan perbelanjaan kepada perkara yang tidak perlu. Kenalpasti sesuatu perbelanjaan sama ada ia bersifat keperluan atau kehendak. Berbelanjalah bagi memenuhi keperluan hidup dan lengahkan masa untuk memenuhi kehendak sehingga satu masa yang ditetapkan. Selain itu, pembeli juga perlu tahu jumlah yang mampu dibayar setiap bulan bergantung kepada pendapatan semasa dan akan datang. Cara terbaik yang boleh diamalkan ialah dengan membuat bajet dan displinkan diri untuk mengikut bajet yang ditetapkan.

3. Berapa Jumlah Wang Yang Boleh Dikeluarkan Daripada KWSP dalam Akaun 2 Untuk Membiayai Kos Rumah Anda?

Tujuan pengeluaran akaun 2 KWSP adalah untuk mengurangkan beban pembiayaan rumah yang dibeli sama ada untuk pembayaran wang pendahuluan atau wang ansuran bulan.

Mengikut sekular yang dikeluarkan oleh KWSP, amaun yang layak dikeluarkan pencarum KWSP:

Individu – amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau jumlah amaun yang ada dalam simpanan akaun 2. Mengikut mana yang lebih rendah yang tidak kurang daripada RM500.

Pengeluaran bersama Suami/Isteri, Ahli Keluarga atau individu yang lain – amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500

Kesimpulannya, ambillah masa yang secukupnya sebelum membuat keputusan terutama pembelian rumah yang melibatkan pinjaman. Sebelum membuat pinjaman perumahan, adalah digalakkan untuk membuat tinjauan terhadap pakej pinjaman perumahan yang disediakan oleh pihak bank. Di samping itu, ambil kira kadar faedah yang dikenakan bagi membolehkan anda membuat penjimatan atas bayaran balik. Buatlah pilihan yang tepat supaya pembeli akan berasa beruntung dalam jangka masa yang panjang dan buatlah perancangan teliti bermula dari sekarang.

The post 3 Soalan Yang Perlu Dijawab Sebelum Beli Rumah appeared first on ERATUKU.


Kereta Terbiar Boleh Ditunda Dengan Pindaan Kenderaan

$
0
0

Mesti ramai orang yang pernah melepasi sebuah kereta terbengkalai di tepi jalan raya. Adakah anda pernah mempunyai soalan macam ini: “mengapa tidak seseorang membuat sesuatu seperti tundakan kereta yang sudah lama ditinggalkan di tempat ini?” Kereta yang terbengkalai di seluruh tempat di Malaysia telah capai 8 juta dengan statistik yang dikemukakan oleh JPJ pada November 2017. Jika anda tidak sedar, secara keseluruhan terdapat 28 juta kereta yang berdaftar di Malaysia. Maka, ini bermaksud bahawa terdapat lebih kurang 30% kereta adalah kereta yang dibiarkan saja di tempat awam.

kereta terbiar

kereta terbiar

Kereta-kereta yang terbiar ini bukan saja jadi kesakitan estetik pada bola mata kita, tapi ia juga menjadi tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk. Terdapat banyak kes di mana apabila pegawai majlis bandaran tundaan kereta, mereka mendapati bilangan larva aedes yang banyak yang berkembang dalam air yang ditangkung dalam kereta terbiar tu.

Pindaan Baru Akan Berubah Situasi Ini

Nasib baik bagi rakyat Malaysia, masalah kenderaan terbengkalai di bandaraya di seluruh negara itu sekarang terdapat dapat tumpu perhatian daripada kerajaan dan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang baru telah diperkemukakan.

Dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang baru, majlis-majlis tempatan akan mempunyai kuasa untuk tundakan kenderaan terbiar di kawasan yang mereka berkuasa untuk membuat demikian.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata masalah kenderaan terbengkalai merupakan masalah yang sudah lama timbul dan terjejas oleh kekurangan penyelesaian yang berdaya maju.

Masalah Dengan Tidak Dapat ‘De-register’ Kenderaan

Mengikuti beliau, JPJ cuma mempunyai proses pendaftaran kenderaan tanpa kuasa untuk tundakan kenderaan. Dengan pindaan itu, ia akan memudahkan proses untuk potongkan pendaftaran kenderaan mereka. Dengan ini, ia akan membantu untuk mengatasi masalah kenderaan terbengkalai. Banyak majlis tempatan juga menghadapi masalah ini di banyak kawasan perumahan.

Pada masa kini, majlis-majlis tempatan tidak dapat menunda kenderaan terbengkalai apabila pendaftaran kenderaan mereka masih sah. Ini sudah menjadi satu masalah yang telah mencetuskan gangguan dan perlukan cara penyelesaian dengan segera.

kereta terbengkalai

kereta terbengkalai

Dengan pindaan yang dilakukan, kerajaan akan memudahkan sistem pendaftaran supaya membolehkan pihak tempatan berkuasa untuk melupuskan kenderaan terbengkalai. Pindaan itu juga akan memberi kuasa kepada JPJ untuk membuat potongan pendaftaran kenderaan di mana nombor chassis mereka telah rosak.

Sementara itu, pindaan itu juga akan memberi kuasa kepada 9 majlis perbandaran untuk menunda kereta terbiar yang letak di tepi jalanraya dan rumah tinggal. 9 bandar ini termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Alor Star, Shah Alam, Petaling Jaya, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu and Iskandar Puteri.

Anthony Loke berkata pengumuman akan dibuat segera mengenai kuasa penundaan kenderaan terbiar. Beliau berharap agar pindaan itu akan diluluskan dan diwartakan untuk penguatkuasaan pada Jan 2019.

The post Kereta Terbiar Boleh Ditunda Dengan Pindaan Kenderaan appeared first on ERATUKU.

7 Cara Untuk Kurus Secara Semulajadi Tanpa Keluar Sebarang Kos

$
0
0

Adakah anda sedang mencari cara dan jalan untuk kuruskan badan anda secara semulajadi? Adakah anda seorang yang gemuk dan obesiti? Inginkah anda jadi kurus tanpa mengambil pil dan mana-mana produk kurus?

Ada cara dia sebenarnya. Anda perlu belajar bagaimana ada orang yang boleh kurus tanpa mengambil apa-apa produk untuk kurus.

fat guy

fat guy

Jika anda mengambil banyak masa untuk kurus, biasanya anda akhirnya akan putus asa dan akan kembali kepada tabiat biasa sebelum ini. Kunci untuk menurunkan berat badan adalah mengetahui kunci apa yang menyebabkan berat badan. Dengan mengetahui puncanya, berat badan anda akan turun dengan mudah.

Di sini saya berkongsi 7 cara untuk turun berat badan secara semulajadi dan menjadi kurus secara semulajadi tanpa perlu habiskan wang atas apa-apa pun.

1. Makan 5 Kali Sehari

Sila makan 5 kali sehari bermulalah dengan sarapan pagi. Kebanyakkan orang akan skip sarapan pagi kerena mereka fikir bahawa mereka menyimpan sendiri beberapa kalori. Ini adalah salah, akhirnya mereka mengambil makanan berlebihan pada masa lain di hari tersebut sebab lapar.

Pada waktu lagi, badan anda telah memproses makanan yang di makan beberapa jam sebelum tidur. Makanan ini sudah habis di proses dan badan kita sudah kurang tenaga di waktu pagi. Jadi badan memerlukan tenaga untuk memulakan aktiviti di awal pagi.

Dengan makan 5 hidangan kecil di setiap hari, bermula daripada sarapan, anda meningkatkan metabolisme badan anda, dan ini akan memudahkan untuk mengurangkan berat badan anda.

2. Minum Air Kosong Dengan Lebih Banyak

Badan kita memerlukan air, tetapi kadang-kadang agak pelik kita mencapai makanan bila kita lapar. Air juga adalah berfungsi untuk mengeluarkan toksik dan bahan buangan di dalam badan dan untuk menjadikan badan lebih kurus. Cuba minum 8 botol air sehari dan jika minum lebih lagi kalau anda aktif dan cuaca panas.

air kosong

air kosong

3. Makan Buah-buahan

Sebelum kelaur rumah, pastikan anda mengambil sebiji buat epal atau buah pisang. Ini untuk mengelakkan anda membeli makanan ringan yang boleh menambah kalori di dalam badan anda. Ini penting jika anda sedang memandu. Jika bekalan buah tersebut banyak, ini cukup untuk dimakan sehingga anda pulang ke rumah semula.

buah-buahan

buah-buahan

4. Makan Perlahan dan Berhenti Sebelum Kenyang

Otak anda akan menyedari perut anda sudah kenyang selepas 20 minit perut anda penuh. Maka dengan makan perlahan-lahan adalah satu penyelesaiannya dan bukan menghabiskan satu hidangan dalam masa 5 minit sahaja.

5. Lihat Saiz Hidangan Anda

Makan makanan yang saiz banyak akan menyebabkan pengambilan makanan anda adalah lebih. Jika anda tidak memerhatikan saiz hidangan anda, anda merosakan pelan makanan untuk lebih kurus. Orang yang mahu kurus semulajadi dia akan mengawal kandungan makanan dia.

6. Jangan Minum Minuman Yang Mempunyai Kalori Tinggi

Contoh seperti minuman bertenaga, latte, jus buahan, minuman sebegini mengandungi kalori yang tinggi, tetapi dia tidak mengenyangkan. Ganti minuman yang tidak berkalori seperti air masak untuk menjadikan ada kurus semulajadi.

7. Makan Coklat, Cake, Potato Chip

Walaupun makanan kegemaran anda seperti coklat ini akan memburukkan keadaan badan anda, tetapi ia adalah OK jika makanan ini cuma diambil sekali sekala. Dengan ini, ia dapat mengelakkan rasa ketagihan yang melampau untuk makanan ini.

Dengan menggunakan cara kira-kira untuk mendapatkan langsing secara semula jadi , anda akan baik dalam perjalanan anda untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat !

The post 7 Cara Untuk Kurus Secara Semulajadi Tanpa Keluar Sebarang Kos appeared first on ERATUKU.

Cara Mendaftar Dan Buka Akaun ASNB Online

$
0
0

Salah satu instrumen pelaburan terbaik di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Permodalan Nasional Berhad Malaysia (PNB). Mereka melancarkan skim unit amanah seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Wawasan (ASW), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Kebanyakan modal akaun ASNB ini dijamin oleh kerajaan. Oleh itu, kita tidak akan kehilangan modal jika harga saham turun di pasaran. Sebelum ini, bahagian pelaburan yang menjengkelkan adalah, kita tidak boleh menyemak penyata pelaburan kita melalui internet. Jika nak tahu, kita mesti menghadirkan diri ke cawangan ASB untuk menyemak status simpanan ASNB kita.

asnb online
asnb online

Portal Dalam Talian Sudah Disediakan Sekarang!

Tetapi sejak 2017, PNB melancarkan laman portal baru yang dikenali sebagai MyASNB.com.my. Dengan kewujudan portal ini, kita sekarang boleh buat semakan penyata pelaburan kita melalui internet tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan lagi.

Jika nak pakai portal ini, semua pengguna ASNB perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Selepas itu, mereka boleh log masuk akaun ASNB dalam talian. Sekarang mereka boleh menyemak status pelaburan semasa mereka. Ini adalah berita gembira untuk kita semua.

Apabila saya ingin menyemak baki akaun ASNB saya, saya cuma perlu log masuk ke portal MyASNB dan semak ke dalam akaun saya. Bahagian terbaik mengenai portal myASNb ini ialah anda boleh membeli dan menjual unit amanah ASNB anda bila-bila masa dengan mudah. Jadi bagaimana untuk membuka dan mendaftar akaun ASNB dalam talian?

Buka Akaun ASNB Online

Di bawah saya berkongsi dengan anda langkah yang perlu anda ikuti untuk mendaftarkan akaun ASNB online anda dalam talian. Prosesnya bukan sukar sangat. Apa yang anda perlu buat adalah mengikuti arahan yang diberikan sahaja.

Saya mempunyai akaun unit amanah saya sendiri dengan ASNB. Dengan purata dividen minimum pada kadar 6.5%, ini adalah pulangan pendapatan yang terbaik dengan risiko yang sangat rendah bagi warganegara Malaysia. Ini satu pelaburan yang mengesyorkan untuk semua orang yang tidak tahu bagaimana membuat pelaburan dalam portfolio pelaburan yang dipercayai. Ini adalah pelaburan jangka panjang terbaik yang sesuai untuk umur persaraan di Malaysia.

Langkah Untuk Mendaftar Akaun ASNB Online

  1. Lawati laman web portal ASNB di https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik “Daftar Di Sini”.
    laman asnb
  3. Klik “Continue”.myasnb continue
  4. Tick Perjanjian> Setuju.myasnb3 setuju
  5. Isikan Kad Pengenalan anda (IC) dan pilih dana langganan ASNB anda.myasnb 4
  6. Daftar nombor telefon bimbit anda dan ikuti semua langkah sehingga tamat. myasnb5
  7. Habis.

Sekarang anda sudah mempunyai satu akaun ASNB di mana anda boleh guna dan akses ke portal tu bila-bila masa anda suka.

Artikel berkaitan:

The post Cara Mendaftar Dan Buka Akaun ASNB Online appeared first on ERATUKU.

Bank BIC SWIFT Code di Malaysia

$
0
0

Apa itu SWIFT dan BIC Code?

Nama penuh bagi SWIFT Code dalam bahasa english adalah Society of Worldwide Interbank Financial Telecommunications Code. Ia merupakan kod bank antarabangsa yang mengenal pasti sesebuah bank tertentu di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai Bank Identifier Code (BIC) atau Kod Pengenal Bank. Bagi seseorang untuk menghantar wang ke bank luar negara, dia perlu tahu SWIFT Code untuk bank yang ingin hantar baru penghantaran dapat dibuat.

SWIFT Code terdiri daripada 8 atau 11 aksara. Contohnya untuk Public Bank Kuala Lumpur, SWIFT Code baginya adalah PUIBMYKL.

SWIFT Code Structure
SWIFT Code Structure

AA CD 34 987

4 aksara pertama adalah bank code.
2 aksara berikutnya adalah code negara.
2 aksara berikutnya adalah lokasi bank.
3 aksara yang akhir menyatakan cawangan bank tersebut.

Di sini saya senaraikan SWIFT atau BIC Code bagi semua bank di Malaysia:

AFFIN BANK

AFFIN BANK BERHAD KUALA LUMPUR – PHBMMYKL
AFFIN HWANG INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – HDSBMY2P
AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – AIBBMYKL 

AIA BHD. KUALA LUMPUR – AIACMYKL

AL RAJHI BANKING AND INVESTMENT CORPORATION (MALAYSIA) BHD KUALA LUMPUR – RJHIMYKL

ALKHAIR INTERNATIONAL ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – UIIBMYKL

ALLIANCE BANK

ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – MFBBMYKL
ALLIANCE INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – MBAMMYKL
ALLIANCE ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – ALSRMYKL

AMBANK

AMBANK (M) BERHAD KUALA LUMPUR – ARBKMYKL
AMBANK (M) BERHAD LABUAN (LABUAN OFFSHORE BRANCH (LICENSED LABUAN BANK NO.080097D)) – ARBKMYKLLAB

AMINVESTMENT BANK BERHAD (FORMERLY KNOWN AS AMMERCHANT BANK BERHAD) KUALA LUMPUR – AMMBMYKL

AMISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – AISLMYKL

ASIAN FINANCE BANK BERHAD KUALA LUMPUR – AFBQMYKL

BANGKOK BANK BERHAD KUALA LUMPUR – BKKBMYKL

BANK AL HABIB LIMITED LABUAN – BAHLMY2A

BANK ISLAM

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – BIMBMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD LABUAN OFFSHORE BRANCH LABUAN – BISLMYKA

BANK RAKYAT

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) KUALA LUMPUR – BKRMMYKL

BANK MUAMALAT

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (6175-W) KUALA LUMPUR (TRADE FINANCE) – BMMBMYKLTFD
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (6175-W) KUALA LUMPUR – BMMBMYKL

BNM

BANK NEGARA MALAYSIA KUALA LUMPUR (HEAD OFFICE) – BNMAMYKL
BANK NEGARA MALAYSIA KUALA LUMPUR – BNMAMY2K

BANK OF AMERICA

BANK OF AMERICA, MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – BOFAMY2X
BANK OF AMERICA, MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – BOFAMY2XGRC
BANK OF AMERICA, MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – BOFAMY2XLMY
BANK OF AMERICA, MALAYSIA BERHAD LABUAN – BOFAMY2XLBN

BANK OF CHINA

BANK OF CHINA (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – BKCHMYKL

BANK OF NOVA SCOTIA, THE LABUAN (THE LABUAN BRANCH) – NOSCMY2L

BANK OF TOKYO

BANK OF TOKYO-MITSUBISHI UFJ (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – BOTKMYKX
BANK OF TOKYO-MITSUBISHI UFJ, LTD., THE LABUAN (LABUAN BRANCH) – BOTKMYKA

AGROBANK

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD-AGROBANK KUALA LUMPUR – AGOBMYKL

BNP PARIBAS

BNP PARIBAS LABUAN – BNPAMYKA
BNP PARIBAS MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR (BNPPM ISLAMIC BANKING WINDOW) – BNPAMYKLSPI
BNP PARIBAS MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – BNPAMYKL

CAGAMAS BERHAD KUALA LUMPUR – CAGAMYKL

CHINA CONSTRUCTION BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – PCBCMYKL

CIMB BANK

CIMB BANK (L) LIMITED LABUAN – CIBBMYKA
CIMB BANK BERHAD KUALA LUMPUR (SECURITIES BORROWING AND LENDING) – CIBBMYKLSBL
CIMB BANK BERHAD KUALA LUMPUR – CIBBMYKL
CIMB BANK BERHAD, LABUAN OFFSHORE BRANCH LABUAN – CIBBMY2L
CIMB INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – COIMMYKL
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – CTBBMYKL
CIMB-PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD KUALA LUMPUR – CANHMYKL

CITIBANK

CITIBANK BERHAD GEORGETOWN (PENANG BRANCH) – CITIMYKLPEN
CITIBANK BERHAD JOHOR BAHRU, JOHOR (JOHOR BAHRU BRANCH) – CITIMYKLJOD
CITIBANK BERHAD KUALA LUMPUR (JALAN AMPANG) – CITIMYKL
CITIBANK BERHAD KUALA LUMPUR (LAB) – CITIMYKLLAB

DBS BANK LTD, LABUAN BRANCH LABUAN – DBSSMY2A

DEUTSCHE BANK

DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR (INTERNATIONAL ISLAMIC BANKING, MALAYSIA BRANCH) – DEUTMYKLISB
DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – DEUTMYKL
DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – DEUTMYKLGMO
DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – DEUTMYKLIBW
DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BERHAD LABUAN (LABUAN BRANCH) – DEUTMYKLBLB

EXPORT-IMPORT BANK OF MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – EXMBMYKL

FELDA GLOBAL VENTURES CAPITAL SDN. BHD. KUALA LUMPUR – FGVCMYKL

FIDELITY ASIA BANK LTD LABUAN – FABEMY22

FIRST EAST EXPORT BANK LABUAN – FEEBMYKA

HONG LEONG BANK

HONG LEONG BANK BERHAD KUALA LUMPUR – HLBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD, LABUAN INTERNATIONAL BRANCH LABUAN – HLBLMY22
HONG LEONG INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – HLIVMYKL
HONG LEONG ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – HLIBMYKL

HSBC MALAYSIA

HSBC (MALAYSIA) TRUSTEE BERHAD KUALA LUMPUR (GLOBAL WEALTH SOLUTIONS) – HSTMMYKLGWS
HSBC (MALAYSIA) TRUSTEE BERHAD KUALA LUMPUR – HSTMMYKL
HSBC AMANAH MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – HMABMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – HBMBMYKL
THE HONGKONG AND SHANGHAI BANKING CORPORATION LIMITED LABUAN – HSBCMYKA

IBH INVESTMENT BANK LIMITED LABUAN – IBHIMY2L

INDIA INTERNATIONAL BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – IIMBMYKL

INDUSTRIAL AND COMMERCIAL BANK OF CHINA (MALAYSIA) BERHAD. KUALA LUMPUR – ICBKMYKL

INDUSTRIAL AND COMMERCIAL BANK OF CHINA (MALAYSIA) BERHAD. LABUAN (LABUAN BRANCH) – ICBKMYKLLAB

J.P MORGAN

J.P.MORGAN CHASE BANK BERHAD KUALA LUMPUR (JPMORGAN SECURITIES – MALAYSIA) – CHASMYKXSEC
J.P.MORGAN CHASE BANK BERHAD KUALA LUMPUR (TEST KEY AND BKE ADMINISTRATION) – CHASMYKXKEY
J.P.MORGAN CHASE BANK BERHAD KUALA LUMPUR – CHASMYKX
JPMORGAN CHASE BANK, N.A., LABUAN BRANCH LABUAN – CHASMY2A

KAF INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – KAFBMYKL

KENANGA INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – ECMLMYKL

KUWAIT FINANCE HOUSE (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – KFHOMYKL

MAYBANK MALAYSIA

MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) BUTTERWORTH, PENANG (TRADE FINANCE CENTER) – MBBEMYKLBWC
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) IPOH, PERAK – MBBEMYKLIPH
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) JOHOR BAHRU, JOHOR – MBBEMYKLJOB
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KOTA KINABALU, SABAH – MBBEMYKLKIN
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (BANGSAR BARU BRANCH) – MBBEMYKLBAN
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (BUKIT BINTANG BRANCH) – MBBEMYKLBBG
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (CASH MANAGEMENT DEPARTMENT) – MBBEMYKLWEB
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (CUSTODIAN SERVICES DEPARTMENT) – MBBEMYKLCSD
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (KEPONG BRANCH) – MBBEMYKLKEP
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (PUDU BRANCH) – MBBEMYKLPUD
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (SUBANG AIRPORT) – MBBEMYKLSUB
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (TRADE FINANCE CENTER) – MBBEMYKLKLC
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR (WISMA SIME DARBY BRANCH) – MBBEMYKLWSD
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) KUALA LUMPUR – MBBEMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) MALACCA, MALACCA – MBBEMYKLMAL
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PASIR GUDANG, JOHOR – MBBEMYKLPSG
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PENANG, PENANG (TRADE FINANCE CENTER) – MBBEMYKLPGC
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PENANG, PENANG – MBBEMYKLPEN
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PETALING JAYA, SELANGOR(TRADE FINANCE CENTER) – MBBEMYKLPJC
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PETALING JAYA, SELANGOR(YONG SHOOK LIN BRANCH) – MBBEMYKLYSL
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PETALING JAYA, SELANGOR – MBBEMYKLPJY
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) PORT KLANG, SELANGOR – MBBEMYKLPKG
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) SEREMBAN, NEGRI SEMBILAN – MBBEMYKLSBN
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) SHAH ALAM, SELANGOR (TRADE FINANCE CENTER) – MBBEMYKLSAC
MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) SHAH ALAM, SELANGOR – MBBEMYKLSHA
MAYBANK ISLAMIC BERHAD KUALA LUMPUR – MBISMYKL

MALAYSIA AIRLINES BERHAD SUBANG – MAYHMY22

MAX MONEY SDN BHD KUALA LUMPUR – MMSBMYKL

MAYBANK INTERNATIONAL

MAYBANK INTERNATIONAL (L) LTD. LABUAN – MBBEMYKA
MAYBANK INTERNATIONAL LABUAN BRANCH LABUAN – MBBEMY2L
MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – MBEAMYKL

MEGA INTERNATIONAL COMMERCIAL BANK CO., LTD. LABUAN BRANCH LABUAN – ICBCMY2L

MERCEDES-BENZ MALAYSIA SDN. BHD. KUALA LUMPUR – DABEMYKL
MERCEDES-BENZ SERVICES MALAYSIA SDN. BHD. KUALA LUMPUR – MBSMMYKL

MIDDLE EAST INVESTMENT BANK LTD LABUAN – MEIBMYKA

MIZUHO BANK

MIZUHO BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – MHCBMYKA
MIZUHO BANK, LTD., LABUAN BRANCH LABUAN – MHCBMY2L

NATIONAL BANK OF ABU DHABI

NATIONAL BANK OF ABU DHABI KUALA LUMPUR – NBADMYKL
NATIONAL BANK OF ABU DHABI LABUAN – NBADMYKLLAU

NOMURA ASSET MANAGEMENT MALAYSIA SDN BHD KUALA LUMPUR – NOCMMYKL

OCBC BANK

OCBC AL-AMIN BANK BERHAD KUALA LUMPUR – OABBMYKL
OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – OCBCMYKL
OVERSEA-CHINESE BANKING CORP. LTD, LABUAN BRANCH LABUAN – OCBCMYKA

PETRONAS

PETROLIAM NASIONAL BERHAD KUALA LUMPUR (KLCC) – PTROMYKLFSD
PETROLIAM NASIONAL BERHAD KUALA LUMPUR – PTROMYKL

PG ASIA INVESTMENT BANK LTD LABUAN – AINEMY22

POS MALAYSIA

POS MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – POSMMYKL

PUBLIC BANK

PUBLIC BANK (L) LTD LABUAN – PBLLMYKA
PUBLIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – PBBEMYKL
PUBLIC ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – PUIBMYKL

RHB BANK

RHB BANK (L) LTD LABUAN – RHBBMYKA
RHB BANK BERHAD KUALA LUMPUR – RHBBMYKL
RHB INVESTMENT BANK BERHAD KUALA LUMPUR – OSKIMYKL
RHB ISLAMIC BANK BERHAD KUALA LUMPUR – RHBAMYKL

STANDARD CHARTERED

STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR (ALL OFFICES IN MALAYSIA) – SCBLMYKX
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD LABUAN (LABUAN OFFSHORE BANKING UNIT ONLY) – SCBLMYKXLAB
STANDARD CHARTERED SAADIQ BERHAD KUALA LUMPUR – SCSRMYKK

SUMITOMO MITSUI BANK

SUMITOMO MITSUI BANKING CORPORATION LABUAN – SMBCMYKA
SUMITOMO MITSUI BANKING CORPORATION MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR – SMBCMYKL

THE BANK OF NOVA SCOTIA BERHAD KUALA LUMPUR – NOSCMYKL

TMC SERVICES SDN. BHD. KUALA LUMPUR – TMCBMYKL

UOB BANK

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR (CUSTODIAN AND NOMINEES DEPARTMENT) – UOVBMYKLCND
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD KUALA LUMPUR – UOVBMYKL
UNITED OVERSEAS BANK LIMITED LABUAN BRANCH LABUAN – UOVBMY2L

Artikel berkaitan:

The post Bank BIC SWIFT Code di Malaysia appeared first on ERATUKU.

Cara Labur Saham Dengan Betul

$
0
0

Terasa macam pelik bunyinya tetapi maksudnya lebih menjurus kepada panduan pelaburan saham. Nak main saham kena belajar betul-betul. Kena cari panduan yang betul-betul boleh membantu anda dalam jual beli saham.

pasaran saham
pasaran saham

Membuat laburan saham dengan betul yang perlu diketahui

Bukan suatu perkara mudah sekiranya tidak mengetahui cara main saham dengan betul. Ini kerana tanpa ilmu asas pelaburan saham ianya akan menjerumuskan pelaburnya dalam kerugian. Penting untuk dapatkan panduan sebelum jual beli saham. Jangan nanti bila dah rugi baru mula nak cari panduan sana sini. Pada masa itu mungkin sukar didapati ataupun harganya sudah tinggi.

Jika anda ingin Ebook teknik main saham, anda boleh dapatkannya dengan mengklik banner di bawah. Di dalam ebook tersebut diterangkan secara terperinci bagaimana seorang pelabur memaksimumkan keuntungan dengan menggunakan teknik tertentu yang berkesan. Teknik-teknik tersebut diterangkan secara terperinci di dalam ebook tersebut.

Apa yang perlu dilakukan sebelum melabur di pasaran saham

Anda perlu membuka akaun CDS(Central Depository System) terlebih dahulu sebelum melakukan jual beli saham. Ini merupakan perkara wajib yang korang perlu lakukan.

Cara nak daftar senang sahaja, korang pergi mana-mana bank yang membuat urusniaga jual beli saham nie. Maybank pun boleh. Boleh tengok SINI untuk dapatkan senarai penuh bank di Malaysia yang menjalankan urusniaga tersebut.

Request pada kerani di kaunter bank untuk membuat pendaftaran akaun CDS dan jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan duit. Kos yang dikenakan hanyalah RM10.

Proses pendaftaran hanya mengambil masa beberapa minit sahaja kalau kerani bank tersebut bukan seorang yang pemalas. Selepas siap pendaftaran korang akan diberikan nombor akaun CDS. Bila dah dapat nombor nie maka bolehlah beli saham secara online seperti saham IPO di Maybank2u.

Tiga perkara penting didedahkan dalam Ebook Teknik Main Saham

Ada tiga elemen penting yang akan didedahkan dalam ebook cara main saham dengan betul dalam menganalisa pasaran saham. Tiga perkara tersebut adalah sebagai panduan untuk mengetahui samada sesuatu saham itu bagus atau tidak untuk dijual beli. Bukan semua saham boleh dibeli. Anda hanya akan mengambil masa selama satu jam sahaja sehari untuk menganalisa keseluruhan pasaran saham dan akhirnya membuat keputusan yang tepat samada membeli ataupun menjual.

Artikel berkaitan:

The post Cara Labur Saham Dengan Betul appeared first on ERATUKU.

Viewing all 105 articles
Browse latest View live