Ramai orang pening kepala semasa hendak membuat keputusan sama ada ingin beli rumah ataupun sewa rumah. Jikalau beli rumah, kita sebagai pemilik boleh mengubah suai rumah tersebut mengikut cita rasa dan kehendak sendiri. Rumah yang dibeli boleh juga disewa kepada orang lain untuk menjana pendapatan untuk membayar ansuran pinjaman perumahan. Akan tetapi jika sewa rumah ada juga kebaikannya. Kita lebih fleksible ataupun bebas untuk berpindah ke mana-mana sahaja mengikut tempat pekerjaan. Di samping itu, penyewa tidak perlu risau tentang loan pinjaman perumahan yang perlu dibayar kepada bank setiap bulan.
Perbandingan Di Antara Beli Rumah Atau Sewa Rumah
Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan sama ada beli atau sewa. Sila rujuk jadual di bawah:
Beli Rumah | Sewa Rumah |
---|---|
Berasa Aman, tidak perlu risau tiada tempat berteduh ketika pencen. | Kontrak jangka pendek. Boleh tamatkan kontrak sewa bila-bila masa. |
Sebagai aset untuk pelaburan. Boleh jana pendapatan dari sewa. Senang untuk pinjam wang dari bank jika ada rumah sendiri sebagai cagaran. | Sewa bulanan rendah. Boleh pakai duit yang lebih untuk perbelanjaan, pelaburan ataupun simpanan. |
Rumah boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri. Bebas untuk membuat apa-apa sahaja perubahan dalaman rumah tanpa sebarang sekatan. | Tidak perlu menjaga kualiti rumah. Tuan rumah perlu membaiki segala kerosakan. Penyewa rumah tidak boleh membuat apa-apa pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran daripada tuan rumah. |
Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian. Rumah menjadi milik sendiri selepas membayar loan rumah. | Rumah tetap menjadi milik orang lain walaupun berpuluh tahun menyewa. |
Pinjaman Perumahan Merupakan Hutang Isi Rumah Terbesar di Malaysia
Menurut sumber daripada Bank Negara Malaysia, pinjaman perumahan merupakan hutang isi rumah yang paling besar di negara kita. Jumlah ini telah mencecah jumlah 44.6% daripada jumlah hutang isi rumah. Ramai yang membeli rumah gagal untuk membayar ansuran bulanan bank dan akhirnya terpaksa diisytiharkan muflis.
Apa Salahnya Sewa Dulu Kalau Tidak Mampu Beli?

Kalau sudah dikira bajet setelah ditolak gaji bersih dengan perbelanjaan tetap setiap bulan, duit yang boleh dibelanja tinggal tidak mencukupi untuk membiayai loan rumah, maka pilihan yang tepat ialah sewa dulu. Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan meluluskan balik DIBS (Developer Interest Bearing Scheme) untuk memudahkan orang ramai memiliki rumah. Sebaliknya mereka menasihati orang ramai jika tidak mampu beli, baik sewa dahulu. Ini merupakan tindakan yang tepat kerana membeli rumah adalah senang, tetapi tempoh masa panjang untuk membayar pinjaman perumahan adalah amat sukar.
Orang ramai juga dinasihati untuk membeli rumah yang lebih murah seperti rumah kos rendah ataupun sederhana rendah. Rumah-rumah mampu milik dibawah Prima harus juga diberi pertimbangan. Pembeli rumah pertama juga boleh cuba memohon wang pendahuluan dibawah Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama MyDeposit yang baru dilancarkan pada 06/04/2016 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
The post Patut Beli Rumah Atau Sewa Dulu? appeared first on ERATUKU.