Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Petua Untuk Membeli Rumah Dengan Gaji Bulanan RM2400

$
0
0

Baru-baru ini terdapat cerita hangat di laman facebook yang menjadi tajuk perbicaraan para pengguna facebook. Cerita tersebut berkaitan bagaimanakah seorang pemuda Melayu yang mampu memiliki 3 buah rumah dengan gaji bulanan hanya sekadar RM2400.00? Remaja tersebut telah berkongsi petuanya untuk memiliki 3 rumah di laman facebook dan ianya amat mengagumkan pembaca.

beli rumah
beli rumah

Waktu Bujang Paling Senang Untuk Menabung

Menurut beliau, duit senang disimpan semasa masih bujang. Kita boleh mengabaikan pelbagai aktiviti seperti pergi makan bersama pasangan ataupun pergi bercuti. Jika masih bujang, tidak perlu makan di restoran-restoran romantik. Di situ, perbelanjaan ke atas barang-barang keinginan boleh diminimakan. “Untuk membuat simpanan wang yang cepat untuk sebagai duit pendahuluan pembelian rumah, kita perlu hidup seperti orang miskin. Ini merupakan petua terpenting yang harus dipegang” , kata Ikbar di laman facebook beliau.

Pada keadaan ekonomi yang meleset, muncul seorang pemuda Melayu yang berjaya memiliki 3 rumah di Negeri Sembilan dan Selangor dengan gaji bulanan RM2400.00. Ini merupakan hasil daripada kebijaksanaan perancangan kewangan. Beliau membeli rumah pertama hanya setelah mula bekerja selama 4 bulan. Berikut merupakan cara perancangan kewangan yang dilakukan olehnya.

Gaji SebulanSelepas ditolak EPFSimpanan/ TabunganIbu BapaKegunaan Harian
2400.002100.001200.00500.00400.00

Beliau dengan gaji bulanan RM2400.00 telah memaksa dirinya untuk membuat simpanan sebanyak RM1200.00. Setelah 4 bulan bekerja, maka jumlah simpanan beliau ialah RM4,800.00. Rumah pertama yang dibeli oleh beliau di Damansara Damai pada April 2014 bernilai RM65,000.00. Dengan simpanan 4 bulan bekerja RM4800 campur dengan RM1,000.00 yang disimpan semasa latihan pratikal semasa di Universiti, duit tersebut cukup untuk membayar wang pendahuluan rumah tersebut. Menurut beliau, gaji yang diterima setelah ditolak KWSP, hanya tinggal RM2100.00 . RM1200 untuk simpanan dan baki RM900, RM500 diberi kepada ibu bapa dan RM400 untuk minyak motor dan kegunaan harian.

Setelah memiliki rumah tersebut, beliau telah membuat pengubahsuaian di rumah tersebut dengan menambah sebuah lagi bilik kecil. Bilik kecil tersebut untuk beliau tinggal sendiri. Manakala ketiga-tiga bilik yang lain disewa dengan RM200, RM200 dan RM300.00. Dengan pendapatan sewa RM700 ini, beliau mampu untuk bayar ansuran rumah yang hanya RM321, RM160 untuk unifi dan RM100 untuk perbelanjaan yang lain. Di sini, beliau masih mampu menjana pendapatan sebanyak RM100 sebulan.

ItemJumlah (RM) 
(kredit)(debit)
Pendapatan Daripada Sewa700.00-
Bayaran Ansuran Bank-321.00
Unifi-160.00
Lain-lain Perbelanjaan-100.00
Jumlah700.00581.00

Mendapat Pinjaman Perumahan Penuh

Dengan adanya rumah pertama, ini membolehkan beliau senang untuk mendapat pinjaman perumahan bagi rumah keduanya iaitu Apartment Mesahill yang dibeli pada Jan 2015 dengan harga RM169,000.00. Dengan kaedah menjana pendapatan seperti rumah yang pertama, beliau kemudiannya membeli rumah ketiga iaitu Apartment Kenanga dengan mendapat pinjaman perumahan daripada bank sebanyak 70%. Beliau menasihati sesiapa yang ingin membeli rumah harus membuat penyelidikan secara terperinci. Kedai MPH dan Popular merupakan tempat yang beliau selalu kunjungi untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan hartanah di Malaysia. Rumah yang hendak dibeli haruslah di dalam linkungan bajet kita. Beli mana yang kita mampu.

The post Petua Untuk Membeli Rumah Dengan Gaji Bulanan RM2400 appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105