Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Cara Paksa Semua Penduduk Bayar Maintenance

$
0
0

Terlanjur dah bercerita tentang maintenance, seronok juga saya nak bercerita tentang satu lagi rumah sewa saya punya cara nak pastikan pemilik rumah bayar maintenance. Cara ini memang efektif untuk kediaman berpagar dan juga berpengawal.

Tukar Sticker Kereta Setiap 3 Bulan

Apa yang dibuat oleh pejabat maintenance adalah mengeluarkan sticker khas setiap 3 bulan. Hanya kereta yang memiliki sticker yang pada bulan berkenaan sahaja yang dibenarkan masuk. Selepas 3 bulan, untuk dapatkan sticker baru, kenalah mereka menyelesaikan maintenance yang terhutang terlebih dahulu.

Sanggup tak tinggalkan kereta dekat luar pagar dan tanggung pelbagai risiko terhadap kereta yang bernilai berpuluh-puluh ribu. Atau, bayar maintenance yang tak sampai pun RM100 untuk sebulan? Jawapannya tentulah bayar maintenance jauh lebih berbaloi.

bayaran maintenance

Jadi untuk dapatkan sticker kereta baru, maka perlulah semua penduduk di tempat tinggal ini settlekan dahulu bayaran maintenance mereka. Nampak cara halus untuk paksa pemilik bayar maintenance ini adalah sangat berkesan.

Macam mana Bagi Penduduk Yang Pakai Motor?

Bagi penduduk yang menunggang motor bukan satu masalah yang besar pun. Sebab biasanya bagi mereka yang mempunyai motor pun ada kereta juga. Maka mereka masih perlu setelkan bayaran maintenance.

Bagi rumah yang tidak berpagar dan tiada pengawal keselamatan, terdapat juga beberapa cara untuk paksa penduduk untuk bayar yuran maintenance.

Cabut Meter Air

Dulu biasanya meter air adalah dikawal oleh pejabat maintenance. Jadi bagi penduduk yang tidak bayar yuran maintenance, pihak maintenance akan mempunyai hak untuk cabut meter air dan mereka akan tidak ada bekalan air di rumah mereka. Kalau nak sambung balik meter air perlulah mereka bayar yuran maintenance terlebih dahulu.

Rasanya sekarang meter air sudah jadi individual dengan syarikat Syabas. Jadi pihak maintenance tidak lagi boleh kacau penduduk dengan ambil meter air mereka dengan sesuka hati.

Buat Panggilan Telefon Setiap Hari

Walaubagaimanapun, apa yang boleh pejabat maintenance lakukan adalah dengan buat panggilan telefon. Selagi tak bayar selagi itulah buat panggilan untuk peringatan. Ini akan lebih efektif dengan memberi surat maintenance.

Tetapi mungkin anda akan tanya, kalau pemilik itu sudah kenal dengan nombor yang anda call itu, dan mereka tak nak jawab atau blok nombor anda, maka macam mana boleh pihak maintenance buat?

Keadaan macam ini pun juga mungkin berlaku. Tetapi sebenarnya bukan semua orang yang tidak mahu bayar yuran maintenance. Ada yang mungkin terlupa dan ada juga yang memang tak tahu pun berapa perlu dibayar dan di mana perlu dibayar.

Salah satu alasan ialah mereka sibuk dengan pekerjaan mereka setiap hari dan maintenance office cuma buka pada hari bekerja. Jadi untuk selesaikan masalah ini, maintenance office perlu buat inisiatif untuk buka pada masa bila orang cuti. Kalau boleh buka kaunter khas di kawasan lift pada hari ahad untuk kutip duit maintenance kan masalah sudah dapat diselesaikan?

Sekatkan Access Card

Selain dari stickers untuk motorsikal dan kereta, satu lagi cara yang boleh dipertimbangkan adalah dengan memperkenalkan sistem “access card” yang ada sambungan terus dengan maintenance office.

Bagi penduduk yang tidak bayar yuran maintenance lebih dari 3 bulan access card mereka akan terus disekat. Dan dalam masa yang sama pihak maintenance office kena la juga updatekan kepada pengawal di pondok pengawal tentang nombor kereta dan alamat rumah di mana access card mereka telah disekat supaya pengawal tersebut tidak akan buka pagar kepada mereka apabila cam dengan nombor kereta mereka.

Cara ini adalah amat berkesan untuk menangani 90% masalah untuk kutipan yuran penyelenggaraan di satu tempat duduk.

Tampalkan Senarai Maklumat di Papan Kenyataan Atau lobi lift

Bagi tempat duduk yang ada tetapkan Joint Management Body(JMB), mereka boleh tampalkan senarai maklumat pemilik yang mempunyai maklumat seperti unit blok, nama dan amaun maintenance yang tertunggak di papan kenyataan bersama atau di lobi lift.

Dengan membuat demikian, penduduk yang tidak buat bayaran tu akan rasa malu jika dicam oleh orang ramai bahawa dialah yang merupakan orang yang tidak bayar yuran maintenance. Dengan cara ini, kebanyakan orang juga akan membuat bayaran tepat pada masa. Selagi amalan kronisme and nepotisme tidak bermaharajalela dalam barisan kepimpinan AJK2 JMB.

Saya akan rasa marah bila nampak ada ramai penduduk yang tinggal di apartment saya ini tidak bayar yuran maintenance walaupun saya tidak akan berhenti membayar duit maintenance.

Kalau saya tengok dekat papan kenyataan atau lobi lift ada pemilik yang lagi banyak hutang dan tidak bayar yuran penyelenggaraan dengan jumlah tunggakan yang tinggi, saya rasa memang geram dan marah sekali.

Kalau mereka terus abaikan untuk buat bayaran dan JMB cuma buat tak tahu (kalau cuma setakat tampal nama dekat lobi lif, anak saya yang berusia 6 tahun pun boleh buat), tetapi mereka ni masih pakai juga lift yang dimaintain dengan gunakan duit dari penduduk yang bayar, jadi adalah baik bagi saya sertai mereka saja dan tak bayar bahagian maintenance saya juga, adakah ini okay?

Kadang-kdang memang rasa nak buat sesuatu baru boleh saya rasa puas hati. Biar semua tak bayar maintenance, dan biar lift itu rosak dan sama-sama naik tangga. Dengan ini baru padan muka semua termasuk JMB yang hanya boleh buat kerja setakat pemikiran budak-budak 6 tahun saja.

The post Cara Paksa Semua Penduduk Bayar Maintenance appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105