Quantcast
Channel: Kewangan Archives - ERATUKU
Viewing all articles
Browse latest Browse all 105

Urus Wang Dengan Bijak

$
0
0

Hal tentang wang memang menarik perhatian sesiapa jua. Yang muda atau tua, hinggakan kanak², langsung teruja dengan tarikannya. Tapi harus diingat, banyak perkara perlukan wang, tapi wang bukanlah segala²nya. Ditambah pula tengah panas berita mengatakan tahun 2014, tahun naik harga barang. Lepas harga minyak naik RM0.20 baru² ni, tarif elektrik, tol, harga karipap pun bakal naik pula – gara² GST. Aku sendiri pun dah lupa bila kali terakhir aku beli karipap, last time aku beli macam tak berbaloi dengan saiz dan rasanya. Baik buat sendiri.

Jadi untuk menanti saatnya barang² naik harga ni, aku nak kongsikan sikit tips merekod aliran keluar masuk wang bulanan kita. Aku bukanlah seorang pengamal pengurusan wang yang baik, sebabnya aku sendiri asyik terbelanja over budget. Tapi sekurang²nya dengan info yang nak aku kongsikan ni, mungkin ada orang lain yang dapat uruskan kewangan peribadi / keluarga mereka dengan lebih baik lagi.

Banyak teknik sebenarnya nak urus wang dengan baik. Guna cara sampul, asingkan akaun gaji dengan simpanan, buat saving tetap buanan, sediakan simpanan kecemasan, buat pelaburan dan bermacam² lagi. Tapi kesimpulan yang boleh aku katakan, semuanya perlukan disiplin yang tinggi dan konsisten. Bila kita bujang, mungkin kita tak fikir sangat. Lain ceritanya bila dah berkeluarga, semuanya perlu diurus sebaik mungkin dan sesempurna yang boleh.

Sekali lagi, suka aku beritahu, aku bukanlah pengurus wang yang baik, cuma kini sedang dalam proses memperbaiki debit-kredit sendiri lagi² bila dah ada anak ni. Apa yang aku nak kongsikan adalah kaedah untuk merekod transaksi kewangan bulanan yang mungkin berguna untuk membantu mereka yang lain di luar sana. Siapa tahu kan?

Untuk merekod, aku suka gunakan Microsoft Excel, sebab mudah nak peroleh di kebanyakan PC. tapi lepas beberapa bulan gunakan, agak susah nak update rekod semua transaksi sebab aku bukan selalu ke hulu ke hilir bawa pendrive [fail yang terkini aku save dalam pendrive]. Kalau save dalam 1 PC [di ruamh contohnya, lagi susah nak akses, mana tau kat opis boleh update kan. Jadi sekarang aku gunakan Google Drive dan create spreadsheet dalam tu. Buat table, buat sikit formula, seragamkan kategori item dan perfect! Tinggal tunggu tuan dia update je.

debit credit table DC

So atas ni la rupa jadual rekod yang aku gelar DC Table [debit credit Table] dalam Google drive aku. Sediakan jadual, laraskan kolum, masukkan kategori yang sesuai, dan masukkan note [insert note] untuk semua nilai dalam kolum debit kredit [in & out] tu. Mungkin ada yang kata, “padatnya, boleh ke masukkan semua item² tu?” atau mungkin bunyinya “ringkasnya muat ke nak masukkan semua?, macam leceh je, macam payah je”. Tolong, jangan banyak bunyi.

Ok aku faham, memang tak mudah nak mulakannya. Aku sendiri pun baru mula akhir 2012 masih belum dapat tune yang betul dan kadang² miss juga nak rekod beberapa transaksi untuk satu² bulan. Tapi bila adanya teknologi ni, segalanya membantu.

Konsepnya, aku asingkan ruangan wang masuk [bahagian atas] dan ruangan wang keluar [bahagian bawah]. Asingkan kolum debit dan kredit untuk mudah tolak. Untuk ruangan wang masuk, tetapkan kategori utama macam, GAJI, ELAUN, KERJA PART TIME, CLAIM dan lain² yang sesuai. Untuk ruangan wang keluar pula, masukkan kategori perbelanjaan yang paling kerap tiap² bulan macam, CAR LOAN, HOME LOAN, YURAN PENJAGA, ZAKAT, SIMPANAN, dan yang paling penting perbelanjaan PERIBADI atau lain² kategori ikut kesesuaian masing². Yang jarang² letak kat bawah². Untuk kategori tu, abaikan kesilapan bahasa, tak ada cikgu BM yang nak cek, kecualilah kau Cikgu BM tu. Hehe.

Ya, aku setuju. Korang mungkin kata “untuk urusan peribadi, berapa kali sebulan? Berapa banyak nan catit?”. Aku tau itu. Penyelesaiannya ialah dengan masukkan note dalam nilai yang dibelanjakan. Contohnya:

PERIBADI dalam catatan nota:
-Minyak Kereta:RM100
-Makan:RM30
-Beli hadiah:RM55

Jadi dalam kategori PERIBADI cuma catatkan RM185 [jumlah keseluruhan perbelanjaan]. Kalau ada perubahan, just update je maklumat. Jadi dalam sebulan, kita tau berapa banyak wang yang dibelanjakan dan ke mana kita belanjakan. Jadi lama kelamaan kita tau trend perbelanjaan kita dan secara tak langsung kita akan lebih pandai urus kewangan pada masa² akan datang.

Untuk contoh lain, tak perlu la aku ceritakan semuanya, apa kata korang download je fail DC Table ni, update ikut kesesuaian korang dan upload ke Google Drive untuk memudahkan akses di mana² dan bila² masa. Sekarang ramai dah mobile, jadi boleh juga update gunakan Google Drive versi mobile. Cuma sedikit kelemahanya, note tak boleh dikemaskini dalam versi mobile. Harap maklum. Kena guna PC, tapi tak apa, just type somewhere near to the value, kemudian² boleh update kat PC. Mudah tak?

Ok malas nak berceloteh. Berminat! sila muat turut DI SINI- DC TABLE!

Steps:
i. Muat turun fail. Jika nak teruskan update di Excel, silakan. Kalau nak upload ke Google Drive, try next step;
ii. Login Google.
iii. Pilih Google Drive, kemudian upload fail ke akaun Drive anda.
iv. Buka fail tersebut [double klik].
v. Untuk kemaskini fail pergi ke – Fail> Open With > Google Sheets
vi. Done, anda boleh akses + update di mana² pelusuk dunia – as long ada internet akses ye.

The post Urus Wang Dengan Bijak appeared first on ERATUKU.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 105