Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

7 Tips Hamil untuk Pasangan Jarak Jauh

$
0
0

Zaman sekarang sudah semakin ramai pasangan yang duduk asing dengan pasangan mereka. Terdapat pasangan di mana suami yang ada di Kedah, tapi isteri di KL; ada juga isteri yang duduk di Johor tapi Suami di Perak. Ini sudah semakin menjadi trend juga, di mana suami perlu pergi outstation atau bekerja di oversea.

hamil jarak jauh

hamil jarak jauh

Bagi pasangan yang baru kahwin tetapi masih belum mendapat anak, kadang-kadang ini menjadi satu tekanan sebab sudah berbulan-bulan berkahwin tetapi isteri masih tidak hamil. Di samping itu, pasangan juga perlu fahami, kehamilan satu janin adalah apabila hubungan suami isteri berlaku pada waktu yang sepatutnya dan keadaan yang mencukup syarat untuk hamil.

Di sini saya ingin berkongsi 7 tips untuk hamil kepada semua pasangan yang cuma dapat duduk bersama buat masa yang singkat disebabkan oleh pekerjaan yang perlu memisahkan mereka buat masa yang panjang.

Tips 1

Ketahui kitaran haid anda dengan betul. Ia dapat membantu untuk anda merancang untuk mengetahui waktu subur anda. Jadi rancang untuk berjumpa untuk membuat hubungan suami isteri pada waktu subur anda. Jika waktu tersebut anda terlepas, jadi kena tunggu bulan seterusnya. Ini adalah kerana, telur wanita hanya dilepaskan semasa waktu subur sahaja.

Tetapi sekiranya kitar haid anda tidak stabil, stabilkan kitaran haid anda terlebih dahulu.

Tips 2

Wanita perlu belajar untuk membaca tanda-tanda daripada badan-badan mereka, sebagai contoh lendir serviks yang tebal dan berwarna putih, suhu meningkat dan serviks lembut menunjukkan masa yang paling subur bulan tersebut.

Tips 3

Memberi tumpuan kepada situasi semasa berhubung; apabila kepuasan seks pasangan wanita, sperma lebih mampu perjalanan sehingga melalui faraj kerana serviks membesar semasa orgasm.

Tips 4

Selepas melakukan seks, wanita jangan bangun, rehat berbaring selama 10 minit untuk sperma menuju ke serviks wanita.

Tips 5

Jaga berat badan anda, kerana berat badan mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki dan menurunkan peluang untuk hamil.

Tips 6

Pastikan pasangan anda tidak merokok. Merokok boleh juga merendahkan kesuburan. Elakkan merokok semasa mendapat peluang berjumpa dengan si suami.

Tips 7

Dapatkan nasihat daripada doktor sejak daripada anda inginkan hamil. Pastikan bilangan sperma suami anda mencukupi dan keadaan rahim anda bersedia untuk hamil. Bebas daripada pcos, cyst dan sebagainya. Ini untuk mengelakan kesedihan setelah lama berusaha untuk hamil.

Dan juga memandangkan anda berdua duduk jauh sesama suami dan isteri.

The post 7 Tips Hamil untuk Pasangan Jarak Jauh appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Trending Articles