Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor

$
0
0

Projek Rumah Impian Bangsa Johor ini merupakan satu projek baru yang diperkenalkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Projek ini dilancarkan di bawah Yayasan Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) merasmikan majlis pecah tanah untuk membina kira-kira 1,000 unit perumahan di kawasan Kampung Sri Pantai di daerah Mersing.

Rumah Impian Bangsa JohorSumber foto: Facebook prince of Johor

Pelaksanaan projek ini adalah dari jandi Keluarga Diraja Johor dengan tujuan untuk meringankan beban kehidupan rakyat negeri Johor. Bagi rakyat yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, mereka boleh memohon untuk dapatkan bantuan rumah tersebut.

Tempoh Persiapan Perumahan

Tempoh untuk persiapan projek Rumah Impian Bangsa Johor adalah dalam jangkaan 2 tahun.

Bagi rumah teres satu tingkat, harganya cuma bermula pada RM70,000 sahaja.

Selain daripada rumah teres satu tingkat, projek perumahan ini akan turut bina rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, rumah kedai dan banglo. Kemudahan asas lain seperti taman, dewan serbaguna, motel, kedai dan lain-lain akan dibina juga di seluruh kawasan yang seluas 57 hektar ini.

Syarat-syarat dan Kriteria

Jika anda berminat untuk bermohon, anda perlu teliti dengan syarat-syaratnya untuk semak sama ada anda layak atau tidak.

  • Pemohon mesti adalah rakyat Johor.
  • Pendapatan pemohon adalah RM5,000 atau ke bawah.
  • Pemohon bukan anak tunggal atau anak sulung.
  • Pemohon tidak pernah memiliki hartanah sebelum ini termasuklah Rumah Mesra Rakyat.

Ciri-ciri Rumah Impian Bangsa Johor:

  • Rumah teres satu tingkat: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga bermula daripada RM70,000
  • Rumah teres dua tingkat: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga tidak lebih daripada RM200,000

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Yayasan Sultan Ibrahim.

Keseluruhan proses pemilihan akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN.

Jawatankuasa pemilihan adalah terdiri daripada Setiausaha Negeri dan ahli-ahli lembaga Yayasan Sultan Ibrahim.

Yayasan ini akan melantik pengurus projek dan kontraktor yang layak dan berlesen untuk membina unit rumah tersebut.

Semua pembinaan akan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Tunku Mahkota Johor.

Sultan Johor mahu pengagihan yang adil terhadap semua kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera. Baginda ingin menghasilkan semangat kemasyarakatan antara kaum di rantau ini dan membantu rakyat Johor yang betul-betul susah.

The post Pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Trending Articles