Adakah anda sedang mencari cara dan jalan untuk kuruskan badan anda secara semulajadi? Adakah anda seorang yang gemuk dan obesiti? Inginkah anda jadi kurus tanpa mengambil pil dan mana-mana produk kurus?
Ada cara dia sebenarnya. Anda perlu belajar bagaimana ada orang yang boleh kurus tanpa mengambil apa-apa produk untuk kurus.

fat guy
Jika anda mengambil banyak masa untuk kurus, biasanya anda akhirnya akan putus asa dan akan kembali kepada tabiat biasa sebelum ini. Kunci untuk menurunkan berat badan adalah mengetahui kunci apa yang menyebabkan berat badan. Dengan mengetahui puncanya, berat badan anda akan turun dengan mudah.
Di sini saya berkongsi 7 cara untuk turun berat badan secara semulajadi dan menjadi kurus secara semulajadi tanpa perlu habiskan wang atas apa-apa pun.
1. Makan 5 Kali Sehari
Sila makan 5 kali sehari bermulalah dengan sarapan pagi. Kebanyakkan orang akan skip sarapan pagi kerena mereka fikir bahawa mereka menyimpan sendiri beberapa kalori. Ini adalah salah, akhirnya mereka mengambil makanan berlebihan pada masa lain di hari tersebut sebab lapar.
Pada waktu lagi, badan anda telah memproses makanan yang di makan beberapa jam sebelum tidur. Makanan ini sudah habis di proses dan badan kita sudah kurang tenaga di waktu pagi. Jadi badan memerlukan tenaga untuk memulakan aktiviti di awal pagi.
Dengan makan 5 hidangan kecil di setiap hari, bermula daripada sarapan, anda meningkatkan metabolisme badan anda, dan ini akan memudahkan untuk mengurangkan berat badan anda.
2. Minum Air Kosong Dengan Lebih Banyak
Badan kita memerlukan air, tetapi kadang-kadang agak pelik kita mencapai makanan bila kita lapar. Air juga adalah berfungsi untuk mengeluarkan toksik dan bahan buangan di dalam badan dan untuk menjadikan badan lebih kurus. Cuba minum 8 botol air sehari dan jika minum lebih lagi kalau anda aktif dan cuaca panas.

air kosong
3. Makan Buah-buahan
Sebelum kelaur rumah, pastikan anda mengambil sebiji buat epal atau buah pisang. Ini untuk mengelakkan anda membeli makanan ringan yang boleh menambah kalori di dalam badan anda. Ini penting jika anda sedang memandu. Jika bekalan buah tersebut banyak, ini cukup untuk dimakan sehingga anda pulang ke rumah semula.

buah-buahan
4. Makan Perlahan dan Berhenti Sebelum Kenyang
Otak anda akan menyedari perut anda sudah kenyang selepas 20 minit perut anda penuh. Maka dengan makan perlahan-lahan adalah satu penyelesaiannya dan bukan menghabiskan satu hidangan dalam masa 5 minit sahaja.
5. Lihat Saiz Hidangan Anda
Makan makanan yang saiz banyak akan menyebabkan pengambilan makanan anda adalah lebih. Jika anda tidak memerhatikan saiz hidangan anda, anda merosakan pelan makanan untuk lebih kurus. Orang yang mahu kurus semulajadi dia akan mengawal kandungan makanan dia.
6. Jangan Minum Minuman Yang Mempunyai Kalori Tinggi
Contoh seperti minuman bertenaga, latte, jus buahan, minuman sebegini mengandungi kalori yang tinggi, tetapi dia tidak mengenyangkan. Ganti minuman yang tidak berkalori seperti air masak untuk menjadikan ada kurus semulajadi.
7. Makan Coklat, Cake, Potato Chip
Walaupun makanan kegemaran anda seperti coklat ini akan memburukkan keadaan badan anda, tetapi ia adalah OK jika makanan ini cuma diambil sekali sekala. Dengan ini, ia dapat mengelakkan rasa ketagihan yang melampau untuk makanan ini.
Dengan menggunakan cara kira-kira untuk mendapatkan langsing secara semula jadi , anda akan baik dalam perjalanan anda untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat !
The post 7 Cara Untuk Kurus Secara Semulajadi Tanpa Keluar Sebarang Kos appeared first on ERATUKU.