Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Melabur Dalam Pasaran Saham Dan Dapat Duit Lebat

$
0
0

Semalam saya ada keluar berbual dengan seorang kawan yang sudah lama saya kenalkan. Semasa kami minum kopi dan berbual-bual di satu kedai makan, dia cakap dia ada beli satu saham dan harga belinya adalah 60 sen.

Dia ada beli sebanyak 50 lot.  Satu lot adalah 1,000 unit. Maka untuk satu lot, harga yang perlu dibayar adalah 0.60 x 1,000 = RM600. Dan kawan saya beli 50 lots, jadi jumlah wang yang dia bayar untuk saham itu adalah RM600 x 50 = RM30,000.

Selepas baru 2 hari dia beli, Harga saham yang dibelinya telah naik menjadi 70 sen. Anda tahu apa maksudnya? Ini bermaksud kawan saya ni sudah untung dalam masa 2 hari saja.

Kalau kawan saya ni jual sekarang semua saham di tangannya, maka jumlah wang yang akan dia dapat adalah 50 x RM700 = RM35,000. Jadi, dalam masa 2 hari saja kawan saya ni sudah dapat keuntungan sebanyak RM5,000.  Memang teruja bukan? Untuk RM5,000 tu, sudah boleh angkat satu iPhone yang baru.

Jadi, dalam dua hari boleh jana RM5000, tak payah nak kutip sewa yang cashflow cuma RM200 selama 25 bulan, ataupun kena beli produk masuk pertandingan dan susah-susah buat slogan dan berharap untuk menang.

pasaran saham

Walaubagaimanapun, itu cuma perkara LUARAN, perkara perkara yang INDAH-INDAH sahaja.

Mana Cari Duit Untuk Buat Pelaburan?

Perkara sukar yang pertama : Mana nak dapat RM30,000 tu? kalau sebulan simpan RM500, setahun baru dapat simpan RM6,000. Kena tunggu 5 tahun baru dapat kumpul sebanyak RM30,000. Tapi sebulan boleh dapat simpan RM500. Lihat gaji saya yang rendah ni, misi ini macam misi yang mustahil bagi saya.

Perkara sukar yang kedua: macam mana tahu kaunter saham itu boleh buat untung. Ini memang perlukan pengalaman dan juga kena ada tips yang boleh dipercayai. Kalau tips yang anda terima bukan tepat sangat, memang anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengalami risiko rugi duit yang banyak. Ada sedikit pengalaman dalam pelaburan saham pun tidak ada bantu.

Walaubagaimanapun, semua pelaburan ada kebaikan dan keburukan. Ini semua bergantung kepada pengetahuan pelabur itu sendiri. Saya tak pernah membuat pelaburan dalam saham, apa yang pernah saya buat adalah saya cuma pernah 2 kali cash in duit daripada ESOS syarikat.

Tiada pelan untuk melabur dalam saham buat masa ini. Perlu saya tunggu sampai ada duit yang cair banyak sikit, dan juga saya perlu belajar untuk dapatkan ilmu yang cukup tentang pelaburan dalam saham dulu baru berani saya untuk membuat pelaburan.

Apapun, bagi semua orang, mereka sepatutnya melabur dalam pelaburan yang merea rasa selesa untuk melabur. Orang yang buat duit banyak akan senyap-senyap buat duit (Ya, betul. dunia nyata memang macam ni.

Kalau orang lain tahu, aku sudah tak ada peluang), yang kompang dan kecoh-kecoh pasal buat duit biasanya ada kepentingan untuk buat duit dari orang dengar dia kecoh.

Kenapa saya masih belum melabur dalam pasaran saham lagi?

Di bawah merupakan alasan saya kenapa saya tidak mencuba untuk melabur dalam pasaran saham:

  1. Belum ada duit yang saya sedia untuk hilang atau rugi dalam proses untuk belajar melabur saham.
  2. Belum ada masa yang mencukupi dan saya bukan rajin sangat untuk belajar pasal saham, tidak kiralah berguru dengan orang, belajar dari buku mahupun dari internet.
  3. Selalu juga dengar orang bercerita tentang kerugian besar yang mereka mengalami dalam pelaburan saham. Sebenarnya salah seorang kawan yang saya kenal yang sudah lama bermain dalam pasaran saham, tapi sekali kena kemelesetan ekonomi pada tahun 1998, saham yang dia beli tu sampai sekarang pun tak dapat break even lagi. Ya, sesetengah orang adalah lebih selesa untuk untung sedikit asalkan tidak rugi langsung sudahlah.

Peluang Untuk Dapat Untung Yang Banyak

Saya ada baca satu artikel tentang pelaburan di saham. Otai itu macam banyak berpengalaman dengan beli saham di pasaran.

Pada tahun 1998 apabila banyak negara yang mengalami kemelesetan ekonomi, dan pada masa itu index bursa saham pernah jatuh dari 1,300 point sampai ke kurang dari 300 point.

Pada masa itu, banyak kaunter-kaunter blue chip seperti Maybank, Tenaga, Telekom sebab harga saham mereka terjunam sekurang-kurangnya 60% sampai ke 90% dari ketinggian harga mereka semasa 1997.

Bila semua pelabur rasa takut dan tergesa-gesa untuk jual kesemuan saham di tangan mereka, otai ini sebaliknya mula beli dengan melabur kuat-kuat dalam bursa saham.

Dalam masa 2 tahun saja, banyak saham sudah naik dengan banyak. Macam Maybank dari RM3 naik sampai lebih daripada RM10. Dan otai ini beruntung dengan beratus-ratus ribu.

Dengar ceritanya memang mengkagumkan. Mungkin tidak lama lagi kemelesetan ekonomi akan datang sekali lagi. Maka perlulah saya simpan duit yang cukup dan perlu mula belajar tentang saham dari sekarang. Supaya saya sudah siap sedia sendiri apabila peluang datang bagi saya sapu saham dengan harga yang rendah.

The post Melabur Dalam Pasaran Saham Dan Dapat Duit Lebat appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105