Sekarang memang banyak penipuan yang berlaku di sekitar kita. Biarpun sewa rumah pun ada penipuan yang terjadi.
Saya akan kongsi apa yang saya tahu dan ia adalah baik untuk saya kongsikan supaya anda tahu tipu helah yang dipakai oleh penipu.
Buat peringatan penyewa mahupun pemilik rumah sewa itu sendiri. Penipuan ini adalah melibatkan dengan medium classified yang banyak popular di Malaysia iaitu Mudah.my.
Untuk pemilik rumah, mereka perlu ambil perhatian, tapi yang lebih penting adalah bakal penyewa itu sendiri juga perlu berhati-hati dengan ini.
Kes ini adalah berlaku pada Riana Green East? Alangkah tinggi harga ‘asking price’ yang ditunjukkan.
Apa yang berlaku atas kes penipuan sewa rumah ini adalah seperti berikut.
1. Pemilik membuat iklan di Mudah.my untuk sewa rumahnya.
2. Lepas tu, terdapat penipu yang mengambil maklumat dari pemilik itu dan reka iklan yang lebih kurang sama dengan pemilik asal itu. Lepas tu penipu juga turut membuat iklan di Mudah.my. Bagi penipu, biasanya dia akan memilih lokasi yang mendapat carian yang banyak dan tempat yang menjadi tumpuan untuk para penyewa.
3. Apabila terdapat bakal tenant hubungi penipu, penipu akan buat situasi seperti ‘kalau nak sewa perlulah buat keputusan dengan cepat. Sebab tempat ini banyak ‘hot’ dan kalau lambat orang lain akan dapat sewa rumah tu.’
4. Biasanya bakal tenant akan rasa terdesak nak cepat confirm untuk dapat sewa rumah tu. Maka dengan rela hatinya mereka akan buat ‘online transfer’ duit ke dalam akaun bank penipu. Mereka membuat demikian tanpa pergi melihat rumah dan berjumpa dengan tuan rumah terlebih dahulu.
5. Pemilik asal turut ditimpa masalah sebab rumahnya yang digunakan oleh si penipu.
Cuma yang saya mushkil tentang nombor akaun untuk transfer duit kepada penipu. Mungkin boleh trace balik nama atas nombor akaun bank penipu itu. Tapi kalau orang itu memang sudah kaki penipu yang berpengalaman, maka macam-macam nombor dan akaun/identity palsu dia boleh buat kan?
Apa yang boleh dipelajari dan dihindari
Penyewa – Paling utama, silalah tengok dulu rumah dan kenal dengan pemilik rumah itu. Bila nak serahkan duit, perlu penyewa mendesak untuk dapatkan tenancy agreement dan juga resit.
Landlord – Maybe waktu iklan tu, letak note ‘tengok rumah dahulu dan sign agreement sebelum buat apa-apa pembayaran deposit’.
Dengan itu bakal penyewa dapatlah mengelakkan dari kena scam oleh penipu.
Tapi ini pun bukan 100% anda tidak akan kena tipu. Ada juga pernah saya dengar kawan say yang kena tipu walaupun dia sudah sign tenancy agreement dan buat bayaran deposit untuk 2.5 bulan.
Ini adalah disebabkan orang yang sewakan rumah itu bukan pemilik rumah tu, dia cuma tenant lama yang menyamarkan pemilik rumah. Kawan saya percaya kepadanya sebab bila pergi tengok rumah, dia ada kunci segugus dan semua pertanyaan dapat dijawab dengan teliti.
Tetapi lepas kawan saya sign agreement dan buat bayaran deposit, rumah tu sudah jadi kosong. Agreement yang diberi juga agreement yang tipu.
Untuk mengelakkan ini, apa yang boleh anda buat adalah minta IC dia sebelum sign agreement, anda boleh ambil gambar dengan telefon pintar anda atau photostat IC dia. Jika lepas tu ketahui bahawa anda telah ditipu anda boleh buat laporan di balai polis dan bagi polis tangkap penipu itu.
Penipuan Beli Barang di Mudah.my
Mudah.my merupa portal classified yang banyak popular dan terdapat banyak orang yang menjual barang di portal ini. Apa-apa barang pun boleh dijual dan memang terdapat ramai orang juga yang suka kunjung di portal ini untuk membeli barang.
Tetapi walaupun ramai yang suka beli di portal ini, terdapat juga banyak kes-kes penipuan yang berlaku.
Antara penipuan yang biasa didengar dari pembeli adalah:
1. Menjual barang jenama yang palsu tetapi cakap barang yang dijual itu adalah original dengan harga jualannya yang lebih rendah daripada barang original untuk menarik bakal pembeli.
2. Penipu boleh membuat iklan untuk jual gadget seperti telefon pintar atau laptop dengan harga yang murah. Tapi bila pergi jumpa dengan penjual itu, penjual itu berpura-pura cakap perlu isi borang dan bayar deposit dulu. Lepas tu penipu cakap akan hantar barang itu kepada pembeli dalam 2 hari. Tapi lepas deposit sudah dibayar, penjual itu terus hilang tanpa dapat dicari lagi.
3. Jual barang yang tidak berkualiti tapi pakai gambar dari kilang pembekal yang kelihatan amat cantik. Bila dsapat barang itu, guna tidak lama sudah rosak.
Untuk mengelakkan daripada kena tipu, boleh anda mengambil langkah-langkah berikut:
1. Untuk semua pembelian yang anda buat, anda perlu mendesakkan penjual untuk COD (Cash on Delivery). Dan tempat untuk bertemu adalah baik anda pilih tempat yang umum dan mempunyai orang yang ramai. Macam di McDonald atau Starbuck.
Jangan anda jumpa pembeli di lorong yang sunyi. Jika dia merupakan penipu, mungkin anda akan kena rompak jika dia ada panggil geng dia datang bersama.
2. Perlu anda bawa kawan anda sekali untuk pergi bertemu dengan penjual. Kalau anda seorang perempuan, mestilah anda panggil lelaki untuk berteman anda pergi bersama.
3. Jika barang yang anda beli itu adalah barang yang mahal seperti telefon pintar, mesti anda cuba produk itu di tempat COD sebelum anda membuat bayaran. Pastikan semua berfungsi dengan baik dan semak sama ada telefon itu ada mana-mana tempat rosak atau telefon itu sudah pernah dipakai oleh orang lain atau tidak.
Lepas semak dengan betul-betul dan anda puas hati dengannya, barulah anda bayar.
4. Jika bukan COD dan anda ingin sangat barang yang dijual oleh penjual itu, boleh anda semak sama ada harga yang ditawarkan adalah masuk akal atau tidak.
Jika harganya terlalu murah, maka anda perlulah berhati-hati. Anda perlu membuat siasatan yang lebih lanjut supaya anda dapat memastikan penjual itu memang dapat menjual barang yang benar dengan harga yang ditawarkan.
The post Kes-Kes Penipuan Yang Boleh Berlaku di Mudah.my appeared first on ERATUKU.