Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

8 Petua Untuk Perbelanjaan Yang Bijak

$
0
0

Semua rakyat perlu memberi perhatian terhadap perkara ini! Adakah anda mengalami masalah di mana wang tidak mencukupi untuk pembelanjaan setiap hari? Adakah gaji anda dihabiskan dengan cepat setiap bulan? Jika jawapan anda adalah “Ya”, maka anda perlu mengamalkan apa yang saya ingin berkongsi bersama anda di sini bagaimana untuk membuat perbelanjaan yang bijak supaya tidak kekurangan wang bagi setiap bulan lagi. Walaupun penurunan nilai RM pun tidak akan terjejas bajet anda!

ringgit malaysia

ringgit malaysia

Dalam kejatuhan nilai ringgit yang semakin banyak, ramai orang keliru tentang masa depan. Terdapat ramai orang yang perlu menghadapi masalah wang yang tidak cukup untuk perbelanjaan setiap hari sebab seluruh keluarga perlu disara.

Ringgit Malaysia Turun Dengan Banyak

Penukaran mata wang Ringgit Malaysia telah jatuh dari RM3.50 sampai ke RM4.25 untuk USD$ 1.00. Susut nilai ringgit mempunyai impak yang besar. Ini bukan sahaja memberikan impak kepada rakyat yang sering berkunjung ke luar negeri, tetapi ia juga untuk meningkatkan harga import dalam negeri.

Penurunan nilai RM, dengan kata lain, sama dengan pemotongan gaji dari bos anda. Dalam masa gelap ini, ramai orang berasa tidak tentu pada masa depan. Gaji yang mereka terima setiap hari tidak mencukupi untuk membayar keperluan harian.

Boleh Hidup Juga Dengan Gaji Yang Rendah

Jadi, apa yang saya dah bagi tahu anda adalah walaupun dengan gaji yang kurang, anda masih boleh hidup dengan selesa. Apa yang penting adalah anda perlu memberi tumpuan kepada pengurusan kewangan. Jangan putus asa atas satu pelaburan yang anda buat sebab keuntungan yang rendah. Selagi anda mengambil langkah pertama, anda tidak jauh dari kejayaan.

1. Memahami status kewangan anda

Pertama, anda perlu ambil sebatang pen dan kertas untuk membuat kiraan. Senaraikan peratusan perbelanjaan atas makanan, sewaan rumah, pengangkutan, hiburan, rekreasi, penjagaan ibu bapa, wang simpanan, dan lain-lain. Dapatkan pemahaman aliran wang bulanan anda supaya anda dapat mengetahui mana tempat yang menjadikan wang anda tidak cukup.

2. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu

Katakan perbelanjaan bulanan atas makanan adalah 25%, sewaan rumah + pengangkutan adalah 40%, hiburan & rekreasi 15%, duit kepada ibubapa 15%, wang simpanan dan lain-lain 5%.

chart perbelanjaan

chart perbelanjaan

Dalam peratusan perbelanjaan seperti ini, selagi perbelanjaan atas rekreasi dikurangkan 5%, dan bayaran pengangkutan juga dapat dikurangkan 5%, ditambah dengan 5% wang simpanan setiap bulan, maka lepas pelarasan, anda sekarang dapat simpan 15% daripada gaji anda.

3. Simpan 10% daripada gaji bulanan

Tidak kira sama ada gaji anda rendah atau tinggi, tetapi simpanan 10% yang tetap untuk bulanan mesti dilaksanakan! Jika anda simpan RM200 untuk satu bulan dan dalam satu tahun anda akan mempunyai RM2400. Jika simpan dalam bank, jumlah faedah yang ditambahkan lepas beberapa tahun akan menjadikan ia amaun yang lebih banyak lagi!

Wang simpanan ini dapat membantu anda membuat fixed deposit, atau sebagai bayaran pertama bila membeli rumah. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan jumlah hutang dari pinjaman bank, melabur, atau mengekalkan taraf hidup anda jika anda dipecat oleh majikan.

4. Peruntukan kewangan yang betul

Peratusan peruntukan kewangan yang terbaik adalah:

  • perbelanjaan bulanan: 50%
  • pelaburan: 15%
  • simpanan: 25%
  • hiburan: 10%

Dan anda perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan daripada gaji bulanan anda.

5. Gunakan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda untuk tujuan pelaburan

Menghabiskan 10% daripada gaji bulanan untuk belajar kemahiran baru, melabur dalam saham, unit amanah, atau koleksi duit syiling lama yang mempunyai nilai. Carilah apa-apa pelaburan yang anda berminat dan melaksanakan dengan perlahan-lahan. Dalam kadar jangka panjang kepulangan wang adalah tinggi.

simpan dan labur

simpan dan labur

6. Membeli insurans

Sekiranya anda mempunyai keupayaan wang, adalah baik untuk anda membeli insurans kesihatan, insurans perubatan, dan sebagainya seawal mungkin. Walaupun anda perlu mengeluarkan satu perbelanjaan bulanan yang baru, tapi insurans ini dapat menyelamatkan anda supaya anda usah risau tentang kemalangan yang mungkin laku pada keluarga anda.

7. Menentukan matlamat kewangan

Anda boleh mengikut dengan apa yang ditunjukkan dalam gambar untuk menentukan matlamat kewangan jangka panjang anda sendiri. Boleh anda rujuk kepada nombor-nombor yang dinyatakan supaya anda boleh menyakinkan diri bahawa gaji bulanan anda mempunyai kemungkinan untuk memperolehi pendapatan pulangan yang menarik juga.

8. Tampalkan matlamat kewangan di tempat yang mudah dilihat

Perkara yang paling sukar untuk berjaya bukanlah untuk mengambil langkah pertama, tetapi untuk tetap berakhir dengannya. Oleh itu adalah baik untuk anda tampalkan matlamat kewangan anda di banyak tempat yang boleh anda lihat. Macam ini ia dapat ingatkan diri anda dari semasa ke semasa! Selagi anda memberitahu anda tujuan mengapa anda perlu bekerja keras, anda biasanya akan dapat meneruskan keusahaan buat masa yang panjang.

jadi kaya

jadi kaya

Sudah tentu adalah sesetengah orang akan berkata: “Setiap bulan cuma simpan jumlah wang yang begitu sedikit, lepas kira masuk inflasi, SST dan sebagainya, walaupun beberapa tahun kemudian melihat jumlah wang menjadi banyak sikit, tetapi masih tidak berguna!” Ya, mungkin cakap macam ini betul. Simpanan yang anda buat sekarang mungkin tidak banyak membantu di masa depan, tetapi jika anda tidak simpan sebarangan wang sekarang, anda akan tidak dapat apa-apa pun pada akhirnya!

The post 8 Petua Untuk Perbelanjaan Yang Bijak appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105