Sebelum ni kita telah berbicara mengenai bagaimana hendak melihat kesan kemalangan pada kenderaan terpakai (second hand) , Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh kita lihat untuk mengetahui kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan, sekiranya tiada pengalaman dinasihatkan supaya mencari sahabat ataupun kawan – kawan yang mengetahui cara – cara mengesan kenderaan tersebut pernah mengalami kemalangan.

hak milik kereta
Selepas kita memeriksa kenderaan dan berpuas hati dengan keadaan tersebut, semestinya apa yang perlu dilakukan adalah melalui proses pindah hak milik atau lebih senang dipanggil tukar hak milik. Tukar hak milik ini perlulah dilakukan terlebih dahulu di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer as known as Puspakom. Sebenarnya pemeriksaan Tukar hak milik ini sangat mudah dan cepat.. Cepat bermaksud tak ramai orang dekat Puspakom. Kalau ramai ikut piagam pelanggan le ye.. Kalau tak silap 1jam dari masa atau resit dikeluarkan.. itulah piagam pelanggan bagi puspakom.
Dan anda sebagai pelanggan puspakom tak perlu takut atau risau nak pergi membuat pemeriksaan tukar hak milik ni.. sebabnya ada yang bertanya pada saya samada brek perlu diperiksa, cat badan kereta teruk, lampu tak menyala seat koyak, hon tak berbunyi, dan macam – macam masalah kecil yang lain..
Apa yang diperiksa sebenarnya masa pemeriksaan tukar hak milik?
Pemeriksaan yang dilakukan ialah:-
- Pemeriksaan Identiti
- Keadaan Kenderaan ( sama ada terdapat potong dan sambung)
- Kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
Pemeriksaan Identiti
– Kat sini diaorang akan periksa nombor casis pada kenderaan dan juga nombor enjin. Tujuanya untuk mengetahui samada nombor enjin dan nombor casis sama dengan JPJK2 (geran le tu) Dan juga nak tengok samada nombor enjin dan nombor casis pada kenderaan tersebut diketuk (tempered) atau terdapatnya gangguan.
Keadaan Kenderaan
– Nak tengok kalau – kalau kereta tersebut potong 2 atau tak..
Kadar ketelusan cahaya
– Ini adalah pemeriksaan berkaitan dengan cermin. Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan bagi cermin besar hadapan ialah 70%, cermin sisi kiri dan kanan depan belakang 50%, dan cermin besar belakang 50%. Selalunya ada kelonggaran sebanyak 5% bermula tahun lepas. Tak pasti sama ada masih ada kelonggaran atau tidak lagi pada tahun ini. Kadar ketelusan cahaya cermin ini di uji dengan menggunakan Tint Testa kalau tak silap.. dan nilai alatan ini lebih kurang rm9k 1 unit.. cermin boleh diuji waktu siang atau malam dengan menggunakan alat ini. Dan sekiranya semua mengikut piawaian yang telah ditetapkan cermin ini akan ditampal menggunakan pelakat hologram yang setiap satunya bernombor siri dan akan dimasukan kedalam sistem.
Apa yang nak dibawa?
– Sesiapa pun boleh bawak, tapi lebih afdal kalau tuan kenderaan sendiri yang membawa kenderaan tersebut untuk pemeriksaan tukar hak milik ni. dokumen yang perlu dibawa ialah Geran kenderaan (jpjk2), kad pengenalan pembawa kenderaan. Satu lagi bawale kereta ye.. kalau tak tak jadi le periksanya.. bayaran kalau tak silap rm 30.00. Boleh tanya dekat kaunter pembayaran.. Sampai nanti isilah borang pelepasan tanggungan ye..
Kenapa Kenderaan Saya Gagal?
– Kenderaan anda gagal apabila kenderaan tersebut potong 2.
– Kadar ketelusan cahaya kurang dari ditetapkan.
– Nombor enjin dan nombor casis diganggu. Diketuk atau terdapat gangguan pada cowl panel.
Kalau kereta pernah eksiden macamana?.. kalau eksiden sikit sikit takpe.. bawak je.. boleh lulus.. kalau teruk sikit minta surat kawalselia bahagian kejuruteraan automotif jpj.. Janji kereta jangan potong 2, nanti dah dapat surat bawak pergi puspakom untuk pemeriksaan khas..
Kalau pergi sendiri baru bayar rm 30.00. kalau suruh orang buatkan berapa pulak?…
The post Tukar Hak Milik Kereta appeared first on ERATUKU.