Berita baik untuk golongan yang berpendapatan sederhana (M40) iaitu pendapatan seisi keluarga yang di dalam linkungan RM3,000 sehingga RM10,000 yang tidak pernah memiliki rumah. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri pada 06/04/2016 di sidang media Majlis Perumahan Negara telah membuat pengumuman bahawa Mydeposit yang dibentangkan dalam Belanjawan 2016 akan dilaksanakan bermula hari tersebut.
Syarat-syarat Permohonan MyDeposit
- Warganegara Malaysia. Skim ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang tidak pernah memiliki rumah.
- Hanya sah untuk rumah berharga RM500,000 ke bawah.
- Hanya menawarkan 10% daripada harga rumah ataupun maksima RM30,000 (yang mana lebih rendah)
- Pendapatan Isi Keluarga di antara RM3,000 sehingga RM10,000 sebulan.
- Terbuka kepada semua projek perumahan baru sama ada dalam proses pembinaan ataupun rumah terpakai sub sales kecuali projek Prima.
Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. http://sprn.kpkt.gov.my/sprn/user/register/
Graduan Baru Tidak Mampu Membayar Wang Pendahuluan Pembelian Rumah Baru
Tujuan perlaksanaan skim pembiayaan deposit rumah pertama ini ialah untuk membantu graduan baru ataupun remaja yang baru sahaja memasuki pasaran pekerjaan. Golongan yang baru mula bekerja tidak mampu mengeluarkan duit deposit sebanyak 10% untuk membeli rumah. Dengan adanya skim ini, beban mereka boleh dikurangkan. Mereka tidak perlu risau di mana hendak mencari sejumlah wang besar untuk membayar duit pendahuluan rumah. Mereka hanya perlu tertumpu kepada pembayaran balik ansuran pinjaman perumahan.
Bank Negara Patut Longgarkan Syarat Permohonan Pinjaman Perumahan
Bank negara harus memberi lampu hijau kepada skim ini dengan memberi kelonggaran kepada para pemohon pinjaman perumahan. Walaupun 10% deposit rumah telah dapat diselesaikan setelah mendapat kelulusan daripada MyDeposit, tetapi sama ada pemohon layak mendapat pinjaman perumahan daripada bank-bank di pasaran patut dipertimbangkan.
The post Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama – MyDeposit appeared first on ERATUKU.