Biasanya susah nak dengar harga sesuatu barangan turun dengan mendadak dalam tempoh yang singkat, kebiasaannya kalau turun harganya pun tidak jauh sekitar 10 sen sehingga 30 sen. Itupun dah kira banyak. Hari terakhir semasa meronda di pasar ramadan berdekatan dengan estet saya sebelum berangkat pulang, agak seronok juga melihat aktiviti penurunan harga di kalangan para peniaga di pasar ramadhan tersebut.
Salah satu produk yang begitu ketara penurunan harganya adalah air tebu. Ya air tebu. Sememangnya menjadi minuman kegemaran kami sekeluarga. Kalau di awal bulan puasa hari tu harga untuk satu jug dijual di antara RM3.50 hingga RM4.00 di pasar ramadan disini, namun di akhir-akhir bulan puasa ni sudah pun turun harganya sehingga mencecah RM2 untuk satu jug.

air tebu
Bukan takat tu sahaja, siap di beri promosi lagi kalau beli tiga bungkus boleh dapat RM2. Maklumlah pembeli dah semakin berkurangan pasal ramai yang dah balik kampung, stok tebu pulak masih banyak lagiyang belum di mesin, jadinya hendak tak hendak kena habiskan jugak stok tu.
Kalau nak jual dengan harga semasa pastinya ramai yang tidak berminat, di hari raya juga susah nak jumpa air tebu ni. itu baru bab air tebu, belum lagi bab-bab biskut dan kuih raya yang dijual secara lelong bila tiba malam raya nanti.
Sebab tu ramai juga di kalangan pembeli suka membeli biskut dan keperluan raya di saat-saat akhir, memang harga yang amat murah dan berbaloi.
Berkaitan dengan tebu juga, teringat pulak satu petikan kenyataan dalam radio beberapa hari yang lepas mengatakan bekalan gula dijamin sentiasa mengcukupi sepanjang musim perayaan ini. kenyataan yang membuatkan tergelak sendiri. Sudah pastinya bekalan akan stabil pasal harganya dan memang naik, tiba-tiba je bekalan begitu mudah diperolehi. hahaha.
p/s : Autopublish entry. Misi berbuka puasa dikampung mencari air tuak asli untuk dibuat berbuka nanti, sukar sekarang ni nak dapat bekalan air tuak.
The post Dari RM3.50 Kepada RM2.00 appeared first on ERATUKU.