Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

E-Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan

$
0
0

Dengan semakin banyak urusan kerajaan yang dipindah dan disediakan secara online sebagai portal untuk memudahkan rakyat untuk akses, E-penyata gaji juga diperkenalkan dengan tujuan untuk memudahkan semua anggota dan kakitangan servis awam untuk semak gaji mereka dalam talian.

Tentang E-penyata Gaji dan Laporan

Ia merupakan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia secara percuma. Mereka boleh memperolehi maklumat and informasi yang terkini berkenaan dengan penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan mereka melalui perkhidmatan online di portal khas jabatan tersebut.

Dengan menggunakan portal online e-penyata gaji dan laporan ini, kakitangan kerajaan dan sektor awam dapat cetak atau memuat turun slip gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan mereka.

Merujuk kepada surat pekeliling bertarikh 29 September 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, pelaksanaan sistem ePenyata gaji dan eLaporan telah dikuatkuasakan pada Oktober 2010. Penghantaran untuk semua laporan bulanan pejabat perakaunan, penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan dari Pejabat Perakaunan kepada pengguna telah diberhentikan. Semua orang mesti mula menggunakan sistem ePenyata Gaji dan eLaporan untuk akses penyata mereka dari tarikh surat pekeliling tersebut.

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan akan simpan semua maklumat penyata pendapatan tahunan buat 7 tahun dan penyata gaji bulanan bagi semua kakitangan dalam tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas tamat tempoh, semua maklumat ini akan dipadamkan dari sistem. Jadi semua orang adalah dinasihat untuk memuat turun maklumat mereka masing-masing setiap tahun, buat backup dan simpan sendiri untuk rujukan apabila maklumat ini diperlukan.

Penggunaan perkhidmatan online e-penyata gaji dan laporan ini sangat ringkas dan mudah. Apa yang anda perlu baut adalah kunjung ke laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan daftar satu akaun. Anda cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor gaji anda sahaja.

Jika anda belum lagi membuat pendaftaran, boleh anda ikut langkah-langkah yang disediakan di bawah untuk mendaftar satu akaun untuk membolehkan anda akses ke e-Penyata Gaji dan eLaporan online ini:

Langkah Pertama

Buka PC anda, dan kunjungi laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Di laman JANM, terdapat beberapa pilihan perkhidmatan yang boleh anda pilih. Anda boleh terus klik ke logo e-Penyata Gaji dan Laporan.

JANM

Langkah Ke-2

Lepas klik link itu, ia akan membawa anda pergi ke laman pendaftaran seperti gambar yang ditunjukkan di bawah. Jika ini adalah kali pertama anda henti di laman ini, anda perlu klik “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran pertama kali.

e-penyata gaji 1

e-penyata gaji 1

Mula isikan semua maklumat yang diperlukan dalam petak yang disediakan:

e-penyata gaji 2

e-penyata gaji 2

Jika anda dikalangan penjawat awam yang masih tidak tahu tempat mana untuk mendapatkan nombor gaji, sebenarnya nombor gaji tersebut boleh didapati jika anda membuat rujukan kepada slip gaji bulanan anda yang diberikan oleh jabatan anda.

Langkah Ke-3

Lepas berjaya membuat pendaftaran, anda sekarang sudah boleh terus log in ke dalam sistem tersebut dan paparan dashboard sistem yang anda lihat akan seperti gambar di bawah ini:

e-penyata gaji2

Dengan dashboard yang anda jumpa ini, anda sekarang boleh tukar kata laluan, mengemaskini profil, dan buat sebagainya.

Langkah Ke-4

Bagi urusan pencarian penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan, anda cuma perlu klik dengan link yang telah disediakan mengikut maklumat yang anda ingin dapat.

e-penyata gaji 3

Sebagai pengguna, anda juga berhak untuk memuat turun dan membuat cetakan salinan penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan anda. Semua dokumen ini boleh dimuat turun dalam PDF format.

Dah habis, senang saja, kan?

Pelaksanaan sistem e-penyata gaji dan e-laporan ini juga tertakluk kepada:

  1. Pengguna boleh memuat turun daripada Sistem, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan tahun semasa sehingga Jun tahun berikutnya. Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan boleh dimuat turun dari sistem bagi bulan semasa sehingga bulan ketiga berikutnya.
  2. Pengguna Sistem hendaklah mematuhi terma rujukan Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang dilampirkan.
  3. Setiap pengguna Sistem yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang disampaikan melalui Sistem. Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan.

Penjawat awam boleh mendaftar dan menggunakan kemudahan e-penyata gaji dan laporan penyata pendapatan tahunan di laman Jabatan Akauntan Negara.

Cara Hubungi

Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan tentang penggunaan e-Penyata Gaji dan Laporan ini, boleh anda hubungi Jabatan Akautan Negara Malaysia melalui emel di maklumbalas@anm.gov.my atau membuat panggilan ke nombor telefon di 03-8882 1000.

Maklumat selanjutnya:

Prosedur ePenyata Gaji dan eLaporan
FAQ tentang e-Penyata Gaji

Maklumat berkaitan:
Cara untuk menuntut wang yang tidak dituntut

The post E-Penyata Gaji Dan Laporan Penyata Pendapatan Tahunan appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105