Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Kesan-kesan Perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

$
0
0

Bank Negara Malaysia pada 13 Julai 2016 telah membuat pengumuman untuk mengurangkan kadar dasar semalaman ataupun OPR sebanyak 0.25% untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita. Sebelum ini, OPR negara kita berada di tahap 3.25%. Maka dengan penurunan sebanyak 0.25%, kadar OPR terbaru berada di tahap 3.00%. Penurunan OPR ini memberi kesan-kesan positif dan negatif kepada kita semua.

Kesan-kesan Positif Penuranan OPR

1. Penurunan Kadar Pinjaman Perumahan

Kadar pinjaman perumahan berubah mengikut Kadar Dasar Semalaman (OPR). Bank-bank menawarkan kadar peratusan faedah pinjaman perumahan dengan merujuk kepada Kadar Asas (BR). BR juga berkait secara langsung dengan OPR. Sekiranya bank negara menurunkan kadar OPR, maka BR juga akan menurun. Dengan itu, kadar pinjaman perumahan juga akan turun. Ansuran perumahan yang dibayar oleh peminjam juga akan berkurangan dan ini akan membolehkan peminjam mempunyai wang yang lebih untuk berbelanja. Walau bagaimanapun, setiap bank menawarkan kadar pinjaman perumahan yang berlainan. Pihak bank berkuasa untuk menetapkan sama ada mengikut langkah Bank Negara Malaysia untuk menurunkan kadar faedah.

bank negara malaysia
bank negara malaysia

2. Kelonggaran Syarat Pinjaman Perumahan

Kadar Dasar Semalaman (OPR) mempunyai hubungan positif dengan faedah simpanan. Jika OPR meningkat, maka faedah simpanan juga meningkat. Sebaliknya berlaku pada hari ini di mana OPR telah menurun sebanyak 0.25%. Dijangkakan faedah simpanan wang akan menurun dan ini akan menyebabkan ramai orang mengambil keluar wang untuk berbelanja. Dengan itu, aliran tunai di bank akan berkurangan. Dengan itu, pihak bank akan meluluskan lebih banyak pemohonan pinjaman perumahan untuk mendapat balik wang tunai ke bank.

3. Aliran Wang Tunai Bertambah Di Pasaran

Seperti yang dibincangkan di atas, hubungan positif di antara OPR dengan kadar faedah simpanan akan menyebabkan penuruan kadar faedah simpanan wang di bank. Orang ramai akan cenderung mengambil keluar wang daripada bank untuk belanja. Ini akan menyebabkan wang beralih dan bertukar tangan dengan cepat di pasaran dan akhirnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara.

4. Penurunan Kadar Faedah Pinjaman Peribadi Dan Kereta

Seperti kadar pinjaman perumahan, perubahan OPR juga akan menyebabkan penurunan kadar faedah pinjaman kereta dan peribadi.

Kesan-kesan Positif Penuranan OPR

1. Inflasi

Semakin banyak wang mengalir ke pasaran, maka akan wujudnya inflasi lebihan permintaan dimana barang yang ada dipasaran tidak mencukupi. Kekurangan penawaran barang serta lebihan permintaan akan menyebabkan harga barang tersebut semakin meningkat.

2. Penurunan Faedah Simpanan Wang

Semua jenis simpanan wang di bank akan diberi faedah oleh pihak bank. Penurunan OPR akan menyebabkan pihak bank menurunkan kadar pembayaran faedah kepada penabung. Pihak bank terpaksa menurunkan faedah pinjaman perumahan, kereta dan pinjaman individu kerana penurunan kadar OPR. Maka pada masa yang sama, mereka juga akan menurunkan kadar pembayaran faedah kepada orang ramai agar keuntungan bank tidak terjejas.

3. Nilai Mata Wang Menurun

Bila orang ramai mengeluarkan wang dari bank untuk berbelanja, maka wujudnya suatu situasi di mana wang tunai yang ada di pasaran terlebih. Ini akan menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = '//eccdn1.synad3.nuffnang.com.my/mobile.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

The post Kesan-kesan Perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105